Belajar Tinggi - tinggi tapi maruah lebih rendah dari kuli. Malam Merdeka dan Ramadan dicemari , Cimb Bank di Makassar Indonesia di serbu . | The Best Weblog at Sarawak | www.pengeRindu.com Backup

Belajar Tinggi - tinggi tapi maruah lebih rendah dari kuli. Malam Merdeka dan Ramadan dicemari , Cimb Bank di Makassar Indonesia di serbu .

Labels: ,
Anda mempunyai Kisah yang ingin dikongsikan? Kirimkan kepada admin@pengerindu.com

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!! Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53 Malaysia dan disini Mr J mengatakan bahawa Mr J berbangga menjadi Rakyat Malaysia , manakan tidaknya rakan - rakan Mr J banyak yang berbilang kaum bergitu juga rakan blogger Mr J.

Malam 30hb August 2010 , Mr J menikmati juadah BBQ dengan rakan - rakan Mr J sambil menanti detik 12 malam 31hb August 2010 , ( Semangat sungguh ) dan bagaimana pula dengan anda ?

http://www.flag-of-malaysia.com/image/1Malaysia02.jpg


Semoga Benderaku tetap gagah! dan kepada orang - orang yang sangat membenci Malaysia diharapkan hentikan perbuatan anda seperti itu , membaling najis , membakar bendera , merompak Bank CIMB Bank di Indonesia atas memprotes , bagaimanapun masih ramai warga Indonesia yang membantah protes tersebut dan kurang bersetuju melalui komen di detiknews.com .

Rusuhan di Cimb bank Makassar Indonesia . Kosmo

Mr J tahu ramai warga Indonesia baik - baik belaka dan hanya sebilangan dan yang kurang berpendidikkan serta yang "lalok" disajikan dengan arus media yang palsu serta yang menbatu apikan kedua - dua Negara antara Malaysia dan Indonesia. Jikalau Rakyat Malaysia ingin "Gayang rakyat Indonesia di Malaysia " apa yang anda rasa ? marah atau suka ? Tetapi itu bukanlah satu cara penyelesaian yang bijak .

Cuba lihat sahaja di Malaysia , ramai warga Indonesia senang dan mampu memilikki telefon yang sangat canggih dan ada yang berkhawin dengan rakyat Malaysia secara sah , takkan nak " Ganyang " keluarga sendiri . ( sungguh patriotiknya ) .

Lain pula dengan perangai Mat - Mat Rempit agaknya , mungkin di Ibukota Kuala Lumpur sungguh meriah dengan aksi - aksi "sarkas" sambil ditemani Cikaro.., dah jadi tradisi Malam Kemerdekaan Malaysia juga merupakan Malam Kemerdekaan Mat - Mat Rempit beraksi.

Ada juga yang mengambil kesempatan sempena bulan Merdeka dengan menyambut bersama pasangan kekasih di dalam hotel bugjet ( save bugjetlah katakan ) dan akhirnya disambut bersama beberapa Anggota JAIS .

SHAH ALAM: Seramai 22 pasangan kekasih warganegara tempatan yang dipercayai berkhalwat ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam "Operasi Sayang" sempena sambutan ambang Merdeka ke-53 malam tadi dan awal pagi ini.

Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Nurhamizah Othman berkata, kesemua pasangan itu ditahan di beberapa hotel bajet sekitar Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya sepanjang operasi yang bermula jam 11 malam semalam sehingga 4 pagi ini.

Beliau berkata, pelbagai taktik licik dikesan cuba digunakan pasangan kekasih bagi mengelakkan mereka daripada ditangkap seperti mendaftar masuk ke hotel atas nama masing-masing tetapi hanya menggunakan sebuah bilik.

"Curiga dengan tindakan itu, pihak kami pada mulanya pergi ke sebuah bilik yang didaftar namun tiada orang di dalamnya sebelum menyerbu ke sebuah bilik lagi.
Difahamkan majoriti yang ditangkap adalah pelajar Ipta/Ipts serta sekolah menengah.
"Di bilik itu, anggota JAIS yang terpaksa memecah masuk selepas pintu tidak dibuka mendapati ada seorang lelaki dan wanita yang bukan muhrim berada di dalamnya," kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Selain pasangan itu, Nurhamizah berkata, terdapat seorang wanita yang disyaki berkhalwat dengan lelaki bukan Islam menggunakan nama kekasihnya dalam buku pendaftaran bilik sewa hotel bagi mengaburi pihak Jais.

Nurhamizah berkata, kesemua pasangan yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu dibawa ke ibu pejabat Jais di sini untuk diambil keterangan dan diikat jamin sebelum dibebaskan.

Beliau berkata, pasangan yang disyaki berkhalwat itu akan didakwa mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, katanya lelaki bukan Islam itu tidak akan didakwa oleh Jais.
Maruah orang Malaysia hanyalah semurah Bugjet Hotel RM50 semalam , kita kata maruah Mat Salleh lagi murah tetapi kita salah , maruah Mat Salleh bernilai Jutaan Dolar ( ala..... tentang berita yang si gadis yang masih dara tu jual dara dalam internet dan dibida dengan harga yang tinggi .... taukan... takkan tak tahu ? ).


Salam ceria ,Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM10 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid-Radio IkonFM
Design Wonder
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
Wang Tsunami anda
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
6 comments:

semoga tak ada yang buat rusuhan yang tak berfaedah ,, cubalah dtg Malaysia ke cari kerja.

[Reply to comment]

@Marina.

betul tu marina , tapi bukan semua rakyat indonesia cuma ada sebilangan sahaja..

[Reply to comment]

@Anonymous.

khabar terbaru ketua BENDERA menyeru semua rakyat Indonesia yang berada di Malaysia supaya balik ...

haha.. senang sikit kerja Polis dan imigrisen tak payah nak halau dan caari PATI.

[Reply to comment]

Post a Comment

Feature Video :Discover Sarawak
  • Jadi Sebahagian daripada Kami dengan berkongsikan Isu Semasa, Kisah Seram atau apa sahaja ke admin@pengerindu.com
  • Langgan dan dapatkan Percuma "Ebook Kelas Belajar Forex"Sekarang:

    Masukkan Emel anda dibawah:

    Blogger Logo 1

    free subdomain
    Temubual Mr J & Radio F.Swk
    1: Temubual Pertama : Download - 4.1 MB
    Seen on TV
    1: Superimpose Gambar Nabil Cium-2010

    Link Exchange - Auto Backlink

      Click to Add our Banner for Exchange Link HERE

      Bloggers

      Backlink

      Free BacklinksPersonal Blogs Top Personal blogsMy Ping in TotalPing.comDisplay Pagerank Protected by Copyscape Originality Checker Creative Commons License Blogged.myBeliefs & Causes Blogs - Blog Catalog Blog Directory Fuyyoh Backlink, Free Backlink, Page RankFree Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Blog  DirectoryKedai Backlink,Backlink Percuma About IT

      Nuffnang