Showing posts with label sabah. Show all posts
Isteri KM Sarawak Puan Sri Ragad Waleed Al Kurdi yang "agak seksi" di Maulidur Rasul.
20:14Bagai Pucuk dicita Ulam mendatang , gambar dibawah adalah gambar kiriman seseorang ke alamat email kami iaitu Info@pengerindu.com .
Menurut pengirim yang enggan dikenali , gambar tersebut adalah semasa perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Serawak . Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud bersama dengan Isteri barunya iaitu Puan Sri Ragad Waleed Al Kurdi .

Tahulah cuaca dikepulauan Sarawak agak panas sedikit dan yang menjadi perbualan panas diantara laman - laman blog , facebook serta twitter adalah Pakaian Isteri Ketua Menteri Saraawak iaitu Puan Sri Ragad Waleed Al Kurdi ( susah sangat nak sebut , berbelit lidah den ) agak keterlaluan .
*lebih santai jika pakai baju singlet.
Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Rakyat Sabah & Sarawak kini Bangkit! 300,000 Tandatangan diperlukan.
19:27Kerajaan ataupun Pakatan Rakyat kini bakal ditentang oleh Kumpulan yang menamakan diri Mereka "SSKM" iaitu Sabah Sarawak Keluar Malaysia , mereka terdiri daripada anak - anak muda Sabah dan Sarawak dan mempunyai pelbagai profesion dan ada diantara mereka adalah peguam , aktivis yang kebanyakkan bermaustatin di Luar Negara.
Kumpulan SSKM bergerak Aktif di dalam Facebook dengan mempunyai ahli seramai 8,000 lebih dan Facebook Groups mereka adalah "private" dan hanya yang betul - betul memahami matlamat sebenar SSKM akan dibenarkan masuk terlebih dahulu keahlian akan ditapis bagi mengelakkan "Talam dua muka".

Sidang perjumpaan dibuat bersama ahli - ahli demi mengeratkan lagi serta memberi banyak kesedaran kenapa perlunya keputusan "Keluar" daripada Malaysia dibentuk. Sebabnya adalah Perjanjian yang dimeterai oleh Tanah Malaya suatu membentuk Malaysia dengan Negara Sabah dan Sarawak iaitu Perkara 18/20 tidak dipatuhi malah Sabah dan Sarawak terus ditindas .
Tetapi tidak lagi kini dan ramai golongan intelektual tinggi Sabah dan Sarawak semakin sedar tentang penindasan "bangsa" dan "Negara" mereka .
Sesuatu bakal berlaku tetapi tidak sekarang atau esok kemungkinan dalam 5 tahun akan datang, suara mereka "SSKM" akan mendapat liputan meluas suatu hari nanti . Kini langkah pertama SSKM adalah mengumpul sebanyak mungkin tandatangan Online yang mengatakan sokongan mengenai Tindakan Keluar daripada Malaysia : http://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights.html .
Pengagihan Sumber yang berat sebelah .
Sabah dan Sarawak sememangnya Kaya dengan sumber alam dan juga minyak tetapi kenapa sejak kebelakangan ini semakin ramai anak muda rakyat Sabah & Sarawak semakin banyak berhirjah ke Negara lain seperti Singapura , Brunei dan ada juga dikalangan yang berkerja di luar Negara atas taraf hidup yang susah di Sabah dan Sarawak .
Hal ini terbukti apabila "Survey Lisan" yang dijalankan telah mendapat jawapan yang amat mengejutkan dimana perbezaan gaji di Sabah dan Sarawak amatlah ketara sangat perbezaan lingkungan RM300 . Jika gaji Kerani di Semenangjung adalah lingkungan permulaan adalah RM900-RM1200 manakala di Sarawak serta Sabah adalah dalam lingkungan RM600-RM900 .

Apa yang diharapkan oleh Negara Sabah dan Sarawak sewaktu bersama Negara Singapura bergabung dengan Tanah Malaya adalah setiap Gabungan Negara yang membentuk "Malaysia" akan disamatarafkan dan juga perjanjian perlu dipatuhi .
Dokumen Perjalanan Terhad
Tujuan
Tujuan Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dari Semenanjung bagi tujuan perjalanan keluar/masuk dan tinggal sementara di Sabah dan Sarawak bagi tempoh melebihi 3 bulan.
Tempoh Sah laku
Lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh dilanjutkan selama 5 tahun lagi. http://www.imi.gov.my/
Malaysia telah ditubuhkan atas nama "empat buah negara" (NEGARA) pada mulanya iaitu, Malaya (Tanah Melayu), Sabah (North Borneo), Sarawak dan Singapura. Namun atas sebab-sebab tertentu pada pertimbangan dan rasional Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sendiri sahaja yang tahu kerana ketika itu beliau berada di London pada tahun 1965.
Ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di London, beliau telah mengeluarkan Singapura dari gabungan Malaysia. Justeru, selepas Singapura dikeluarkan dari Malaysia, maka sah Malaysia hanya tinggal tiga buah negara sahaja lagi iaitu Malaya, Sabah dan Sarawak.Jadi tidak Mustahilah Jika anda dari Tanah Malaya ( semenangjung Malayasia ) yang ke Sarawak perlu menyimpan satu slip daripada imigresen (seolah - olah passport) .
Perjanjian Perkara 18/20 Sabah , Sarawak dan Tanah Malaya untuk
Pembentukan Malaysia.
Dibawah adalah Petikan yang menarik daripada Malaysia Cronicle.
Bom jangkamasa Sabah dan Sarawak
Kerusi Singapura di ambil begitu juga dengan minyak
Situasi yang mungkin adalah Sabah dan Sarawak yang berpotensi untuk meninggalkan Persekutuan Malaysia dalam lima hingga lima belas tahun lagi.
Tanda-tandanya sudah ada dan Putrajaya sedang berkerja keras untuk menunda dan mengelaknya. Ia dijangka berlaku kerana orang bukan Islam daripada keturunan Dusun termasuk Kadazan dan Murut dan komuniti Dayak juga tidak dibenarkan menjadi Ketua Menteri di negeri-negeri ini.
Putrajaya juga seakan-akan menutup mata kepada kebanjiran warga asing secara haram di kedua-dua negeri itu yang masuk untuk menjadi pengundi.
Dengan keluarnya Singapura, Malaya telah mengambil 15 kerusi dalam Parlimennya dan ia tidak diberi kepada Sabah dan Sarawak.Apa yang dipersetujui pada 1963 adalah Malaya akan mempunyai kurang daripada 2/3 daripada kerusi dalam Parlimen demi memastikan wilayah lain dalam persekutuan – Sabah, Sarawak, Brunei akan mempunyai kuasa veto.Hari ini, Malaya mempunyai lebih daripada 2/3 daripada kerusi dalam Parlimen- 165 vs 57 termasuk Labuan berbanding Sabah dan Sarawak.
Inilah sebabnya mengapa agak lemah alasan untuk Sabah dan Sarawak untuk terus berada dalam Persekutuan Malaysia.Semua ini juga akan menjadi lebih getir sekiranya debat mengenai royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak dibuka semula.Perjanjian yang berat sebelah pada 1976 menyaksikan kerajaan Persekutuan dan Petronas , syarikat minyak negara memberi hanya 5% daripada royalti minyak dan gas daripada telaga minyak untuk kawasan persisiran laut. Sedikit daripadanya sudah kering atau semakin mengering.
Tiada pula yang diperolehi daripada telaga minyak yang berada di laut dalam.Disebabkan ini juga, Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun ini telah menjadi antara negeri termiskin di Malaysia.
Sekiranya dikaji balik kini, 5% royalti itu tetap tidak bermakna sekiranya telaga di laut dalam tidak termasuk dalam pengiraan.Sekiranya juga pengkajian semula royalti minyak dibuat, ia harus dilakukan mengambilkira dari tahun 1976 semasa penipuan itu berlaku. Kadar faedah juga harus dibayar begitu juga dengan 8% berkanun setahun serta dikompaun setiap tahun.
Berapa lama mereka boleh senyapkan Sabah dan Sarawak
Ini adalah situasi di mana Kerajaan Persekutuan yang ditadbir UMNO tidak akan menerima walau sejuta tahun sekalipun kerana kekayaan itu telahpun ditelan mereka sejak 1976 lagi ataupun disimpan untuk kegunaan hari esok mereka dan generasi mereka.Malaysia akan menjadi bankrap sekiranya Sabah dan Sarawak menuntut hak mereka ke atas isu royalti minyak. Ia bukanlah bermaksud jalan buntu untuk mereka.
Contohnya adalah seperti Timor Leste, Acheh dan Sudan Selatan- isu yang berlarutan mengenai Darfur dan Kordofan Selatan- semuanya adalah mengenai minyak. Sejarah membuktikan bahawa undang-undang antarabangsa akan berpihak kepada Sabah dan Sarawak. Timor Leste dan Sudan Selatan menjadi bebas melalui campur tangan Majlis Keselamatan PBB sementara Acheh mendapat autonomi.
Isu ini masih lagi dalam proses penyelesaian di Darfur dan Kordofan Selatan.Adalah tidak benar bahawa hanya negeri yang boleh membuat permohonan kepada Majlis Keselamatan PBB. Mana-mana parti juga boleh melakukannya seperti yang dibuat oleh parti pembangkang Syria yang sekarang dalam perbincangan di Majlis itu.
Hanya masa yang menentukan bila Sabah dan Sarawak akan membawa isu royalti minyak mereka kepada Majlis Keselamatan PBB. Putrajaya tidak harus terus bergantung kepada Sabah dan Sarawak selamanya.
Sekarang anda faham mengapa Taib Mahmud dan Musa Aman sangat berkuasa.
Sebab hasil yang mungkin adalah Sabah dan Sarawak akan keluar daripada Malaysia. Hanya kebebasan daripada Malaysia yang akan membawa Sabah dan Sarawak kepada nasib sebenar mereka di komuniti antarabangsa.
Maka tidak hairanlah Ketua Menteri Sarawak seperti Taib Mahmud dan Sabah seperti Musa Aman telah dibiarkan untuk terus merompak negeri mereka walaupun banyak laporan dibuat dan juga beserta bukti rasuah termasuk mencuri tanah, pembalakan dan merogol wanita peribumi oleh pekerja syarikat-syarikat kroni mereka.
Tanpa mereka untuk mengawal kemaraan orang Sarawak dan Sabah, kedua-dua negeri itu berkemungkinan sudah lama keluar daripada Malaysia akibat dibuli UMNO. Petikan daripada Malaysia Chronicle.
Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Jaya Ramba Wulan , "Kami Bukan Warga Cawat" kini menumbuh Kelab penyokong UMNO?
04:34Aku pula cuba meminggirkan diri dari kesesakan. Namun, seseorang memegang tanganku. Aku tidak berpaling, cuma sempat memandang beberapa orang bangsaku menitis air mata. Aku tahu, mereka kecewa kerana mereka terlalu kecewa. Mereka bangsa bermaruah, bukan bangsa yang ketinggalan. Mereka bencikan berpolitik.
Mereka bangsa asalnya keturunan yang beradat. Bangsa kaya budaya! Bangsa yang sudah maju! Aku terus melangkah, mencari keasingan yang tanpa manusia.

“Politik membunuh perpaduan! Politik mencipta perpecahan! Politik penindasan! Politik tidak berbudaya! Parti bintang ialah parti jumud! Parti bintang jalang!!!” Aku melangkah dalam keadaan telingaku masih dilesit kata-kata tegas dari belakang.
“Kami bukan warga cawat!!!” Berkali-kali suara tegas, nyaring itu berkumandang.
Apa yang anda baca diatas tadi adalah artikel sumbangan daripada Jaya Ramba Wulan yang bertajuk "Kami Bukan Warga Cawat!" suatu ketika dahulu di www.pengerindu.com . Dahulu kami mempunyai Komunitas Dayak World iaitu mempunyai rangkaian sahabat Keturunan Dayak dari seluruh dunia khususnya Borneo .
Banyak juga yang kami tekankan di komunitas tersebut diantaranya aspek politik , penjajahan dan juga kemusnahan Hutan di Borneo tetapi kini komuniti itu telah lama padam atas sebab masalah pengunaan "hosting" percuma , Mr J dalam perancangan untuk membangunkan kembali laman sosial tersebut .
Bergitu banyak persoalan bermain dikalangan pengikut Jaya Ramba Wulan adakah "wang" jika ia kemungkinan beliau perlu memikirkan mengenai maruah atau juga masalah dalaman PKR sendiri menyebabkan beliau menarik diri daripada parti tersebut.
“Walaupun berpihak kepada BN selepas keluar daripada Keadilan, namun buat masa ini saya masih belum bersedia untuk menyertai mana-mana parti komponen BN di peringkat negeri.
“Namun saya mengakui ada menerima tawaran daripada parti komponen BN namun belum mempertimbangkannya.
“Bagaimanapun buat masa ini saya telah dilantik menjadi wakil untuk menubuhkan Kelab Penyokong UMNO di sini. Pada masa ini kelab tersebut hanya ada di Kuching dan Miri yang dijangka ditubuhkan dalam masa terdekat,” katanya. petikan daripada Sabahkini.net
JAYA RAMBA dengan nama pena Jay R Miri. Lahir di daerah rimba Long Teru Tinjar Baram. Mendapat pendidikan awal di SK Long Teru. Melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1-5 di SMK Marudi dan kemudian ke tingkatan 6 di SMK Lutong. Memperolehi Sarjana Muda Pentadbiran di sebuah Universiti tempatan. Pernah bertugas di Carigali dan kini berkhidmatan di Lembaga Air Kawasan Utara Sarawak di jabatan Kewangan.
Lebih 10 buah novel telah dihasilkan dan diantaranya ialah Senja Cinta Warisan, Dendam Asmara, Sempadan Dendam dan Bara Yang Menyala.
Pernah memenangi hadiah pertama cerpen Jubli Perak Negeri Sarawak berjudul "Pahat Masih Berbunyi". Juga memenangi hadiah ketiga pertandingan Novel DBP-SHELL. Juga menang hadiah penghargaan Penulis Sarawak pada tahun 2004, 2005 dan 2006.
Lebih 10 buah novel telah dihasilkan dan diantaranya ialah Senja Cinta Warisan, Dendam Asmara, Sempadan Dendam dan Bara Yang Menyala.
Pernah memenangi hadiah pertama cerpen Jubli Perak Negeri Sarawak berjudul "Pahat Masih Berbunyi". Juga memenangi hadiah ketiga pertandingan Novel DBP-SHELL. Juga menang hadiah penghargaan Penulis Sarawak pada tahun 2004, 2005 dan 2006.
Menang tempat ke-2 peraduan menulis cerpen pelbagai kaum Malaysia dengan judul "Mendulang" Menang hadiah utama menulis cerita legenda Miri 2006.
Menang menulis rencana sempena Miri ke arah Bandaraya Miri 2005. Menang 2 buah cerpen peraduan Penulisan Kreatif peringkat Negeri Sarawak 2005. Sumber Jaya Ramba Blog
Bonus:
Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Datuk Ibrahim Mahmud , Adik Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia. 2/2/2012
18:39
KUCHING: Datuk Ibrahim Mahmud, 69, adik kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, meninggal dunia di Hospital Pakar Kuching jam 7 pagi tadi (Semalam 2/2/2012).
Ahli keluarga Allahyarham berkata, Ibrahim meninggal dunia akibat serangan angin ahmar.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima anak. Ibrahim, yang pernah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia, adalah Pengarah Kristal Harta Sdn Bhd dan juga Pengarah Eksekutif Sarawak Pulp Industries Sdn Bhd.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Demak Jaya di Jalan Bako di sini, hari ini. - BERNAMA
Bonus:
Ahli keluarga Allahyarham berkata, Ibrahim meninggal dunia akibat serangan angin ahmar.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima anak. Ibrahim, yang pernah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia, adalah Pengarah Kristal Harta Sdn Bhd dan juga Pengarah Eksekutif Sarawak Pulp Industries Sdn Bhd.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Demak Jaya di Jalan Bako di sini, hari ini. - BERNAMA
Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Updated! : Laporan Polis dibuat. Kisah yang masih lagi belum dipastikan : Nur Juhalisa Rosli Menghina atau menjadi Mangsa Hinaan Fitnah?
19:44Hari ini Isu panas muncul di Twitter & Facebook lagi iaitu tentang "penghinaan orang Sabah & Sarawak" . Twitter tersebut menggunakan nama @Lisa_Rosli93 yang kini telah ditutup . Mengikut risikan Mr J Nama Mangsa yang digunakan adalah Nur Juhalisa Rosli dan gambar di akaun twitter pun mengunakan gambar sebenar Nur Juhalisa Rosli.
Jangan cepat membuat andaian sekiranya ini berlaku . Jadi Mr J membuat perisikan sendiri berbekalkan pengalaman lampau.


Mengikut Firasat Mr J , 80% Individu yang bernama Nur Juhalisa Rosli ini telah menjadi mangsa kepada hinaan ini dan kemungkinan yang membuat onar ini adalah seseorang yang beliau kenali di sekolah atau di kawasan sekitarnya. Tidak mudah untuk seseorang itu membuat statement yang berbaur lucahan di wall public Twitter .
Berikut Akaun Twitter & Facebook yang mengaku dirinya adalah yang sebenar bernama Nur Juhalisa Rosli.

Mr J terperasan mengenai satu blog pun diwujudkan dengan beralamat di : http://juhalisapukirosli.blogspot.com/2012/01/ini-kisah-benar.html



Menurut pemerhatian Mr J mengenai Blog tersebut seolah - olah yang membuat blog itu mengenali Nur Juhali Rosli dan menurut kandungan blog itu , pemilik blog tersebut kiranya adalah orang yang satu sekolah . Kesimpulannya ini adalah kes budak sekolah "cemburu" .
Gambar diatas adalah Screen capture daripada Facebook Nur Juhali Rosli , boleh kah anda percaya? Tetapi buat masa sekarang jangan buat apa-apa andaian lagi .
Mr J pun cuba untuk mendapatkan kepastian dan gambar diatas pula adalah perbualan yang baru sahaja berlaku diantara akaun Twitter @pengerindu Mr J .
Kesimpulan dalam kes ini adalah adakah si pemilik blog yang mengenali Nur Juhali Rosli yang beralamat di juhalisapukirosli.blogspot.com dengan mengunakan perkataan kesat tersebut terbabit dalam Kes ini? .
Andai ya, ini kemungkinan Kes Budak Sekolah yang cemburu antara satu sama lain dan mengunakan akaun twiter palsu sebagai senjata untuk memburuk dan mengaibkan orang lain. Kenapa libatkan Sabah & Sarawak ? itu masih lagi dalam persoalan. Sekian Laporan daripada Mr J bagi pengeRindu Media Network.
TERKINI : Masih menunggu Salinan "scan/gambar" Laporan Polis yang dibuat oleh Nur Juhali Rosli yang sebenar .

Mr J masih menunggu salinan Laporan Polis yang Cik Nur Juhali Rosli, jika ya maka yang membuat akaun palsu haruslah diadili .
Terkini : 2.45PM 2/2/2012 Mr J menerima Salinan Laporan Polis :

Klik Pada gambar untuk kejelasan.
Akhirnya semua telah selesai bagi Pihak pengeRindu Media Network dan Mr J telah meneliti Salinan Laporan Polis tersebut dan ternyata ianya Asli . Dan sekarang biar pihak polis yang uruskan. Sekian .
Terkini : 6:20pm 2/2/2012 : Blog itu telah dipadamkan. juhalisapukirosli.blogspot.com .
Jangan Lupa dapatkan T-Shirt Rasmi untuk tahun 2012 !
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Tempah Sekarang! Official T-Shirt www.pengeRindu.com Tahun 2012.
07:30Seperti kebiasaan tahun yang lepas dimana Pihak PengeRindu Media Network akan membuat satu T-Shirt Rasmi untuk ditempah dan kemungkinan Hanya yang terawal sahaja berjaya mendapatkan "Edisi Terhad" ini .
T-Shirt Rasmi ini adalah lanjutan daripada T-Shirt terdahulu tahun 2011 dan setelah mendapat nasihat daripada rakan - rakan pengeRindu maka tahun ini lebih menarik.
Sila Klik Pada Gambar untuk kejelasan:
Pandangan Hadapan Baju Rasmi PengeRindu Media Network :
Gambar sebenar telah di ubah sedikit bagi mencukupkan Syarat Warna oleh Mr. Jacob .
Bungai Terung adalah Corak tattoo untuk Kaum Iban dan juga sebilangan Masyarakat Dayak di Borneo .
Pandangan Belakang Baju Rasmi PengeRindu Media Network :
Cara untuk menempah T-Shirt Rasmi ini adalah seperti Tahun Lepas juga iaitu :
Rujuk langkah dibawah:
1 : Sila Emelkan Tempahan anda ke alamat admin@pengerindu.com
- Subjek Emel anda : Tempahan Baju www.pengeRindu.com
- Sila nyatakan Alamat anda ( bagi proses penghantaran )
- Nama Penuh berserta No. Telefon anda . ( PENTING bertujuan untuk memudahkan Pihak Kami membuat kemaskini )
- Emelkan Bukti - bukti pembayaran anda.
- Saiz Baju anda. cth S , L , XL , XXL
Contoh Penuh lihat Gambar dibawah:

Untuk Proses Pembayaran :
PENTING : Sila SMS No dibawah dahulu sebelum anda membuat transaksi.
Harga Sehelai : RM 40.00 ( Termasuk Kos Penghantaran Semenangjung Malaysia & Sabah, Sarawak )
Bank : Maybank Berhad
Account Holder : Jacky Juing Jonathan
Account Number : 112148172870
Contact Number : 011-1478 9406 (attn: Ms. Cecellia)
E-Mel: admin@pengerindu.com
Senarai Nama Pembeli Terkini 2/2/2012
Nama yang menpunyai tanda ( * ) adalah yang telah mengesahkan pembayaran
- Karl - S*
- Benny Pladin - XXL
- Kashsofiana Kashman - M
- Genesis D Lang - XL
- Chuck Nrs - M
- N'Rossa Peter - S
- Melanie Reyes - L
- Ainsley Tamara - M
- Doris Jones - S
- Boy Alex - XL & M
- Catherine Chek - S
- Farizah Aini Fadzil - S
- Mathhew - L
- Yu Bin @ Nida - L & M
- Doris Yanna - L
- Roni - S
- Apai Dom - L
- Miz Moon - M
Tempahan masih lagi dibuka : Emelkan tempahan anda ke admin@pengerindu.com
Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Sabah & Sarawak Wajar Keluar dari Malaysia .
01:54Saudara Pengarang,
SECARA sedar atau tidak, sekumpulan elit Generasi Sabah dan Sarawak sekarang sedang memimpin rakyat Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan pengiktirafan daripada British dan juga Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia.
Sekumpulan golongan elit yang berpaksikan non-partisan kini sedang berkembang pesat pengaruhnya yang mana dalam perjuangan kumpulan ini, adalah untuk mendapatkan kembali hak 18/20 perkara (walaupun pada hakikatnya perkara ini sudah terbatal selepas wujudnya Perlembagaan Persekutuan).
Selepas memperolehi kembali hak ini, golongan ini akan meminta sokongan untuk mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai satu Negara yang berasingan daripada Malaya. Sejarah jelas membuktikan bahawa Perjanjian Malaysia 16 September 1963 sudah terbatal dengan sendirinya kerana tindakan Malaya yang telah menyingkir Singapura daripada pembentukan tersebut.
Bagi Sabah, dalam 20 perkara, 19 perkara telah dilanggar, tetapi bila Sabah dan Sarawak mengatakan keinginan mereka untuk keluar daripada Malaysia, Malaya dengan tanpa segan silu mengatakan dalam 20/18 perkara mengatakan Sabah tidak berhak untuk keluar. Sila rujuk kepada link ini.
Dalam link ini jelas menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai hak untuk berpisah jikalau pembentukan ini tidak menguntungkan kedua-dua negara.
Berpaksikan kepada hujah dan bukti kukuh ini serta faktor ekonomi, pentadbiran, pembangunan, pendidikan, keselamatan, kesihatan, kebudayaan dan seumpamanya; golongan elit Sabah dan Sarawak memutuskan bahawa langkah terbaik untuk menyelesaikan kemelut masalah ini adalah dengan 'Memerintah Negara ini sendiri'.
Kumpulan ini juga mengambil kira penyelesaian untuk menyelesaikan perkara-perkara seperti yang dinyatakan sebentar tadi. Selepas mendapat pengiktirafan antarabangsa, Sabah akan dikenali sebagai 'Republic of Sabah' dan Sarawak sebagai 'Republic of Sarawak'.
Dua buah Negara ini bakal menggunakan Borneo Dollar dan bahasa rasmi adalah bahasa Inggeris. Sistem pendidikan pula adalah mengikut standard antarabangsa. Sabah dan Sarawak juga akan mengamalkan konsep demokrasi dan Negara Sekular. Tidak mengiktiraf mana-mana agama sebagai agama rasmi Negara.
Sabah dan Sarawak kerap ditakutkan akan tuntutan Filipina dan ancaman Indonesia. Tidakkah rakyat Sabah dan Sarawak mengetahui kenyataan bahawa mana-mana negara yang menyerang bekas tanah Jajahan British, British dengan sekutunya akan menghantar tentera untuk menyerang balik kerana Sabah dan Sarawak adalah bekas Tanah Jajahan Mahkota British. Adalah menjadi maruah kepada British untuk melindungi bekas Tanah Jajahannya daripada dijajah oleh negara lain.
Filipina pula asyik dengan muka yang tidak tahu malu mahu menuntut Sabah kononnya Sabah adalah milik Sultan Sulu. Berdasarkan kepada sejarah, ya, memang benar bahawa Sabah suatu ketika dahulu adalah milik Sultan Sulu tetapi telah dipinjamkan kepada peneroka British.
Tetapi semasa perang dunia kedua, Jepun telah menakluk Sabah dan telah menjadi milik Jepun. Selepas tidak lama kemudian, British datang kembali dan menawan Sabah yang mana secara langsung dan rasmi dari segi ilmu penjajahan, Sabah adalah milik British dan penduduk Sabah adalah rakyat kepada Ratu Permaisuri Queen Elizebeth II.
Maka, Filipina sudah kehilangan hak untuk menuntut Sabah. Tambahan lagi, jikalau dijalankan tinjauan dan kajian 100% rakyat Sabah tidak mahu bersama dengan Filipina. Apa yang dikehendaki oleh rakyat Sabah ialah 'Memerintah Negara' mereka sendiri kerana Sabah telah diberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 oleh British.
Maka, di sini saya ingin simpulkan bahawa tindakan yang diambil oleh golongan elit Sabah dan Sarawak ini yang telah mendapat sokongan lebih kurang 8,000 orang (Sabah dan Sarawak) sedang giat untuk mengumpul tandatangan sebanyak 300, 000 untuk petisyen yang akan dibawa ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Ratu Elizabeth.
Salam Hormat,
TRULY SABAHAN
*Sabahkini.net
Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Ulat Sago enak dimakan bergitu sahaja.
18:34Liuk gerakan badannya sahaja sudah pasti mampu membuatkan seseorang individu terasa geli . Ulat sago banyak terdapat dipersekitaran sungai Rajang di Sarawak.
Untuk mendapatkan Ulat Sago ini anda perlulah menebang sepohon Pokok Sago dan dibiarkan selama beberapa minggu sehingga reput dan waktu itulah para pencari ulat sago akan mengorek dan memecahkan pepohon sago untuk mendapatkan "isinya" .
Masa zaman kanak - kanak Mr J dahulu aktiviti mencari ulat sago ini merupakan salah satu daripada aktiviti "permainan" , Mr J suka bermain dengan ulat sago ini bahkan boleh dibuat untuk pertandingan lumba "lari" ulat sago .

Ulat sago yang bersaiz kecil akan dijadikan umpan untuk memancing bagi Mr J di sekitar Sungai Rajang. Tetapi kini harga ulat sago seekor melonjak tinggi sehingga mencecah RM1 seekor ini kerana permintaan yang sangat tinggi kerana rasanya enak dimakan dengan cara sate , goreng mahupun dimakan "mentah" . Ulat Sago mempunyai protein yang tinggi kerana ia hanya memakan isi sago .
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
PRESS RELEASE – 16th January 2012 from Radio Free Sarawak.
17:49Radio Free Sarawak (RFS) sedang mempersiapkan diri untuk pilihan raya umum akan datang, dengan mengumumkan nombor telefon tempatan bagi membolehkan pendengar berinteraksi dengan stesen radio yang beroperasi tanpa permit kerajaan itu.
"Ini adalah penting, terutamanya sepanjang tempoh pilihan raya supaya pendengar boleh menghubungi kami secara langsung bagi meluahkan masalah dan isu yang dihadapi mereka serta juga memberi pandangan dan pendapat mereka," kata pengasas stesen radio itu, Clare Rewcastle Brown (kiri), yang juga memiliki laman web Sarawak Report.

Mengikut spekulasi, pilihan raya umum ke-13 diramalkan akan diadakan seawal bulan Mac atau Jun tahun ini.

Selain nombor telefon yang boleh dihubungi, stesen yang berpangkalan di London itu juga memperkenalkan beberapa pengacara baru apabila ia dilancarkan semula esok. Antara mereka, termasuk penyampai bahasa Iban yang terkenal Christina Suntai, dan kemunculan semula Peter John Jaban, DJ asal stesen ini yang menggunakan nama Papa Orang Utan (atas, kanan).
Dalam satu kenyataan media semalam, Rewcastle Brown berkata sebagai pelancaran itu, stesen berkenaan berjanji akan membuat pendedahan eksklusif yang melibatkan sebuah syarikat yang berpangkalan di Sarawak.
Stesen anti-Taib juga akan kembali ke udara melalui frekuensi radio asalnya pada gelombang pendek 15420 kHz, selepas terpaksa ditukar kerana disekat semasa pilihan raya Sarawak April tahun lalu.
Ia akan bersiaran dari jam 6 petang hingga 8 malam setiap hari.
Sumber Malaysiakini.com
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Skuad Sarawak - Bujang Senang (Buaya) Tunjuk Belang ke Taring?
18:56Mr J bukan nak ulas isu Bolasepak tetapi mengenai satu akhbar yang mengatakan Sarawak Tunjuk Belang , untuk pengetahuan langsung skuad Sarawak tak pernah mengunakan perkataan "Belang", selalunya "Belang" digunakan oleh skuad Malaysia yang merujuk Harimau.
Akhbar tersebut sepatutnya mengunakan Headlines " Sarawak Tunjuk Taring " sebab Sarawak dikenali sebagai "Bujang Senang" iaitu merujuk kepada Buaya Mitos yang sangat berkuasa di sepanjang aliran Sungai Rajang .

Apa - apapun Taniah kepada Skuad Sarawak kerana berjaya memperolehi kemenangan 2 - 0 keatas Kuala Lumpur semalam .
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Desakan tahan Taib Ketua Menteri Sarawak: Interpol serah kepada polis M'sia
21:29Di sebalik desakan yang memuncak oleh NGO asing supaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud ditangkap atas tuduhan rasuah, Pertubuhan Antarabangsa Polis Jenayah (Interpol) berkata tindakan itu hanya boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan.
Ini adalah jawapan yang diberikan kepada Dana Bruno Manser yang berpangkalan di Switzerland yang menerajui kempen antarabangsa ke atas ketua menteri yang paling lama berkhidmat di Malaysia itu.

Menurut kenyataan akhbar oleh BMF, sekretariat Interpol, memaklumkan bahawa "bantuan Interpol hanya boleh digerakkan oleh keputusan pihak berkuasa tempatan yang berwibawa dan atas permintaan penyelaras tempatan yang dikenali sebagai National Central Bureau (NCB)".
"Sekiranya anda ingin memulakan prosiding jenayah terhadap individu yang dinamakan itu, anda dinasihati supaya menghubungi polis negara berkenaan dan / atau badan kehakimannya."
Menurut BMF, maklumat laman web Interpol, menyebut NCB bagi Malaysia secara langsung terletak di bawah kuasa Ketua Polis Negara.
Awal bulan lalu, BMF dan 16 NGO lain yang berpangkalan di enam negara menggesa Malaysia untuk menangkap Taib dan 13 ahli keluarganya atas dakwaan "salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah".
Sepucuk surat 10 halaman memperincikan tuduhan-tuduhan terhadap mereka dihantar kepada pihak berkuasa Malaysia melalui pos berdaftar, tetapi menurut BMF, pihak berkuasa gagal memberikan jawapan.
Siasatan BMF menunjukkan bahawa keluarga Taib mempunyai kepentingan dalam lebih daripada 400 syarikat di 25 negara dengan nilai yang dianggarkan ratusan bilion dolar Amerika. Malaysiakini
Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Apa yang Generasi muda Sabah & Sarawak inginkan pada Pilihanraya kali ini. Daftar Petition SSKM .
18:20Malaysia bakal membuat pilihan sekali lagi dalam masa terdekat ini dan sudah pastinya rakyat bijak memilih siapakah bakal pemerintah kawasan mahupun negara kali ini. Dan di sini Mr J ingin membicara sedikit mengenai suara - suara anak muda Rakyat Sarawak yang sekarang dibawah tampuk kepimpinan Taib Mahmud.

Mr J telah pun menjalankan kajian dengan melihat beberapa pendapat - pendapat daripada rakyat Sarawak di beberapa buah
laman Sosial. Pendapat mereka tidaklah mengejutkan Mr J tetapi mungkin menge
jutkan beberapa individu penting dalam arena politik Sarawak.
Kalau dahulu suara - suara generasi lepas banyak diabaikan tetapi kini pengolakkan di Sarawak semakin mendapat perhatian daripada NGO luar negara seperti Bruno Manser yang boleh dilayari di www.bmf.ch/en .
“We would like our forest to remain intact. Only then can we go hunting. If we have no clean water, we cannot process the pith of the sago palm and then we have nothing to eat.”bmf
Kenapa wujudnya Radio Free Sarawak & juga tabloid online seperti Sarawak Report? . Baiklah sebelum Mr J meneruskan lebih lanjut lebih baik kita mengenali siapa disebalik warta Sarawak Report dan juga Radio Free Sarawak.
“The Shin Yang timber company is destroying our forest. Since there are not very many of us, it is difficult to defend ourselves." Mapping the Penan Rainforests on Borneo
Radio Free Sarawak radio stesen ditubuhkan oleh aktivis sosial dan wartawan, Clare Rewcastle Brown dan diterajui oleh aktivis sosial Sarawak, Peter John Jaban lebih dikenali dengan nama samaran iaitu Papa Orang Utan, dan Michael Ngau. Penyiaran pertama pada November 16, 2010, stesen itu boleh diterima oleh Dees pada 17.560 kHz, dan juga podcasted di seluruh dunia setiap hari di 10,00-12,00 UTC.

Warga Bristish dilahirkan di Sarawak, Brown adalah yang terbaik dikenali sebagai wartawan alam sekitar yang memulakan kerjayanya dengan BBC pada tahun 1983. Pada tahun 2008, beliau pulang ke Sarawak untuk melaporkan pada pilihan raya kecil dan rahsia difilemkan syarikat penjelasan hutan hujan untuk ladang kelapa sawit.Secara kebetulan, Brown kakak dalam undang-undang bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown.
Peter John Jaban atau Papa Orang Utan
Lebih dikenali dengan nama samaran ke udara, Papa Orang Utan, Jaban Iban dari Sarawak dan bekas kakitangan awam dengan Pejabat Tanah dan Ukur Kuching. Beliau juga bekas DJ milik negara stesen radio Cats FM. Jaban telah dipecat dari stesen untuk membenarkan pemanggil untuk mengkritik Taib dalam program. Jaban juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Dayak Iban Sarawak dan aktif sebagai seorang aktivis hak asasi manusia di Sarawak. Beliau kini terlibat secara aktif dengan Pergerakan Kebebasan Malaysia Awam, sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang berpangkalan di London, United Kingdom.
Sekiranya tidak ada kesalahan dan salah guna kuasa oleh kerajaan Sarawak tidak mungkin stesen ini tidak akan diwujudkan dan tidak mungkin kita akan mengenali Radio Free Sarawak dan juga Sarawak Report . " Taib Mahmud" begitu dibencii oleh generasi baru anak Sarawak ? . Itu adalah persoalan yang agak peribadi dan setiap individu mempunyai jawapan yang tersendiri dan biarlah mereka sendiri meluahkan ketidakpuashati mereka di ruangan komen dibawah.
Laman sosial seperti Facebook juga dijadikan Medium untuk Rakyat Sarawak & Sabah bergabung untuk menentang kepimpinan zalim dan juga skandal rasuah tersendiri . Di situ Mr J dapat berinteraksi dengan mereka dan mendapatkan sedikit sebanyak pendapat serta komen mereka dan apa yang mereka inginkan daripada kepimpinan Sarawak & Sabah pada masa akan datang .
Di bawah ini adalah sebahagian pendapat daripada Doris Jones yang menwakili generasi muda sabah & Sarawak :

Kepimpinan yang unggul diperlukan oleh warga muda Sabah & Sarawak adalah
1.Pentadbiran yang saksama dan adil tidak mengira bangsa/ethnik dan agama.
2.Peluang biasiswa untuk murid-murid yang perlu untuk meneruskan pelajaran ke menara gading.
3.Perutukan sekolah rendah & menegah yang cukup untuk semua daerah terpencil.
4.Keperluan rumah sakit dan pekerja perubatan yang cukup samada di bandar atau luar bandar.
5.Kemajuan Infrastraktur yang seimbang.
6.Peluang pekerjaan di berikan keutamaan kepada anak jati tempatan.
7.Gaji adalah tertakluk kepada tarif yang setimpal.
8.Tanah Natives di pelihara.
9.Peluang perniagaan diutamakan kepada anak jati tempatan.
10.Bantuan kepada orang - orang yang kurang upaya dan kaum ibu tunggal.
11.Ekonomi negara perlu distabilkan untuk kepentingan semua.

Sebilangan ketidakpuashati mengenai mengenai perbezaan gaji , peluang pekerjaan yang ketara berlaku.
Petition untuk Hak - Hak Sabah & Sarawak yang selama ini diabaikan sejak bersama Tanah Melayu untuk membentuk Kerajaan Malaysia juga diwujudkan atas kesedaran rakyat Pribumi Sabah & Sarawak yang ditindas.
Biarpun tidak mendapat perhatian daripada media - media di Malaysia namun kumpulan dan perjuangan mereka telah sampai ke luar negara dan tidak mustahil seluruh dunia kerana dalam kemajuan masakini telah membuat dan memberikan banyak kesedaran khususnya pengundi baru yang kebanyakkan adalah generasi baru yang lebih banyak mendapat sumber - sumber yang boleh dipercayai serta tidak terikat dengan satu akhbar tempatan sahaja.
Muatturun Temubual Mr J bersama Radio Free Sarawak:
1: Temubual Pertama : Download - 4.1 MB
2: Temubual Kedua : Download - 6.0 MB
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu

Pemilihan Jawatankuasa Pusat Wanita SUPP kecoh! Parti SUPP diambang pepecahan, Parti Baru bakal diwujudkan.
21:06Nampaknya di penghujung tahun 2011 adalah sebuah permulaan keretakkan yang bakal berlaku kepada sebuah parti di Sarawak iaitu SUPP. Mr J meramalkan keretakkan dan kemusnahan party itu bakal terjadi pada 12/12/2012 .
Kenapa? Jawatan adalah kepentingan bagi mereka. Sila baca rentetan kisah pergolakkan SUPP dibawah.
Kumpulan Wong boikot TDC.
“Kami menyeru semua penyokong dan ahli-ahli SUPP yang berfikiran adil agar tidak menyertai TDC melainkan dan sehingga salah laku dalam proses pemilihan cawangan diperbetulkan oleh CWC,” kata satu kenyataan yang dihantar menerusi faksimili ke pejabat-pejabat media di sini.
Kenyataan itu merupakan keputusan yang diambil secara muafakat dan merangkumi Wong serta para pemimpin SUPP yang menyokong beliau sebagai Presiden baharu.

Mereka ialah Datuk Richard Riot Jaem, Datuk Tiong Thai King, Datuk Francis Harden Hollis, Datuk Lee Kim Shin, Dr Jerip Susil, Ranum Mina dan Dr Johnichal Rayong Ngipa. Mereka merupakan wakil rakyat.
Kumpulan tersebut turut meminta agar TDC ditangguhkan; CWC menjalankan siasatan menyeluruh terhadap aduan berkenaan kejanggalan pemilihan peringkat cawangan; mengadakan pemilihan baharu di cawangan-cawangan terbabit; dan TDC hanya diadakan selepas kejanggalan pemilihan diperbetulkan.
Kumpulan Wong berkata, keputusan itu turut disokong oleh beberapa cawangan SUPP.
“Kami tidak akan memberi legitimasi terhadap TDC berdasarkan aduan yang dilakukan oleh kebanyakan ahli kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan,” kata kenyataan itu.
Wong sebelum ini mengumumkan hasrat bertanding jawatan Presiden dan pada masa yang sama, Setiausaha Kerja SUPP Datuk Seri Peter Chin turut ingin bertanding.
Wong merupakan Menteri Kewangan Kedua dalam kabinet negeri dan juga ADUN Bawang Assan, manakala Peter Chin Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam kabinet persekutuan merangkap Ahli Parlimen Miri.
Jawatan presiden SUPP dijadual akan dipertandingkan pada Ahad ini berikutan pengunduran Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan. Baca Selanjutnya.
Parti Baru?
Dr Chan yang ditemui semalam berkata: “Jika kamu cintakan parti, tidak akan ditubuhkan satu lagi parti baharu.“Adakah kamu masih mencintai parti jika kamu menubuhkan parti baharu?” soal Dr Chan kembali apabila ditanya mengenai spekulasi tersebut.Beliau yang ditemui selepas merasmikan Persidangan Delegasi Pergerakan Wanita SUPP Ke-12 di Ibu Pejabat SUPP turut menasihatkan ahli agar mengetepikan soal jawatan dalam parti.
“Seperti yang telah saya nyatakan, untuk berkhidmat kepada rakyat ia tidak mengira jawatan.“Jawatan tidak penting, apa yang lebih penting ialah keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat,” ujarnya.Tambahnya: “Berkhidmat untuk rakyat, adakah ia memerlukan jawatan dalam parti?“Jika anda lebih mementingkan jawatan bermakna anda menyertai parti untuk kepentingan sendiri dan bukan ke arah mengukuhkan parti.
“Ini mesej saya, dan mesej ini untuk semua ahli parti,” katanya.Dr Chan turut terkilan dengan sikap segelintir ahli dalam parti yang gemar akan jawatan dan memikirkan soal kepentingan diri.“Jangan memburukkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri dan menyatakan diri anda lebih hebat daripada orang lain,” tegasnya kepada ahli-ahli parti.
Menyentuh mengenai perkembangan ahli-ahli Wanita SUPP, Dr Chan berkata mereka telah berjaya membawa perubahan bukan sahaja kepada Pergerakan Wanita malah turut berperanan dalam mengukuhkan parti serta pelaksanaan polisi kerajaan. Selanjutnya
Bergaduh sesama Ahli demi
mencapai kepentingan sendiri.
KUCHING: Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Sim Kheng Hui terpaksa campur tangan bagi meredakan ketegangan yang berlaku sebelum sesi pemilihan Jawatankuasa Pusat Wanita SUPP Ke-13, semalam.
Kelancaran majlis bertukar menjadi tegang apabila jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan oleh Suzanne Lee Tza Ha bertindak keluar dewan selepas perselisihan faham antara perwakilan.
Bercakap kepada media semalam, Suzanne dan ahli jawatankuasa pemilihan yang berang dengan sikap perwakilan memutuskan untuk membatalkan pemilihan selepas berlaku kekecohan antara mereka.
Menurutnya, jawatankuasa telah memberikan tempoh untuk perwakilan menyemak semula butiran pencalonan dan mengemukakan sebarang permasalahan.
Namun, katanya, tindakan mereka mempersoalkan keputusan dan kredibiliti jawatankuasa pemilihan pada saat akhir adalah satu tindakan yang tidak wajar dan tidak menghormati jawatankuasa.
“Sembilan belas cawangan membuat aduan pada saat akhir dengan mengatakan bahawa kami (jawatankuasa pemilihan) tidak berlaku adil apabila ramai dalam kalangan mereka tidak layak untuk pemilihan.
“Kami telah memberikan tempoh kepada mereka untuk mengemukakan sebarang masalah sebelum hari pemilihan dan tindakan mereka hari ini (semalam) adalah satu tindakan yang tidak menghormati jawatankuasa,” katanya.
Dalam pada itu, sebanyak 151 pencalonan diterima bagi pemilihan Jawatankuasa Pusat Wanita SUPP Ke-13 dan daripada jumlah tersebut, hanya 116 pencalonan layak bagi mengisi 49 jawatan dalam jawatankuasa tersebut.
Bagaimanapun, ketegangan yang berlaku sebelum sesi pemilihan wanita semalam berjaya diredakan dan diteruskan dengan melantik pengerusi sementara menggantikan Suzanne yang keluar dewan. Selanjutnya
Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Biodata Marsha Milan Londoh yang Seksi - Bulih Bah kalau kau.
17:45
NAMA SEBENAR: Marsha Milan Londoh
NAMA KOMERSIAL: Marsha
TARIKH LAHIR: 6 Disember 1985
TINGGI: 162 sm
BERAT: 49 kg
ASAL: Tamparuli, Sabah , Borneo Island
KELUARGA: Anak ketiga daripada empat beradik
KERJAYA: Penyanyi, pelakon dan duta produk
ALBUM: Penampilan dalam album Ajai & Friends
DRAMA: Kerana Kirana, telemovie Astro Raya
FILEM: Misi 1511
PENCAPAIAN: Pemenang tempat keempat AF3
IDOLA: Jim Brickman



Bonus:
NAMA KOMERSIAL: Marsha
TARIKH LAHIR: 6 Disember 1985
TINGGI: 162 sm
BERAT: 49 kg
ASAL: Tamparuli, Sabah , Borneo Island
KELUARGA: Anak ketiga daripada empat beradik
KERJAYA: Penyanyi, pelakon dan duta produk
ALBUM: Penampilan dalam album Ajai & Friends
DRAMA: Kerana Kirana, telemovie Astro Raya
FILEM: Misi 1511
PENCAPAIAN: Pemenang tempat keempat AF3
IDOLA: Jim Brickman



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .