www.pengeRindu.com Backup

Showing posts with label info. Show all posts

Terkini : Parlimen bakal dibubarkan dalam Minggu depan atau sebelum April 2013?

18:32
MAKLUMAT terkini yang diperolehi daripada laman facebook Exco Kerajaan Kelantan, Haji Husam Musa, memaklumkan bahawa parlimen Malaysia akan dibubarkan pada minggu hadapan.

Namun ternyata kenyataan berkenaan meleset dan hanya khabar angin palsu semata. Hari ini Datuk Seri Najib Razak menolak khabar angin bahawa Parlimen akan dibubarkan minggu depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13. Perdana Menteri berkata, pilihanraya boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan sebelum April 2013.

Khabar angin berhubung pembubaran Parlimen didakwa selepas Thaipusam iaitu, Selasa depan.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 0 comments

Persamaan Ketupat dengan " Mengumpat ".

18:04
Bertemu kembali, kali ini Mr J nak cerita pasal persamaan pula dan bukan pasal perumpamaan eh, persamaan dan perumpamaan sama ke tak? Apa - apapun biar Mr J meneruskan ceritera mengenai perhubungan antara "Ketupat dan Mengumpat" .

Menurut WikiMrJ Ketupat adalah sejenis makanan yang selalu dimakan apabila tiba waktu Hari Raya Aidilfitri bagi yang beragama Muslim di Malaysia dan juga di beberapa buah Negara . Untuk menghasilkan Ketupat anda memerlukan Beras dan daun nipah atau daun kelapa.


Sebelum membuat ketupat yang sempurna anda perlulah mengambil kelas menganyam ketupat anda boleh rujuk di blog cukelat.blogspot.com cara untuk menganyam ketupat.

Apa pula kaitannya dengan "mengumpat" ? ada banyak kaitannya bukan sahaja waktu membuat ketupat anda dapat mengeratkan hubungan diantara jiran - jiran , sahabat malah diantara ahli keluarga juga .

Bab yang paling best sekali apabila waktu menganyam ketupat ini biasanya dilakukan oleh perempuan baca sekali lagi "perempuan" dan kebiasaannya kaum perempuan tidak tinggal dengan "Mengumpat" ha........tudia.

Bagaimana Kejadian ini boleh berlaku ? untuk yang ini Mr J belum buat lagi hipotesis atau kaedah pembolehubah yang sesuai dan yang pasti bila kaum wanita membuat ketupat dan apabila kehabisan idea untuk dibualkan maka tanpa disedari mereka akan mengumpat tak kiralah siapa yang jadi mangsa janji ada modal untuk berborak.

Itulah persamaan diantara Ketupat dan Mengumpat . Mr J minta maaf sekiranya ada sesiapa yang tersinggung disini dan yang pasti Mr J bakal menjadi mangsa umpatan anda .


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 2 comments

Terkini : Laman Sesawang Perkongsian Terbesar di Malaysia Jiwang.org bakal ditutup. (MCMC)

01:59
Laman tersebut mempunyai ratusan ribu ahli dan juga mempunyai pengiklan yang tersendiri . Mr J percaya sekiranya semakin banyak laman web ditutup atau disekat maka ini boleh membuat generasi semakin membenci dan kurang kepercayaan kepada kerajaan . Tidak mustahil laman sesawang kerajaan Malaysia akan digodam oleh sebilangan hackers sebentar nanti.

Mr J membantah tindakan yang menyekat kebebasan Internet ini! .

Petaling Jaya: Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) meminta Kerajaan untuk melarang laman web lain fail-sharing - jiwang.org . Hal ini menyatakan bahawa laman web tersebut mengkhususkan diri dalam menyediakan rakaman muzik Malaysia untuk download haram.

RIM mengatakan laman tersebut juga mendapat pendapatan iklan yang menguntungkan dari organisasi komersial. Minggu lepas, Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) melarang 10 halaman file-sharing dan meminta pembekal perkhidmatan internet tempatan untuk menyekat akses kepada laman tersebut.

Ketua RIM, Norman Abdul Halim memuji usaha Kerajaan untuk menegakkan undang-undang hak cipta di dunia maya dengan mengambil tindakan terhadap laman-laman file-sharing. Laman-laman tersebut adalah di antara yang paling ramai dikunjungi oleh rakyat Malaysia untuk men-download filem secara haram.

Dia menambah bahawa RIM telah mengajukan aduan kepada Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Koperasi dan Konsumerisme tentang jiwang.org. Norman berkata larangan itu adalah titik permulaan yang baik terhadap download haram, meskipun pengguna internet yang cerdas masih boleh mengelakkan setiap blok.

Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara untuk menyekat laman-laman file-sharing, katanya. Walaupun sensor internet adalah terhadap bertentangan dengan MSC Malaysia Bill of Guarantees, yang menyatakan bahawa Kerajaan tidak akan sensor internet, itu menyalahi undang-undang untuk men-download lagu-lagu dan filem, katanya.
* Mr J buat back up dulu untuk Blog ini untuk persediaan awal.

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 0 comments

Ulat Sago enak dimakan bergitu sahaja.

18:34
Liuk gerakan badannya sahaja sudah pasti mampu membuatkan seseorang individu terasa geli . Ulat sago banyak terdapat dipersekitaran sungai Rajang di Sarawak.

Untuk mendapatkan Ulat Sago ini anda perlulah menebang sepohon Pokok Sago dan dibiarkan selama beberapa minggu sehingga reput dan waktu itulah para pencari ulat sago akan mengorek dan memecahkan pepohon sago untuk mendapatkan "isinya" .


Masa zaman kanak - kanak Mr J dahulu aktiviti mencari ulat sago ini merupakan salah satu daripada aktiviti "permainan" , Mr J suka bermain dengan ulat sago ini bahkan boleh dibuat untuk pertandingan lumba "lari" ulat sago .



Ulat sago yang bersaiz kecil akan dijadikan umpan untuk memancing bagi Mr J di sekitar Sungai Rajang. Tetapi kini harga ulat sago seekor melonjak tinggi sehingga mencecah RM1 seekor ini kerana permintaan yang sangat tinggi kerana rasanya enak dimakan dengan cara sate , goreng mahupun dimakan "mentah" . Ulat Sago mempunyai protein yang tinggi kerana ia hanya memakan isi sago .


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 4 comments

Jangan percaya kepada Nasib .

21:12
Masih ramai manusia bergantung kepada nasib dalam kehidupan seharian dan ada juga sebilangan manusia masih berkata " mungkin ini nasibku " apabila ditimpa kecelakaan mahupun kegembiraan tetapi tidakkah mereka menyedari bahawa nasib tidaklah muncul tanpa usaha yang berterusan .

Mr J tidak 100% mempercayai "nasib" kerana kepercayaan ini boleh membuatkan manusia alpa dan malas. Kesungguhan untuk mencapai sesuatu perkara adalah berpandukan 100% kesungguhan yang tekun.


Mr J percaya hampir 80% manusia kecundang dalam hidup masing - masing jika masih bergantung kepada "nasib" dan apa yang ingin Mr J tekankan disini adalah kesungguhan berterusan menjamin masa depan yang baik .

* Jangan menentutkan nasib di Kedai Nombor ekor.

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 0 comments

Jepun berjaya membuat Daging yang dihasil dari Najis Manusia.

23:18
Mungkin ini adalah persedian daripada negara matahari terbit iaitu persediaan dari segi bekalan makanan. Kita telah menyaksikan malah mendengar pelbagai benda pelik yang dibuat di jepun , tidak dinafikan teknologi Jepun lebih maju kehadapan daripada kita.

Sikap para saintis Jepun ini haruslah dicontohi semua tetapi bukan mencontohi untuk menghasilkan Burger Daging daripada bahan sisa "buangan" manusia .

Mitsuyuki Ikeda, penyelidik dari Okayama Laboratory, mendapatkan idea aneh ini selepas menerima permohonan badan pengendali Tokyo Sewagekepadanya untuk mencari kaedah yang dapat memanfaatkan sisa kumbahan di bandar itu.


Ketika menemui bahawa kotoran manusia terbukti mengandungi protein, Ikeda bersama pasukan penyelidiknya mengekstraks protein tersebut untuk mencipta daging buatan. Ikeda menggunakan zat pewarna makanan untuk mencipta warna kemerahan pada daging serta menambahkan kicap sebagai penyedap rasa.

Memiliki kandungan 63 peratus protein, 25 peratus karbohidrat, 3 peratus lemak serta 9 peratus mineral, Ikeda mendakwa beberapa orang yang telah merasa daging ini ternyata cukup menyukai rasanya. Menurut mereka, steak najis ini cukup lazat dan memiliki rasa seperti daging biasa.

Ikeda berharap daging ini dapat menjadi salah satu penyelesaian dalam mengatasi pemanasan global. Ini kerana, haiwan ternakan menghasilkan pengeluaran gas rumah hijau yang cukup besar.


Walaupun begitu, penerimaan masyarakat terhadap daging ini masih sangat diragui. Bukan sahaja merasa jijik apabila mengingati punca asal daging tersebut, namun harga jualannya juga 10 hingga 20 kali lebih mahal berbanding steak biasa.

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 1 comments

Selamat Tinggal Followers dan Selamat datang Google Plus .

19:30
Maafkan Mr J kerana terpaksa meninggalkan anda semua dan ini kerana bukanlah kerelaan hatiku ini , apakah daya Mr J hanyalah seorang insan kerdil di bumi google ini yang hanya berpandukan dengan syarat hidup di dunia blogger.com dan juga google.com .

Google Friend Connect dikhabarkan akan diberhentikan memberi perkhidmatan pada 1 March 2012 dan ini bukanlah sebuah gosip dunia hiburan. Sebagai seorang blogger yang mengunakan perkhidmatan ini Mr J terpaksa menyerahkan segalanya , terima kasih kepada anda semua kerana menjadi "followers" Mr J selama ini .


Tentu berita ini akan mengakibatan ratusan selebriti bloggers yang mempunyai ribuan malah puluhan "followers" akan merasa sendikit kesedihan kerana terpaksa melucutkan perkhidmatan ini.

Mr J berpendapat Widget Follower ini dari dahulu lagi tidak menampakkan keberkesanan dalam teknik menaikkan traffik malah widget "followers" ini boleh membuatkan seseorang bloggers itu berasa taksub dan "perasan" (maaf jika kurang didengari) ia seolah - olah seperti "satu perhiasan" yang tiada memberi kesan kepada kualiti sesetengah blog.


Tetapi , blogger.com atau blogspot.com telah mengantikan perkhidmatan ini dengan Google Plus atau Circle . Biarpun perkhidmatan ini masih dikategorikan baru dan masih lagi "janggal" pengunaannya tetapi dalam masa terdekat ini ia mampu untuk memberikan saingan kepada Facebook .
Follower Google Plus Mr J sekarang. :P

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 2 comments

Tempah Sekarang! Official T-Shirt www.pengeRindu.com Tahun 2012.

03:00
Seperti kebiasaan tahun yang lepas dimana Pihak PengeRindu Media Network akan membuat satu T-Shirt Rasmi untuk ditempah dan kemungkinan Hanya yang terawal sahaja berjaya mendapatkan "Edisi Terhad" ini .

Sila Klik Pada Gambar untuk kejelasan:

Gambar sebenar telah di ubah sedikit bagi mencukupkan Syarat Warna oleh Mr. Jacob .

Pandangan Hadapan Baju Rasmi PengeRindu Media Network :


Corak Motif di Hadapan Baju.

Ini adalah Pandangan Hadapan Baju dimana Gambar Pahlawan Dayak Bawah Kiri dan icon Blogger yang berbentuk Bunga Terung iaitu Sejenis Imej Tattoo yang sentiasa ada di Kedua - dua bahu Pahlawan Dayak di Borneo.

Bungai Terung adalah Corak tattoo untuk Kaum Iban dan juga sebilangan Masyarakat Dayak di Borneo .

Pandangan Belakang Baju Rasmi PengeRindu Media Network :


Cara untuk menempah T-Shirt Rasmi ini adalah seperti Tahun Lepas juga iaitu :
Rujuk langkah dibawah:

1 : Sila Emelkan Tempahan anda ke alamat admin@pengerindu.com
  • Subjek Emel anda : Tempahan Baju www.pengeRindu.com
  • Sila nyatakan Alamat anda ( bagi proses penghantaran )
  • Nama Penuh berserta No. Telefon anda . ( PENTING bertujuan untuk memudahkan Pihak Kami membuat kemaskini )
  • Emelkan Bukti - bukti pembayaran anda.
  • Saiz Baju anda. cth S , L , XL , XXL
Contoh Penuh lihat Gambar dibawah:

Untuk Proses Pembayaran :

PENTING : Sila SMS No dibawah dahulu sebelum anda membuat transaksi.

Harga Sehelai : RM 40.00 ( Termasuk Kos Penghantaran )
Bank : Maybank Berhad
Account Holder : Jacky Juing Jonathan
Account Number : 112148172870
Contact Number : 011-1478 9406 (attn: Ms. Cecellia)
E-Mel: admin@pengerindu.com


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 0 comments

Ingin berkenalan tetapi segan.

17:11
"bro, ko dah sebulan dok perhatikan awek yang kerja kat saloon tu , tapi sampai sekarang ko masih perhatikan , kenapa tak pergi dan cuba berkenalan" soal Lokman.

"Aku seganlah bro , dia cun tapi aku ni manalah hensem sangat." balas Leonardo.

"kau ni pun satu , yang penting sekarang ko nak berkenalan dulu , suka atau tidak tu perkara kedua , yang penting berkenalan nak berkawan apa salahnya". kata Lokman.

Diatas tadi kisah dua sahabat baik dimana yang seorang ini ingin berkenalan dengan awek kerja di dalam saloon tapi malu hendak menyapa.

Mr J tahu bahawa ramai juga yang seperti Leonardo. Kisah si Leonardo ini diibaratkan jatuh cinta pandang pertama tetapi dalam diam - diam saja kerana disebabkan sifat pemalu seperti Mr J. hehe.

Ok kita terus ke "point" kenapa lelaki segan hendak menegur padahal dalam hati bukan main lagi ingin berkenalan.

  • lelaki ini kalau seorang sahaja bila hendak menegur wanita sangatlah pemalu tapi bila dengan member 2 - 3 orang baru berani sikit .
  • hendak tegur tapi sangat merendah diri , itu tak kena ini tak kena .
  • kekadang merasakan bahawa "muka" tak cukup hensem untuk menegur wanita tersebut lebih - lebih lagi jika wanita itu tersangatlah cantik. comeon lah , kita bukan terus jumpa dan cakap " aku cinta padamu , sudikah jadi awek aku" , ini comfirm kena reject shop.
  • Darjat dan harta : "mahu ke dia jadi kawan aku , sedangkan aku ni pekerja CC dan dia pula pegawai bank " .


Diatas adalah sedikit "point" , tapi sampai bila nak pandang - pandang dari jauh? comeon guys anda mampu lakukannya be gentlemen. Selagi tidak ditegur manalah nak tahu sudi berkawan atau tidak dan daripada merenung lebih baik mencuba , siapa tahu kot - kot perempuan tu pun sama ada hati cuma dia tak berani nak tegur dulu , yelahkan perigi mana cari timba.

Contoh ayat power untuk dipratikkan untuk memulakan sesi perkenalan.

1: "Hai , maaf sekiranya menganggu , ikhlas i nak katakan i nak berkenalan dengan saudari dan itupun sekiranya saudari izinkan" . sebelum nak cakap kena juga tengok persekitaran , busy ke tak .

2: " i selalu limpas sini , tak pernah pun nampak awak, u pekerja baru kat sini ke? btw , i (nama anda) ".

3: Dengan selumber u pergi ke arah dia dan berlakon sikit tapi mula - mula silent kan hp anda . "Cik maaf , boleh i pinjam hp awak atau awak dail nombor i , sebab hp i rasanya ada tercicir kat sini tadi ." nah! anda telah berjaya dapat nombor hp dia.


Yang ketiga selalu menjadi dan saya sarankan anda guna taktik nombor 3.

Orang cakap' kalau cara kita ikhlas dan baik akan juga dibalas baik tapi pastikan bukannya "dia" bini orang atau boyfriend orang tak pasal - pasal lebam biji mata.

Semoga anda berjaya berkenalan dengan sidia .


Salam ceria ,
Mr. J
www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.


Link Adv RM10 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid-Hanya 2sen
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 Sarawak , Malay Mp3 , Techno Mp3 . [#Blog Trick & Tips]

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Read On 13 comments

" Anak Ikan " penyeri hidup wanita gersang.

17:11
" Anak Ikan " penyeri hidup wanita gersang . Ganas pula tajuk Mr J kali ini , tapi sebelum Mr J merungkaikan dengan lebih lanjut apa kata kita berbalas pantun sekejap:

Ikan bukan sebarang ikan ,
Ikan dijaga dengan rapi ,
Makan jangan sebarang makan ,
Nanti tertelan Cili api.



Tudia! , siapa yang rasa nak balas pantun Mr J adalah dialu - alukan. Hari - hari yang lepas Mr J ada cerita sedikit pasal "anak ayam" dan harini pula nak cerita sedikit pasal anak ikan , isk banyaknya "anak - anak" .

Sedang Mr J melayari dunia maya ini dan secara tidak langsung terjumpa satu site Anak ikan , ingin Mr J letakkan Link site tu dekat sini , tapi tak nak Mr J malukan individu tersebut disini , cukuplah ahli - ahli club itu sedar .


www.pengerindu.com
Muka - muka anak ikan terpaksa Mr J tampalkan dengan kartun beruang. hehe..


Selalunya anak ikan ini sering dijadikan simpanan bagi para - para wanita ataupun isteri - isteri yang 'kegersangan' kemungkinan ditinggalkan si suami yang berkerja jauh ataupun tiada masa untuk 'melayan' isteri mereka dan disebabkan itu mereka terjerumus ke dalam "penyimpanan" anak ikan untuk nafsu dan juga kebahagian sementara. Yang si Suami pula simpan "anak ayam" . Jangan terkejut dan kadang - kadang golongan 'Nyah' pun suka menyimpan "anak ikan" ini.

Ciri - ciri Anak Ikan:
  • Memiliki paras rupa yang agak hensem dan cute.
  • Mempunyai badan paras atlit dan berbadan seksi.
  • Pandai berkata - kata.
  • Bijak dalam hal berkaitan seksualiti dan tahan lama.
  • Daripada kurang berduit tetiba jadi berduit tanpa bekerja ( Ada orang tanggung).
  • Kerja senang sahaja , tunggu call.
  • "melayan"

Senarai Status Mangsa Anak Ikan:
  • Kebanyakkan wanita
  • Sebilangan "Mak Nyah" (anak ikan Gay)
  • Mak Datin dan juga Isteri yang mempunyai masalah dalam rumahtangga.
  • Berstatus "Janda".
  • Berduit dan berharta . (Anak Ikan pun pandai memilih).
  • ingin 'dilayan'

Klik " tolong - menolong " Gambar didalam mengandungi unsur lucah yang terlampau. Jika anda bawah 18 tahun sila jangan memandai nak klik.

Mr J mengamalkan "tangkap dan lepas" jika pancing mengena Anak Ikan.

Salam ceria ,
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.

Read On 21 comments

Wanita bergitu menarik pada pandangan lelaki.

06:55
Wanita bergitu menarik pada pandangan lelaki , wau mesti ramai para pembaca wanita diluar sana dah mula tersenyum sendiri , senyum boleh tapi jangan terlebih senyum haha.. ok kenapa Mr J berani membuat Statment "Kamikaze" seperti itu . Sebab Mr J alami sendiri dan ini bukannya kajian hipotesis dan pembolehubah sains tetapi fakta bahawa telah diuji oleh Mr J sendiri sebagai Seorang Lelaki .

Dan kenapa Mr J berani membuat kenyataan iaitu "Wanita bergitu menarik pada pandangan lelaki" nak tahu lebih lanjut ? jom baca kenyataan dibawah hasil kaji selidik Mr J sendiri.

Habislah Mr J kali ini , ini statment berani mati huh~ tapi inilah dunia , Mr j tak nak jadi hipokrit.


Bahagian Dada.

Pertama sekali Mr J mintalah berbanyak - banyak maaf kepada wanita - wanita yang membaca artikel ini. Lelaki lebih cenderung Memerhati tempat - tempat tertentu yang ada pada wanita iaitu pada bahagian Dada jangan pula selepas kali ini mengecam Mr J sebagai mata keranjang pula. Serius Mr J katakan itu sudah fakta tak kiralah yang sudah berkahwin ataupun belum berkahwin. Lelaki yang memerhati ini tidak memerhati dengan cara macam nak terkam tu dah kes lain.. dia agak - agak sekali pandang atau pandang limpas - limpas je.


Bahagian Pinggul.

Pinggul , entahlah tak tahu pula Mr J nak definisikan istilah tersebut tetapi Majoriti Lelaki suka melihat Pinggul wanita dan juga cara wanita berjalan . Pelik bukan , itulah lelaki. Kekadang , Pengerakan Pinggul wanita boleh menyebabkan Jantung Lelaki ini berdegup kencang . Selalunya Pinggul yang Chubby - chubby menjadi mangsa ... kalau yang kurus tu mana ada pinggul kan.


Bahagian Paha.

Bahagian Paha , ini selalulah untuk para wanita yang aktif bersukan atau yang gemar memakai skrit mini . Majoriti seseorang Lelaki tersebut akan menoleh untuk kali kedua jika seorang wanita memakai skrit mini melintas dihadapanya , dan lelaki tersebut akan secara automatiknya akan terus melihat kepada bahagian Pinggul wanita tersebut.


Bahagian Muka atau Wajah.

Lelaki masakini , ya serius Mr J katakan masih ramai yang mementingkan sifat luaran , Selalunya Bahagian Muka atau Wajah menjadi "pandangan" yang akan memungkinkan seseorang lelaki tersebut jantung cinta buat tahap tupai terbang. Orang cakap , dari mata turun ke hati.


Pandang Keseluruhan . ( Dari kepala hingga ke kaki )

Jika wanita tersebut dengan penampilan yang ayu serta menyegarkan mata si lelaki nescaya esok terus kena lamar. Tapi ini terpulang kepada sifat individu tersebut menilai , seperti contoh : lelaki A suka tengok penampilan wanita seksi dan seksi baginya adalah Ayu dan sebaliknya pula pada Lelaki B .


No Women No Cry - Bob Marley

hoohooo no women no cry... cry cry.. a a iyerlah tu , banyak lah no cry Bob Marley bila no women. Percayalah Lelaki juga memerlukan wanita seperti mana wanita memerlukan Lelaki jadi kepada yang berada di luar sana usah asyik ingatkan pepatah seperti "perigi mencari timba" itu perpatah lama mungkin sesuai untuk orang lama - lama dahulu , sekarang mana ada mandi pakai timba pakai perigi lagi kan. Yang perempuan usah pendamkan rasa anda sekiranya anda meminati lelaki tersebut apasalahnya jika terus terang kan hati pun senang bila dapat meluahkan. Tetapi sekiranya bertepuk sebelah tangan usah bersedih dan cuba lagi , ingat lelaki bukan 1 sahaja di dunia cuma kuantiti lelaki ini semakin kurang di dunia itu fakta.


Kesimpulan Kajian

Dan setiap kajian mesti ada kesimpulan , kesimpulannya lelaki ini unik dan normal sekiranya lelaki tersebut mempunyai sikap - sikap diatas TETAPI sekiranya tersempak dengan lelaki yang pandang sampai tak berkelip - kelip macam nak makan orang sahaja lebih baik cabut lari nasihat ikhlas dari Mr J .


Soalan: Mr J pula suka tengok bahagian mana?
Jawapan: Biarlah rahsia ..



Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku
Membayangkan pahit manis berlalu
Entah siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesakkan
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan

(Korus)
Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam
Ku putuskan biarlah rahsia

(Bridge)
Semakin aku hidup dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata
Bertulangkan dusta

(Ulang korus)

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku





Ok cauz.. Setakat ini sahaja kajian kes Mr J .




Salam ceria ,
Mr. J
www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Get Top Commenter Awards?

Ingin artikel anda disiarkan sini? senang sahaja "Emailkan" sahaja kepada kami.

Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *
Read On 25 comments

Nak Tanya sikit boleh? Soalan untuk anda semua untuk direnungkan dan dinilai sendiri.

22:26
Pelbagai gelagat pasangan yang sedang kemaruk cinta , bukan hanya gila bayang malah cinta juga boleh membuatkan seseorang individu itu berkelakuan pelik. Jadi dibawah ini Mr J ada sedikit soalan untuk pembaca semua. Jawap yer.

http://www.bbc.co.uk/blogs/ni/love-hate.jpg

Perasan dengan tajuk di atas? ok hari ini Mr J nak minta pendapat dari anda semua khasnya kepada pembaca wanita , kalau pembaca lelaki nak jawap pun tak apa baru nampak adil.

Apa yang Mr J nak tanya kepada Kaum Wanita adalah seperti dibawah:

  • Sekiranya teman lelaki anda membawa anda shopping dan tertiba dia membawa anda ke kedai hadiah dan juga pada saat itu anda diberi 2 pilihan sama ada memilih Patung Teddy Bear saiz XXL ataupun rantai atau cincin (silver , emas atau emas sadur hehehe).
  • Sekiranya anda diberi pilihan untuk meng"style"kan kekasih anda adakah anda sanggup untuk mengubah penampilannya ataupun anda hanya berkata " i tak kisah cayang.. janji u ttp bersama i jewww.." .
  • Pesta Piala Dunia , kekasih anda mengajak anda untuk lepak di kedai mamak semata - mata untuk menemaninya menyokong pasukan kegemarannya dan pada masa yang sama juga anda ada tugasan yang perlu disiapkan. Apa Reaksi anda? Menolak atau menerima.
  • Tanya pada diri anda sendiri - Siapa yang selalu bayar makan setiap kali keluar bersama? anda atau kekasih anda atau "tong - tong" . Kalau perempuan bayar tentu sahabat anda akan berkata " eeee tak gentleman langsung!"
  • Tanya pada diri anda sendiri - Semasa keluar dating , Siapa yang sering sampai di tempat "date" dahulu , anda atau boyfriend anda?
  • Adakah alasan "Soryy bucuk / cayang / b i habis kerditlah" masih lagi berkesan pada zaman sekarang , sedangkan setiap no bf/gf semestinya telah di aktifkan 8pax/fnf hanya dicas 1sen 1sms siap boleh advance kredit lagi sekarang.
  • " I tak suka u keluar dengan kawan awak tu! " apa yang anda mampu lakukan sekiranya kekasih anda mengokong kebebasan anda sedangkan pada yang sama anda menyintainya sepernuh jiwa raga.
  • Tanya diri sendiri - Dan akhir sekali , adakah kekasih anda suka mengambil kesempatan semasa anda "dating" contoh : raba sana dan sini depan dan belakang. Apa reaksi anda? suka ? atau rasa nak bagi penampar jepun atau" buat tak kisah dia kan boyfriend i."
Itu adalah sebahagian situasi dan soalan untuk dikongsikan bersama pembaca . Jadi apa reaksi anda?


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 21 comments

Cinta Maya , cinta dalam Dunia Digital . Berbaloi atau tidak?

17:47
Salam sejahtera semua , baru selesai semak facebook ke? baiklah kali ini Mr J nak ulas sedikit mengenai Cinta Maya .

Cinta adalah satu jenis perasaan sayang yang mendalam kepada individu mahupun haiwan ataupun kebendaan manakala "Maya" pula adalah ruang yang terbentuk di alam digital yang mampu membuatkan kita berhubung tanpa melintasi pemeriksaan Imigresin , boleh melihat wajah diantara satu sama lain tetapi terhad kerana tidak dapat untuk "sentuhan" seperti contoh berpegangan tangan , berjabat tangan dan sebagainya.

Dengan fenomena jaringan laman sosial yang banyak telah bermula dengan ICQ , mIRC , forum pada tahun sekitar 90an dahulu dan menjelang tahun 2000 maka wujudlah Yahoo Messenger , Msn , Friendster dan Myspace .

Dimana ketika itu sungguh popular sekali dan hampir kesemua remaja mempunyai akaun sendiri dan kini jaringan sosial seperti itu sedikit demi sedikit tengelam kerana munculnya fenomena baru yang lebih efiksen iaitu Facebook , Twitter , Skpe dan terbaru google plus .

Tidak dinafikan hubungan istimewa juga wujud dengan hanya berinteraksi melalui jaringan sosial dan persoalannya adakah individu tersebut mengenali hati budi pasangannya secara lebih mendalam dengan hanya melihat gambar di dalam facebook atau mana-mana jaringan yang lain.


Adakah hanya melihat sebahagian info didalam profile akan membuatkan anda mengatakan " aku kenal dia sudah lama " , jelaskah pengetahuan anda mengenai latar belakang pasangan Cinta Maya anda? jawapan ini biar pembaca sendiri yang menentukan .

Kita seringkali mendengar pelbagai jenis berita mengenai cinta palsu yang ditanamkan oleh individu yang tidak bertanggungjawap demi meraih kepentingan semata-mata .

Cara mereka senang sahaja iaitu meletakkan gambar yang agak seksi , sasa dan akan mula bermain ayat-ayat indah cinta untuk memerangkap mangsa dan apabila cinta semakin berputik maka suspek akan memohon untuk membuat perjumpaan dan meminta sejumlah wang untuk perjalanan atau akan menceritakan masalah kewangan yang direka - reka dan atas dek kasihankan pasangan masing - masing maka sejumlah wang akan dikeluarkan dan akhirnya apa yang diinginkan tiada tercapai dan waktu itulah individu akan merasa dirinya ditipu .

Mr J tidak mengatakan semua Cinta Maya akan menyebabkan kerugian "perasaan" dan juga "nilai" tetapi ada juga yang berjaya membina mahligai impian dengan bermula daripada jaringan sosial dan hal ini terbukti apabila artis Malaysia iaitu Pelakon Zed Zaidi, 31, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil telahpun menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal, 28, pada 29 April lepas.

Kad Jemputan Zed Zaidi yang berbentuk Jaringan Sosial Facebook .

Jadi untuk konklusinya kejayaan atau kepasrahan dalam bercinta di laman sosial adalah terpulang kepada hak individu masing - masing . Mr J juga pernah terbaca beberapa berita mengenai penceraian yang banyak disebabkan oleh jaringan sosial dan yang lebih dahsyat lagi mengenai kisah seorang wanita yang membunuh diri kerana kecewa kekasihnya bermain kayu tiga hanya didalam Facebook .

Jadi , itulah risiko mental yang bakal dialami oleh setiap yang terjebak dalam dunia Cinta Maya. Setakat ini sahaja sedikit mengenai Cinta Maya , kita jumpa lagi pada artikel yang lebih Hot! pada masa akan datang.

*Mr J nak semak facebook kejap nak balas Cinta Maya . :P



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 0 comments

Cara menghadapi Suami yang mempunyai hubungan di luar.

03:15
Seringkali kita mendengar keluhan rakan - rakan mengenai pasangan mereka mempunyai "affair" atau skandal diluar tetapi bagaimanakah cara untuk menangani dengan cara yang lebih halus tanpa mengunakan kekasaran.

Mr J telah menerima satu kes iaitu mengenai si Isteri yang mendapat tahu Suaminya bermain kayu tiga diluar ataupun dengan erti kata yang lebih moden iaitu skandal. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata dan telah lebih daripada 3 tahun berumahtangga dan mungkin itu masih baru tetapi k
enapa dan mengapa boleh terjadi kes seperti "kayu tiga" atau skandal dikalangan sesebuah institusi keluarga? .

Siapa yang patut dipersalahkan? Isteri ataupun Suami? disini Mr J tak mahu mempersalahkan sesiapa dan ini adalah merupakan pendapat Mr J sendiri.

Sekiranya ini berlaku dalam konteks si Isteri maka si isteri tidak perlu cepat mengelabah dan terus memaki si suami kerana ini akan memburukkan lagi hubungan .

Perkara pertama adalah lebih baik berbincang dengan si suami dengan cara yang aman dan ingat apa yang Mr J hendak katakan ialah jangan terus mendesak si suami untuk mengaku sehingga si suami berasa rimas dan kemungkinan akan terus membenci anda.

Kedua , buatlah perkara yang "indah" sewaktu bersama dengan si suami dan berikan yang terbaik dari apa yang pernah di"laku"kan bersama , tidak salah mencuba aksi - aksi yang baru bukan? sambil naikkan aroma dengan pemakaian yang segar dan wangi kalau boleh jangan terlebih wangi kerana akan menyebabkan si suami berkata "eh, buat tabiatke?" .

Ketiga, jangan mulakan perbualan yang boleh menyebabkan "mood" bersama hilang seperti menanyakan si suami mengenai "ada atau tiada" affair diluar.

Ini adalah cara yang sangat halus tanpa melibatkan kekasaran fizikal dan mental. Luangkanlah lebih masa untuk bersama dengan si suami dan keluarkan idea untuk bersama seperti keluar bersama bahkan cuma untuk kembalikan masa indah sewaktu mula berkenalan dahulu .

Ambil masa untuk berborak dengan Suami mengenai kenangan lampau iaitu seperti saat pertama kali keluar dating atau mengenai malam pertama yang indah dahulu sambil cuba untuk rapatkan untuk bersama .

Keluarkan gambar - gambar lama serta lihat bersama dengan suami sambil menceritakan nostalgia gambar tersebut diambil. Ungkapkanlah kata "I love you" setiap kali bangun pagi dan elakkan lambat bangun daripada suami.

Setakat ini sahaja tips yang Mr J berikan untuk segmen Cinta.

Mungkin anda boleh membaca artikel Mr J mengenai "Skandal" .

Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]

Read On 0 comments

Revolusi Telefon Bimbit Dulu hingga Sekarang

19:54
Evolusi Telefon Bimbit

Telefon Bimbit tidak asing lagi bagi kita sekarang , bahkan murid - murid sekolah rendah juga mampu memiliki sebuah telefon bimbit. Tidak seperti zaman Mr J dahulu bukannya kenal sangat handphone yang Mr J kenal dulu handphone ciptaan sendiri iaitu " telefon Tin sardin yang disambung dengan tali" . Sebelum ketibaan Telefon Bimbit , Mr J adalah pengumpul "Kad phone" tau tak apa itu kad phone ? Kad telefon selalunya ada bernilai RM10 sehinggalah ke Rm100 , kad ini kita guna kat telefon awam dan kalau nak bergayut tak payah bawa banyak siling yang penting ada kad ini. Zaman bawa siling sampai 1 plastik pun Mr J sempat sampaikan bawa kerusi duduk bawah telefon awam .


Telefon Bimbit (botol air):

Kenapa Mr J memanggil telefon tersebut dengan jolokan " telefon bimbit Botol Air' ? , yerlah kalau kemana - mana mesrti nampak telefon tersebut disangkut di tali pinggang dan saiznya agak besar kalau sesiapa yang memiliki telefon ini boleh dikatakan seorang Taukey balak terutamanya di Sarawak dan kalau ditempat lain mungkin seorang businessman dan harganya lebih kurang seribu ke 3 ribu lebih dan line dia juga kuat , kalau tak silap Mr J nombor paling popular dahulu adalah 010 , 011 , 018 sebelum wujubnya syarikat lain seperti celcom , hotlink , digi dan lain - lain.



Cik Nokia , Minah Sagem , Mat Motorola dan Abg Ericson :

Tidak lama selepas itu wujudlah telefon bimbit jenis separa besar lebih kurang berukuran 8cm dan tebal dalam2 1/2 cm senang cerita telefon bimbit jenis Nokia 3310 , ha , kalau nak tahu dulu harga dia dalam lingkungan Rm 450 , boleh dikatakan agak mahal , Mr J masih ingat handphone pertama Mr J adalah Sagem masa tu tingkatan 4 kerdit kosong selalu memanjang je yerlah masa tu topup kerdit bukannya ada Rm10 paling kurang pun cuma Rm30 - RM50 dan "network" pertama Mr J pakai adalah TM Touch , dulu sms bukannya murah macam sekarang sekali sms lebih kurang 30sen , sekarang 1sen je sms (kalau macamtu ada tak alasan nak cakap dengan awek kerdit habis?) .


Telefon Bimbit ber ‘ringtone’ mono dan infrared”:

Selepas bosan dengan bunyi ringtone biasa macam Nokia 3310 tidak lama juga selepas itu timbul lagi jenis – jenis handphone yang bunyi nada dering mono’ dan juga skrin yang ada warna tapi taklah clear sangat warnanya. Kalau untuk infrared dulu Mr J main lawan ular dengan kawan .


Telefon Bimbit “Mp3, MMS , belutuf / bluetooth :

Hah, yang kes ni agak lucu sedikit , dulu Mr J ada juga terikut – ikut MMS ini dan pernah juga hantar gambar kat ruangan berkenalan kat Majalah Kreko , korang tau ke majalah Kreko? Kalau tak tahu Tanya Pak Cik google. Mula – mula Mr J tak reti pakai MMS dan bluetooth ini ada satu ketika Mr J ambik gambar dan lepas tu ada ke patut hantar MMS kat kawan Mr J bukannya jauh sangat sebelah je sebab Mr J tak tahu apa guna belutuf , nak pindah gambar ke hp kawan sampai habis kerdit gara – gara tak tahu guna belutuf . Lepas tu barulah terfikir menyesal tak guna belutuf .

http://artiku.com/pic/815T_2.jpg


Telefon Bimbit “ internet , 3G" :

2 tahun yang lepas Mr J pakai Nokia N70 , bukan main lagi Mr J ber “3G” dengan kawan masa tu 3G belum ada pakej lagi masih mahal lepas tu on YM dalam handphone dan download game , buka friendster , myspace dan lain – lain lepas tu sambung handphone ke PC untuk update antivirus tapi kerdit pun laju gak mengalir . Tapi keburukkan 3G adalah bila Mr J nak klentong Awek susah juga nak cakap kat umah tengok kat luar isk susah susah , tapi N70 Mr J tinggal kenangan selepas rumah Mr J di Serdang ada kes kecurian , Hp , dompet hilang kena curi.

http://www.slipperybrick.com/wp-content/uploads/2008/05/handphone_uxjdh_54.jpg


Dan Telefon Bimbit Mr J sekarang:

Sekarang Mr J pakai handphone yang simple , adik beradik kepada Nokia 3310 senang tak banyak aplikasi Cuma sms dan jawap panggilan sahaja dah 5 kali masuk dalam longkang 4 kali jatuh dari tingkat 3 tapi masih power lagi berbaloi – baloi , kalau pakai yang canggih – canggih rasanya tak dapat lawan telefon lama seperti Nokia 3310 kalau tak percaya cuba rendam Handphone y’all dalam air selama 5minit kita tengok dapat hidup lagi atau tidak? ..




Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
Link to this Post :
Read On 0 comments

Bahagian Tubuh Lelaki yang menarik perhatian wanita. 18sx .

06:20
18sx. Adakah anda berumur kurang daripada 18? jika ya anda dinasihati tidak meneruskan bacaan dibawah.

Artikel ini adalah sumbangan salah seorang pembaca setia pengeRindu.com dan artikel ini adalah maklum balas kepada artikel Mr J yang pernah diterbitkan dahulu .

Wanita bergitu menarik pada pandangan lelaki , wau mesti ramai para pembaca wanita diluar sana dah mula tersenyum sendiri , senyum boleh tapi jangan terlebih senyum haha.. ok kenapa Mr J berani membuat Statment "Kamikaze" seperti itu . Sebab Mr J alami sendiri dan ini bukannya kajian hipotesis dan pembolehubah sains tetapi fakta bahawa telah diuji oleh Mr J sendiri sebagai Seorang Lelaki .

Read more: http://www.pengerindu.com/2009/11/wanita-bergitu-menarik-pada-pandangan.html



Bukan sahaja lelaki tertarik pada tubuh badan wanita, wanita juga tertarik pada tubuh badan lelaki. Sebagai isteri, tubuh badan suami juga dapat menarik perhatian dan membangkitkan rasa ghairah, dan ini berguna bagi memberi kepuasan dan kebahagiansuami isteri. Bahagian-bahagian tubuh itu ialah:

Pinggul
Pinggul suami yang pada berisi serta kukuh dianggap amat menarik. Ia melambangkan kukuhnya kukuhnya urat-urat yang berada dalam pinggul itu dan ini membawa erti kekuatan yang bakal membawa wanita ke alam kepuasan.

Bahu dan Dada
Dada yang bidang membusung serta bahu yang sederhana adalah lambang keberahian bagi wanita kerana dada dan bahu itu bakal bergeseran dengan tubuh, dada dan payudara wanita.



Pinggang
Ada wanita yang berahi dan gemarkan lelaki yang berpinggang besar, dan ada pula yang gemarkan lelaki berpinggang kecil. Wanita yang gemarkan suami berpinggang besar menimbangkan perihal keempukan gerak goyang pinggang itu ketika jimak. Malah ada yang suka jika suaminya berperut buncit kerana memikirkan bahawa perut yang penuh lemak dan daging yang empuk itu bakal menyejukkan perasaannya tatkala perut suaminya bertemu perutnya. Wanita yang sukakan suami yang berpinggang ramping berpendapat bahawa pinggang tersebut mudah bergerak dan menggoyang.

Hidung
Pada sebahagian wanita, lelaki yang berhidung mancung lebih menarik hatinya kerana pada pipi wanita terdapat bahagian yang menghendaki hidung dibenamkan padanya, memberi ciuman yang dasyat dan memuaskan wanita. Walaupun begitu, ada juga wanita yang yang tidak suka kepada suami yang berhidung mancung.

Lidah
Wanita lebih gemar lelaki yang berlidah lonjong panjang kerana ia mampu menerokai langit-langit wanita, mengawal seluruh isi mulut dan ini bakal membangkitkan nafsu yang sangat hebat pada wanita.

Bibir
Lelaki yang nipis bibirnya disukai oleh wanita kerana bibir yang nipis membawa rasa yang lembut nyaman, punca kesedapan bagi wanita.



Zakar
Secara umumnya zakar terbahagi kepada 2 jenis. Yang besat tetapi pendek dan yang sederhana tetapi panjang. Zakar yang besar dan sekaligus panjang jarang ditemui, walaupun inilah yang diharapkan oleh sebahagian wanita. Dikatakan biasanya zakar yang besar dan pendek itu lemah dan yang kecil tetapi panjang itu kuat. Namun kuat atau lemahnya zakar lebih banyak bergantung kepada kesihatan lelaki berkaitan.

Penulis : Cik E.
Artikel daripada pembaca pengerindu.com di Facebook Fan page .
Anda boleh juga menyumbangkan artikel kepada kami disini.



Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]

Read On 0 comments

Elakkan mengunakan Password atau kata laluan bernombor .

04:17
Password atau kata laluan adalah amat penting untuk seseorang seperti contoh untuk kegunaan harian seperti ATM dan tidak lupa pula untuk melayari laman sosial seperti Facebook , myspace dan blog serta yang sewaktu dengannya.

Ramai yang memilih kata laluan yang lebih senang untuk diingati seperti nombor kad pengenalan , tarikh lahir , nama kekasih , no telefon dan juga gabungan huruf serta nombor.

80% pengguna internet banyak mengunakan kata laluan berbentuk nombor dan yang paling ramai sekali adalah pengunaan tarikh lahir seperti 710523 dan juga nombor telefon di tempat kedua dan diikuti tempat ketiga adalah nombor kad pengenalan.

Sekiranya anda mengunakan kata laluan berbentuk nombor anda adalah dinasihati untuk menukarkannya kepada gabungan perkataan dan nombor seperti contoh " cintataksemestinya50 " atau 1234567abcdefg " . Bagaimana pula dengan Username ? Selalunya username untuk blogger adalah email maka adalah lebih senang untuk meneka atau mencerobohi blogspot anda.

Kenapa Mr J tidak mengalakkan kata laluan yang berbentuk nombor ? ini kerana bagi para pengodam atau penceroboh sudah pasti mereka memiliki "list" yang disimpan di dalam notepad iaitu urutan nombor bermula daripada 1 sehingga ke 999999999 . Sila lihat contoh dibawah :

Sekiranya kata laluan anda ialah no kad pengenalan ataupun tarikh lahir:


  • 710523 ( nombor kad pengenalan )
  • 230571 ( tarikh lahir )
  • 0134567890 ( nombor telefon bimbit )


Maka kata laluan anda adalah ada didalam "list" 1 hingga 99999999 .


Tentu anda berkata dalam hati " takkanlah dia nak cuba jutaan kali untuk log in bagi mendapatkan kata laluan saya iaitu nombor telefon " . Ya! sudah tentu "dia" ( si penceroboh) tidak akan membuang masanya untuk meng"log in" sebanyak jutaan kali bagi mendapatkan nombor yang betul tetapi tidak dengan pelbagai software yang mampu memudahkan lagi kerja si penceroboh seperti " brute login " serta banyak lagi software - software yang terdapat di dalam sebaran internet.

Oleh itu , mengunakan kata laluan bernombor adalah berisiko untuk dicerobohi . Mungkin artikel ini tidaklah banyak sangat membantu tetapi mungkin artikel ini juga mampu menyedarkan kita sebelum terkena bukan?



Salam ceria ,
Subscribe
untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM10 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid-Radio IkonFM
Iklan banner 468px × 60px
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 Sarawak , Malay Mp3 , Techno Mp3 . [#Blog Trick & Tips]





Read On 14 comments
Feature Video :Discover Sarawak
  • Jadi Sebahagian daripada Kami dengan berkongsikan Isu Semasa, Kisah Seram atau apa sahaja ke admin@pengerindu.com
  • Langgan dan dapatkan Percuma "Ebook Kelas Belajar Forex"Sekarang:

    Masukkan Emel anda dibawah:

    Blogger Logo 1

    free subdomain
    Temubual Mr J & Radio F.Swk
    1: Temubual Pertama : Download - 4.1 MB
    Seen on TV
    1: Superimpose Gambar Nabil Cium-2010

    Link Exchange - Auto Backlink

      Click to Add our Banner for Exchange Link HERE

      Bloggers

      Backlink

      Free BacklinksPersonal Blogs Top Personal blogsMy Ping in TotalPing.comDisplay Pagerank Protected by Copyscape Originality Checker Creative Commons License Blogged.myBeliefs & Causes Blogs - Blog Catalog Blog Directory Fuyyoh Backlink, Free Backlink, Page RankFree Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Blog  DirectoryKedai Backlink,Backlink Percuma About IT

      Nuffnang