www.pengeRindu.com Backup

Showing posts with label supp. Show all posts

Pemilihan Jawatankuasa Pusat Wanita SUPP kecoh! Parti SUPP diambang pepecahan, Parti Baru bakal diwujudkan.

21:06
Nampaknya di penghujung tahun 2011 adalah sebuah permulaan keretakkan yang bakal berlaku kepada sebuah parti di Sarawak iaitu SUPP. Mr J meramalkan keretakkan dan kemusnahan party itu bakal terjadi pada 12/12/2012 .

Kenapa? Jawatan adalah kepentingan bagi mereka. Sila baca rentetan kisah pergolakkan SUPP dibawah.


Kumpulan Wong boikot TDC.

“Kami menyeru semua penyokong dan ahli-ahli SUPP yang berfikiran adil agar tidak menyertai TDC melainkan dan sehingga salah laku dalam proses pemilihan cawangan diperbetulkan oleh CWC,” kata satu kenyataan yang dihantar menerusi faksimili ke pejabat-pejabat media di sini.

Kenyataan itu merupakan keputusan yang diambil secara muafakat dan merangkumi Wong serta para pemimpin SUPP yang menyokong beliau sebagai Presiden baharu.


Mereka ialah Datuk Richard Riot Jaem, Datuk Tiong Thai King, Datuk Francis Harden Hollis, Datuk Lee Kim Shin, Dr Jerip Susil, Ranum Mina dan Dr Johnichal Rayong Ngipa. Mereka merupakan wakil rakyat.

Kumpulan tersebut turut meminta agar TDC ditangguhkan; CWC menjalankan siasatan menyeluruh terhadap aduan berkenaan kejanggalan pemilihan peringkat cawangan; mengadakan pemilihan baharu di cawangan-cawangan terbabit; dan TDC hanya diadakan selepas kejanggalan pemilihan diperbetulkan.

Kumpulan Wong berkata, keputusan itu turut disokong oleh beberapa cawangan SUPP.
“Kami tidak akan memberi legitimasi terhadap TDC berdasarkan aduan yang dilakukan oleh kebanyakan ahli kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan,” kata kenyataan itu.

Wong sebelum ini mengumumkan hasrat bertanding jawatan Presiden dan pada masa yang sama, Setiausaha Kerja SUPP Datuk Seri Peter Chin turut ingin bertanding.

Wong merupakan Menteri Kewangan Kedua dalam kabinet negeri dan juga ADUN Bawang Assan, manakala Peter Chin Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam kabinet persekutuan merangkap Ahli Parlimen Miri.

Jawatan presiden SUPP dijadual akan dipertandingkan pada Ahad ini berikutan pengunduran Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan. Baca Selanjutnya.


Parti Baru?

Dr Chan yang ditemui semalam berkata: “Jika kamu cintakan parti, tidak akan ditubuhkan satu lagi parti baharu.“Adakah kamu masih mencintai parti jika kamu menubuhkan parti baharu?” soal Dr Chan kembali apabila ditanya mengenai spekulasi tersebut.Beliau yang ditemui selepas merasmikan Persidangan Delegasi Pergerakan Wanita SUPP Ke-12 di Ibu Pejabat SUPP turut menasihatkan ahli agar mengetepikan soal jawatan dalam parti.

“Seperti yang telah saya nyatakan, untuk berkhidmat kepada rakyat ia tidak mengira jawatan.“Jawatan tidak penting, apa yang lebih penting ialah keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat,” ujarnya.Tambahnya: “Berkhidmat untuk rakyat, adakah ia memerlukan jawatan dalam parti?“Jika anda lebih mementingkan jawatan bermakna anda menyertai parti untuk kepentingan sendiri dan bukan ke arah mengukuhkan parti.

“Ini mesej saya, dan mesej ini untuk semua ahli parti,” katanya.Dr Chan turut terkilan dengan sikap segelintir ahli dalam parti yang gemar akan jawatan dan memikirkan soal kepentingan diri.“Jangan memburukkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri dan menyatakan diri anda lebih hebat daripada orang lain,” tegasnya kepada ahli-ahli parti.

Menyentuh mengenai perkembangan ahli-ahli Wanita SUPP, Dr Chan berkata mereka telah berjaya membawa perubahan bukan sahaja kepada Pergerakan Wanita malah turut berperanan dalam mengukuhkan parti serta pelaksanaan polisi kerajaan. Selanjutnya

Bergaduh sesama Ahli demi
mencapai kepentingan sendiri.


KUCHING: Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Sim Kheng Hui terpaksa campur tangan bagi meredakan ketegangan yang berlaku sebelum sesi pemilihan Jawatankuasa Pusat Wanita SUPP Ke-13, semalam.

Kelancaran majlis bertukar menjadi tegang apabila jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan oleh Suzanne Lee Tza Ha bertindak keluar dewan selepas perselisihan faham antara perwakilan.
Bercakap kepada media semalam, Suzanne dan ahli jawatankuasa pemilihan yang berang dengan sikap perwakilan memutuskan untuk membatalkan pemilihan selepas berlaku kekecohan antara mereka.

Menurutnya, jawatankuasa telah memberikan tempoh untuk perwakilan menyemak semula butiran pencalonan dan mengemukakan sebarang permasalahan.

Namun, katanya, tindakan mereka mempersoalkan keputusan dan kredibiliti jawatankuasa pemilihan pada saat akhir adalah satu tindakan yang tidak wajar dan tidak menghormati jawatankuasa.

“Sembilan belas cawangan membuat aduan pada saat akhir dengan mengatakan bahawa kami (jawatankuasa pemilihan) tidak berlaku adil apabila ramai dalam kalangan mereka tidak layak untuk pemilihan.

“Kami telah memberikan tempoh kepada mereka untuk mengemukakan sebarang masalah sebelum hari pemilihan dan tindakan mereka hari ini (semalam) adalah satu tindakan yang tidak menghormati jawatankuasa,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak 151 pencalonan diterima bagi pemilihan Jawatankuasa Pusat Wanita SUPP Ke-13 dan daripada jumlah tersebut, hanya 116 pencalonan layak bagi mengisi 49 jawatan dalam jawatankuasa tersebut.

Bagaimanapun, ketegangan yang berlaku sebelum sesi pemilihan wanita semalam berjaya diredakan dan diteruskan dengan melantik pengerusi sementara menggantikan Suzanne yang keluar dewan. Selanjutnya


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 0 comments

Kuatnya pengaruh Internet sehingga memusnahkan Parti SUPP kepada DAP di Sarawak

04:09
Salam 1Malaysia kepada semua pengujung setia pengeRindu.com , wah sedar tak sedar rakyat Sarawak dah melepasi ujian gentir pilihanraya tempoh hari dan Piliharaya tersebut membuktikan bahawa golongan Muda semakin menolak kepimpinan Taib dan golongan muda Sarawak semakin ramai yang celik IT dan semakin ramai memilih Media Alternatif sebagai media harian yang dipercayai serta dapat dinilai sendiri kerana Media Alternatif seperti Blog/Web/Forum tidak perlu ditapis oleh orang "atasan" , lain pula dengan TV serta surat khabar di Malaysia tidak pernah Mr J lihat walau 1 saat dimana TV memaparkan kebaikkan kepada pembangkang dan kesemuanya adalah yang jahat dipaparkan.

Sedarlah bahawa TV dan Suratkhabar bukan lagi Asset bagi sesebuah Parti yang berkuasa untuk mengkhayalkan penonton. Borneo Post . Utusan Borneo , See Hua , Sin Chew itu adalah sebahagian daripada akhbar yang ada di Sarawak , percaya atau tidak dimana pemuda - pemudi di Sarawak tidak gemar memeli suratkhabar dan kalau adapun cuma nak belek dibahagian 4D Toto result, itu adalah senario di kawasan Bandar lain pula dengan kawasan luar bandar yang hanya dapat dibaca dan dipercayai 100% adalah Suratkhabar dan TV sajalah dan yang tercanggih mengalahkan penduduk di Kuala Lumpur adalah 8 daripada 10 buah Rumah Panjang memiliki TV Satelite iaitu Parabola yang mampu melihat lebih 100 channel seluruh Dunia.

DAP , satu parti yang agak asing di Sarawak 5-10 tahun dahulu manakala SUPP telah bertapak lebih 30 tahun dan satu lagi kenapa SUPP(BN) boleh kalah teruk kepada parti pendatang baru iaitu DAP? . Jawapannya adalah kerana calon - calon yang dipertandingkan adalah calon tua dan boleh dikatakan kurang pendedahan Internet , cuba lihat Calon DAP lebih kurang kesemua calon muda .

Teknik kempen Calon Muda DAP adalah lebih moden iaitu dengan menggunakan Facebook, Twittter ,blog ,forum dan sebagainya . Disitu mereka (calon DAP) lebih senang berinteraksi bersama pengundi tanpa bersua muka dan soalan pun boleh dijawap dengan lebih banyak dan kerap .

Tidak seperti Calon Tua contohnya parti SUPP yang bergitu susah untuk bersoal jawap dan bila dekat waktu pilihanraya baru turun pandang . Ambil contoh di Sibu, Sarawak dimana 4 calon SUPP(BN) vs 4 calon DAP dan keputusannya adalah 3 calon DAP menang iaitu Bukit Asek, Pelawan , Dudong malah Presiden SUPP George Chan Ho Nam ( sebijik macam nama Filem Gengster Cina HongKong "Chicken" ) dan hanya satu dipertahankan oleh SUPP iaitu Bawang Asan iaitu Wong Soon Koh Beliau tetap bertahan kerana undi daripada penduduk pendalaman Bawang Asan , sungai kut, tutus yang majoriti kawasan Rumah Panjang . Mr J pasti bahawa Kawasan Bawang Assan pasti milik pembangkang sekiranya kawasan luar bandar mempunyai perkhidmatan internet.

Bertapa takutnya pihak ITU - ITU apabila blog - blog alternatif seperti Dayakbaru.com iaitu Dr. John Brian calon Keadlilan bagi kawasan Meluan digodam selama seminggu , akhbar alternatif SarawakReport.com , malaysiakini.com dan beberapa blog calon - calon pembangkang digodam dengan serangan DDOS bagi mengelakkan dikunjungi oleh rakyat .

Itu adalah sebahagian pendapat Mr J mengenai aura Internet dalam Politik dan bukan untuk menyingung sesiapa kalau ada silap salah Mr J minta maaf. Bagi Calon yang menang anda adalah pilihan rakyat bagi yang kalah cuba lagi! tak pernah kalah tetapi kali ini kalah? itu adalah mesej daripada kawasan anda .




Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
Link to this Post :
Read On 0 comments

Pilihanraya Sarawak Hangat sekali.

04:02
Sejak beberapa hari ini Mr J sibuk dengan menyibukkan diri dengan aktiviti menziarahi kempen - kempen yang diadakan tak kiralah dari mana - mana party pun dan yang penting sesiapa yang diberi mandat oleh rakyat haruslah bertanggungjawap untuk menyelesaikannya.

Mr J tak nak ulas lanjut mengenai parti mana yang diramalkan menang kerana kat Sarawak sini susah sikit Mr J nak ulas panjang - panjang , risau pula nanti kena serangan ddos macam laman web sarawakreports , malaysiakini dan beberapa media alternatif selepas menyiarkan ulasan - ulasan yang membangkitkan kemarahan si "Peh Moh @ Pai Mau @ Uban " .

Apa - apa pun semuanya akan terjawap malam 16 April 2011 , Mr J dikawasan majoriti Cina dan yang Mr J tahu undi masyarakat Cina adalah susah untuk diramal .

Ada juga kempen yang mengunakan wang bagi meraih undi penduduk di Sarawak tetapi tidak dilaporkan kerana risau atau takut akan dibuang kerja mahupun dilenyapkan dari Kepulauan Borneo ataupun dibuang ke dalam Sungai Rajang .

Dan yang pasti fenomena politik di Sarawak kali ini menampakkan kematangan serta banyak kesedaran penduduk selepas pilihanraya tempoh hari yang dimenangi oleh Wong Ho Leng di Sibu .

SARAWAKIAN!! Undi anda hak anda!! jangan sampai semuanya TERGADAI lagi!! Cukuplah kita menderita lama .

Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
Link to this Post :
Read On 0 comments
Feature Video :Discover Sarawak
  • Jadi Sebahagian daripada Kami dengan berkongsikan Isu Semasa, Kisah Seram atau apa sahaja ke admin@pengerindu.com
  • Langgan dan dapatkan Percuma "Ebook Kelas Belajar Forex"Sekarang:

    Masukkan Emel anda dibawah:

    Blogger Logo 1

    free subdomain
    Temubual Mr J & Radio F.Swk
    1: Temubual Pertama : Download - 4.1 MB
    Seen on TV
    1: Superimpose Gambar Nabil Cium-2010

    Link Exchange - Auto Backlink

      Click to Add our Banner for Exchange Link HERE

      Bloggers

      Backlink

      Free BacklinksPersonal Blogs Top Personal blogsMy Ping in TotalPing.comDisplay Pagerank Protected by Copyscape Originality Checker Creative Commons License Blogged.myBeliefs & Causes Blogs - Blog Catalog Blog Directory Fuyyoh Backlink, Free Backlink, Page RankFree Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Blog  DirectoryKedai Backlink,Backlink Percuma About IT

      Nuffnang