Showing posts with label mrj. Show all posts
Kisah Ikan Masin - Salted Fish. ( Dedicated to Mr.Kemo J Iverson )
17:40Siapa yang tak kenal ikan masin sila gigit kaki sendiri. Kisah ini Mr J dedikasikan kepada rakan Mr J yang berasal dari Tripoli Libya iaitu Mr. Kemo J Iverson (dude, u should use my translation widget on the right sidebar) .
Dahulu semasa Mr J masih menuntut di salah sebuah Institusi di sekitar Serdang, Selangor dimana waktu pertama kali Mr J menjejak kaki ke Semenangjung Malaysia pada pertengahan Tahun 2005 disitulah Mr J berkenalan dengan seorang pemuda Arab yang juga merupakan penuntut di British Council Kuala Lumpur .
Perkenalan bermula di taman permainan kawasan Flat di area The Mines Shopping Complex dimana Mr.Kemo keseorangan sambil memerhatikan gelagat kanak-kanak yang bermain di situ.

Maaf Mr J seksi disini , tetapi saya ikut tema sahaja .
Mr J pun dengan gaya seorang yang sangat peramah terus menenggur dan berborak dengan slang "broken english" dan akhirnya kami menjadi kawan rapat sehingga hari ini dan status terkini Mr Kemo berada di Tunisia dan sekarang masih berhubung rapat mengunakan Facebook.
Baiklah Mr J dan kisah ikan masin bermula apabila Mr J membawa balik ikan masin dan juga "Kasam Ikan" atau dikenali sebagai Jeruk Ikan di Sarawak apabila balang dibuka maka bau yang agak kurang menyenangkan akan dapat dihidu maka saat inilah rakan Mr J iaitu Kemo mengelabah dan kurang selesa .
"Did you guy eat that kind of food?" soalnya
"Yes, we eat dead stinky fish and it so healthy" balasku sambil gelak.
Bukan itu juga , survival series kami bersambung dengan hanya memakan Ikan Masin sahaja dan itulah lauk harian Mr J dan bergitu juga Kemo hahaha .
Now you have to learn eat this Salted Fish Everyday .
TranslateThis();
Pelbagai kenangan zaman menuntut di Serdang , Selangor dahulu tak kurang pula yang pahit. Yang paling paling Mr J pernah merasa tidak makan selama 3 hari setengah berikutan budget bulanan tidak diurus dengan betul.
Dan daripada pengalaman itulah Mr J mampu hidup berdikari keseorangan sejak berumur 18tahun dan waktu itulah Mr J berpisah dengan Keluarga di Sarawak dan cuba mencari nasib dinegeri orang . Kalau dibandingkan Mr J dengan Kemo , Kemo lagilah jauh tinggi pengalamannya Merantau dari Libya ke Malaysia dan sekarang Tunisia.
Life must go on.
Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Temubual Kedua Mr J dengan Radio Free Sarawak mengenai Undi Pos & Kekurangan pekerjaan di Sarawak & Sabah.
07:10Pagi ini Mr J menerima pangilan daripada Dj Radio Free Sarawak untuk menemubual Mr J mengenai isu "Undi Pos" dan juga masalah peluang pekerjaan di Sarawak serta gaji yang rendah sehingga menyebabkan ramai pemuda baru ataupun generasi pengundi baru berhirjah ke semenanjung , brunei , Singapura bahkan di USA serta di Saudi Arabia.
Taib Mahmud tidak mempercayai bahawa 100 ribu rakyat Sarawak berhirjah ke bandar lain untuk mencari rezeki . Dengarkan rakaman sesi perbualan Mr J dengan Dj Radio Free Sarawak di bawah:
- Download sesi rakaman Mr J sahaja : Download (Duration 0:09:00 - 6.2MB )
- Download sesi penuh rakaman ini : Download (Duration: 2:02:09 — 111.8MB)

Thousands of Sarawakians forced to make a living outside of Sarawak should be accorded the rights to cast their ballots through postal vote. RFS speaks to two of them who share their experiences of spending more than one-fourth of their monthly salary just to go back to exercise their voting rights. http://radiofreesarawak.org/2011/11/wednesday-301111/
Kepimpinan Taib Mahmud telah membuatkan ramai generasi baru hilang kepercayaan ini kerana kegagalan beliau menyediakan peluang pekerjaan dan rancangan Score diwujudkan untuk menampung pekerjaan menjelang 2015 adalah sangat - sangat bagi rakyat Sarawak sekarang dan kini adakah undian pos untuk rakyat Sabah & Sarawak diwujudkan?
Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu

Download Percuma : 167 Koleksi Flash Game untuk dimilikki.
01:54Akhirnya siap juga Mr J menguploadkan file - file yang hendak dikongsi , bukan apa Mr J ini memang jenis yang permurah hati . (Tudiaa... puji diri sendiri) . Kali ini Mr J upload kan sebanyak 167 Jenis Flash Game untuk dimilikki dan yang penting ianya percuma . Pasti.
Flash Game ini pernah menjadi teman setia Mr J dikala menghadapi setiap peperiksaan akhir semester suatu ketika dahulu .

Download Koleksi Fash Game : FLASH GAME Collection pengeRindu.com.rar - 64.1 MB
Bonus Software :
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more): MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloader + Player.rar - 19.1 MB
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu

Tarian Bogel / Tiang bakal ke Temasya Olimpik.
18:21Tersenyum lebar bila Mr J membaca artikel di sebuah portal online. Andai katalah sekiranya petisyen kumpulan - kumpulan ini mendapat sokongan banyak orang di seluruh dunia maka Mr J lah yang bakal menjadi penonton setia atau Mr J lah yang bakal menjadi atlet penari tiang dengan adegan - adegan yang mampu membuatkan juri - juri termuntah darah .

Bayangkan Mr J melakonkan Aksi seperti ini... bayangkan!... :)
Persatuan Kecergasan Tarian Tiang (PFA) melaporkan terdapat lebih 500 akademi tarian berkenaan yang beroperasi di seluruh AS. PFA kini dalam proses mengumpul sokongan di Internet dengan mengadakan petisyen atas talian bagi mendesak seni tarian tiang dipertandingkan di temasya Olimpik.

LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Akademi tarian tiang tumbuh bagaikan cendawan di sini negeri Nevada sejak beberapa tahun lalu bersesuaian dengan imejnya sebagai pusat hiburan dan perjudian antarabangsa.
Tarian tiang menjadi antara tarikan pelancong yang melawat bandar raya ini.
Malah, negeri Nevada turut memiliki akademi tarian bogel dikenali sebagai Universiti Penari Bogel yang turut mengajar tarian tiang sebagai cabang sukan atau seni tarian.
Di studio Sekolah Tarian Tiang Penari Bogel Las Vegas di sini sekumpulan wanita pelbagai lapisan usia giat menari belajar dengan menggunakan tiang setinggi 4.5 meter.
"Tarian ini menyeronokkan. Saya sedang bercuti tiga hari dan ini ialah aktiviti paling sesuai dilakukan di sini," kata seorang eksekutif sumber manusia berusia 28 tahun dari Kanada yang dikenali sebagai Erin.
"Suami saya tentu seronok dengan apa yang saya pelajari di sekolah ini," tambahnya.
Persatuan Kecergasan Tarian Tiang (PFA) melaporkan terdapat lebih 500 akademi tarian berkenaan yang beroperasi di seluruh AS.
PFA kini dalam proses mengumpul sokongan di Internet dengan mengadakan petisyen atas talian bagi mendesak seni tarian tiang dipertandingkan di temasya Olimpik.
Langkah tersebut dibuat bagi meningkatkan reputasi tarian tiang sebagai aktiviti sihat yang boleh dilakukan oleh wanita dan juga lelaki.- AFP (Kosmo)
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu

Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
Link to this Post :Poor employment conditions and low wages are driving many to seek employment away from Sarawak
04:41
Dengarkan wawancara melalui perbualan telefon daripada Radio Free Sarawak dengan Mr J www.pengeRindu.com pada minit ke 33:37 - 42.:00 Minit
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Muatturun Bahagian Perbualan Mr J bersama Dj Radio Free Sarawak Sahaja:
Atau
Saturday 29/10/11
A young Dayak tells RFS the poor employment conditions and low wages are driving many to seek employment away from Sarawak. Employment opportunities promised by so-called BN-led development are not delivered.
Several headmen who allowed PKR leaders to use their villages’ facilities at the last state election were punished by BN by terminating their appointments.
Kanowit local council is not ensuring public amenities like drains are properly maintained, resulting in flash floods and endangering lives in the interior town.
Lastly, RFS picked several important happenings of the week for our 2nd hour programme.
Several headmen who allowed PKR leaders to use their villages’ facilities at the last state election were punished by BN by terminating their appointments.
Kanowit local council is not ensuring public amenities like drains are properly maintained, resulting in flash floods and endangering lives in the interior town.
Lastly, RFS picked several important happenings of the week for our 2nd hour programme.
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu

Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
Terharu bila Nasib Kaum Penan tidak didengar. Ayuh! Lawan hingga nafas terakhir.
23:04Kali ini Mr J nak mengulas lanjut mengenai Kaum Penan yang berada di Sarawak yang semakin terancam kedudukan dan tempat tinggal mereka di kawasan yang suatu ketika dahulu dipenuhi dengan kehidupan alam flora dan fauna dimana pelbagai sumber makanan serta tempat berteduh .

500 Penduduk Kampung Istihar Perang ke atas Pembalak Haram Kroni Taib
Tetapi kini hak - hak masyarakat Penan kini semakin diancam oleh pembalakkan yang semakin menjadi jadi di kawasan yang susah untuk mendapatkan bantuan daripada media tetapi kini media barat khususnya aktivis seperti Tabung Bruno kini semakin berani dan semakin mendapat perhatian daripada beberapa buah pertubuhan NGO diseluruh dunia .

Nama kaum Penan juga turut dibawa ke persada dunia apabila beberapa Kes percabulan ke atas anak gadis Penan oleh pembalak haram dibongkarkan. Kemarahan dan kebencian terhadap Ketua Menteri Sarawak iaitu Abdul Taib Mahmud semakin membara disemangat anak - anak Jati Sarawak.

Minggat anak Nyakin - still unconscious four days after the attack.
"Groups" Taib Must Go dan banyak lagi tubuh bak cendawan di Facebook , kemerosotan undi juga sebagai Protes terhadap Taib .
Mr J terharu setiap kali membaca khabar daripada rakan yang berbangsa Penan di Sarawak yang sering ditindas dan kebanyakkan telah berhirjah ke Semenangjung Malaysia atas desakan Hidup dan kadang - kala jiwa Mr J membuak - buak dengan pentadbiran kuku besi Taib Mahmud.
Masyarakat Malaysia Amnya banyak yang masih tidak mengetahui masalah yang dihadapi oleh masyarakat di Sarawak. Sehinggakan Mr J sendiri berhirjah ke Kuala Lumpur atas desakan kekurangan pekerjaan dan juga gaji yang sungguh rendah. Kalau tak percaya anda boleh rujuk mana-mana rakan anda yang berasal dari Sarawak dan mereka akan mengatakan Kerajaan Taib Kejam , Rasuah dan ketidakadilan .
Bagaimanapun, Mr J sebagai seorang penulis Blog dan hanya berharap pihak - pihak luar mahupun NGO bersatu untuk menentang pemimpin yang penuh dengan kontroversi rasuah. Taip sahajalah nama Taib Mahmud di Google Search dan yang pasti tiada satu pun kebaikan mengenai beliau! .
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu

Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
Link to this Post :Sorry, the import failed due to a server error. The error code is bX-xxi7cz
23:05Mr J puas untuk import post & comments blog yang lain tetapi setiap kali buat mesti keluar perkataan dibawah , Mr J dah pening nak solve problem ini , so ada sesiapa yang sama masalah dengan Mr J ? Mesti ada yang expert dalam benda ini kan.. help Mr J ok. hehehe..
Sorry, the import failed due to a server error. The error code is bX-xxi7cz
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu

Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
Merry Chirtmas To all Malaysian & World.
16:52Ho ho ho ho .. Christmas is comming to town~~~~ Harap - harap dapat tokek dalam stokin . :p , Krimas di Sarawak boleh dikatakan sangat meriah sekali bermula tengah malam tadi ledakkan bercun [<-betulke spelling akuni] serta cahaya bunga api membangkitkan lagi semangat Krimas .
Bermula Jam 6 petang Mr J balik dari kerja dan terus mandi serta makan sedikit , apalagi ditunggu terus mencari kawan - kawan dan merancang sesuatu iaitu dengan mengejutkan beberapa penduduk dengan menziarahi pada pertengahan malam . [ Christmas Day lah kan.. ]dan perancangan tersebut telah berlarutan sehingga pukul 4 pagi dan last sekali diakhiri dengan menonton DVD Jangan Pandang Belakang Congkak 2 .. lawak .

Bermula Jam 6 petang Mr J balik dari kerja dan terus mandi serta makan sedikit , apalagi ditunggu terus mencari kawan - kawan dan merancang sesuatu iaitu dengan mengejutkan beberapa penduduk dengan menziarahi pada pertengahan malam . [ Christmas Day lah kan.. ]dan perancangan tersebut telah berlarutan sehingga pukul 4 pagi dan last sekali diakhiri dengan menonton DVD Jangan Pandang Belakang Congkak 2 .. lawak .

Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
Kisah Seram dan Tips bila tersempak dengan Pontianak.
04:01Sedar tak sedar kita dah semakin dekat pada penghujung tahun 2010 dan pastinya pelbagai kisah menarik telah tersemat dalam diari memori diri kita . Tahun 2010 kita banyak dikejutkan dengan kisah yang menyayat hati mengenai kes pembunuhan kejam serta pembuangan bayi yang sangat ketara sekali.
Baiklah , Mr J bukannya nak "review" tahun 2010 kerana belum tiba masanya lagi dan mungkin dalam masa terdekat ini.
Kisah Seram adalah kisah yang paling dikatakan berjaya untuk meremangkan bulu roma sesetengah individu lebih - lebih lagi jenis yang penakut seperti Mr J. Mr J sendiri pernah mengalami kisah - kisah seram sendiri iaitu kisah bila menemui helaian rambut panjang di dalam bilik sewa di Seremban N. Sembilan.
Pagi keesokkanya..
Aku mengemas bilikku sekali lagi dan kali ini aku menjumpai beberapa helaian rambut yang panjang sekali lagi iaitu di sekitar belakang pintu bilik dan penjuru ruang tamu. Aku kembali tertanya - tanya dan mula berasa seram , siapakah empunya helaian rambut tersebut sedangkan rumah baru sahaja dikemas semalam.
Hari Ketiga.. selanjutnya .
Bukan itu sahaja pengalaman Mr J , semasa masih lagi menuntut dan menyewa di kawasan Flat di Serdang , Selangor Mr J pernah beberapa kali seperti ditekan oleh sesuatu lembaga sehingga beberapa kali sesak nafas.
Sedang asyik bebaring diluar tamu dengan dialaskan tikar dan batal Mr J pun terlelap tidak sampai 5minit terlelap saya merasakan ada mahluk yang menindih badan Mr J dan begitu berat sangat dan Mr J terus membuka mata dan cuba untuk menjerit tetapi tindakan untuk menjerit tersekat kerana Mr J langsung tidak dapat untuk mengeluarkan suara dan Mr J merasakan kaki seperti ditarik dan digerakkan ke kiri dan ke kanan dan pengerakkan tersebut bukan dibuat - buat oleh Mr J tetapi dilakukan oleh Mahluk tersebut. Selanjutnya
Satu lagi pengalaman Mr J iaitu semasa berumur dalam 10tahun [ kalau tak silap ] .
Kami pun berjalan dengan ditemani lampu suluh , berjalan sampai di pinggir jalan dan menunggu Van Sekolah Apai Lebis untuk menghantar kami ke Sekolah yang jaraknya lebih kurang 10KM . Sedang asyik bergurau kami terlihat satu kelibat perempuan dalam lingkungan jarak 50-80 meter di hadapan kami , adalah sesuatu yang pelik jika seorang perempuan bersendirian berjalan dan wajah tidak beberapa kelihatan dengan pakaian persis pakaian baju tidur perempuan ditambah pula dengan bunyi langkah yang kuat seperti sesuatu diheret di tanah. selanjutnya.
Sejak dari kecil lagi ramai diantara kita sudah biasa dimomok dan disajikan pelbagai kisah - kisah hantu seperti Hantu tetek yang dikatakan menyembunyikan kanak - kanak yang leka bermain dicelah teteknya , Hantu Pontianak , Hantu Pocong , Hantu Penanggal serta banyak lagi jenis hantu .
Mr J ada beberapa Tips yang berguna sekiranya anda tersempak dengan Hantu Pontianak dan ternyata berhasil :
1. Jika anda mendengar bunyi ketawa di tengah - tengah hutan atau sungai balas balik dan katakan kepadanya dengan nada yang sopan seperti " janganlah ketawa , abang takut" atau "kalau yer pun nak takle abang - abang sini , janganlah bagi signal ketawa teknik dah lapuk".
2. Jika "dia" menonjolkan dirinya dalam jarak 50meter katakan kepadanya " tak segan ke cik adik, ni semua abang - abang , adik seorang je perempuan " hah nescaya dia akan hilang .
3. Kalau anda merasakan ada sesuatu seperti berterbangan di atas kepala anda dan diyakini adalah Pontianak , katakan kepadanya tanpa menoleh ke atas "ooo nak sekodeng abang buang air besar nyerr " masa tu anda terus berpura - pura seperti buang air besar , memang sah dia akan blah dari situ .
4. Bila anda berada di hutan tertiba mencium bau bauan yang wangi nescaya mesti ada sesuatu dan bila dalam keadaan seperti itu anda terus mengejek dengan mengatakan " eleh dah lah pakai minyak wangi tiruan , murah pula tu " dan nescaya bau tersebut akan hilang.
5. Dan yang terakhir sekali , kalau "pontianak" dekat sangat dengan anda atau boleh dikira sebelah anda (tips berguna untuk lelaki) cuba peluk dan raba badan dia sambil tu sediakan paku dalam poket , atau cuba cabul kehormatan Pontianak itu , nah! pasti pontianak akan lari dan menangis .
Bagaimana pula kisah seram anda? jom kongsi bersama Mr J .
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]