Anwar Will guide Sabah/Sarawak | The Best Weblog at Sarawak | www.pengeRindu.com Backup

Anwar Will guide Sabah/Sarawak

Labels:
Anda mempunyai Kisah yang ingin dikongsikan? Kirimkan kepada admin@pengerindu.com

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 19 DISEMBER 2008

Parti Keadilan Rakyat semalam telah memutuskan untuk merombak serta melantik barisan pimpinan Pengerusi Perhubungan Negeri yang baru . Keputusan tersebut dicapai oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi selepas bermesyuarat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat. Rombakan serta lantikan ini bertujuan memacu serta memperhebatkan jentera parti bagi memastikan agenda perubahan dapat dilaksanakan.

Majlis Pimpinan Tertinggi juga secara sebulat suara memutuskan untuk melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri bagi negeri Sabah dan Sarawak. Keputusan tersebut dicapai setelah mempertimbangkan sokongan yang kini semakin nyata terhadap PKR, terutamanya selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-12 dan pembentukan gagasan Pakatan Rakyat. Menyedari bahawa kebajikan rakyat negeri Sabah dan Sarawak telah lama diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, pemilihan Dato’ Seri Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri adalah tepat bagi memastikan berlakunya perubahan mendasar serta menunjukkan komitmen tuntas PKR di dalam memperjuangkan agenda rakyat keseluruhannya; dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak.

Agenda untuk melakukan perubahan di Sabah dan Sarawak memerlukan dokongan dan sokongan dari segenap lapisan masyarakat. Manakala Sarawak dijangka akan mengadakan pilihanraya negerinya dalam masa terdekat, perlantikan Dato Seri Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan kedua-dua negeri tersebut menjustifikasikan keprihatianan kami terhadap permasalahan di sana serta amat signifikan dalam transisi peralihan kuasa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Kami percaya mereka yang terpilih untuk menjawat jawatan-jawatan tersebut akan memikul amanah sedaya mungkin dan seterusnya menjalankan tugas dengan rasa penuh tanggungjawab. Tahniah kami ucapkan di atas perlantikan saudara/i sekalian.

Saya selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mantan Pengerusi-Pengerusi Perhubungan Negeri yang telah pun menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Jasa mereka pasti dikenang dan tidak akan dilupakan.

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat

Bersama ini adalah nama-nama Pengerusi Perhubungan Negeri yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang diadakan pada 18hb Disember 2008:

1. Pahang - Dato’ Fauzi Abd Rahman
2. Pulau Pinang - YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim
3. Negeri Sembilan - YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
4. Selangor/Wilayah Persekutuan- YB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim
5. Sabah/Sarawak - YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim <----------------------------di SARAWAK 6. Kedah - YB Tuan Haji Ahmad bin Kassim 7. Kelantan - YB Ab Aziz Ab Kadir 8. Perlis - Johari bin Shafie 9. Melaka - Khalid Jaafar 10. Johor - Dr. Zaliha Mustaffa 11. Perak - Osman Abdul Rahman 12. Terengganu - Wan Rahim bin Wan Hamzah *Sumber http://anwaribrahimblog.com/ Ya. DSAI sendiri akan berada di Sarawak/Sabah. bah.. kitak ke ba sarawak dia badu agik ngudi BN, nyadi ke teladan baka bala ba ke udah diambik Pala Tanah kasak ke sikda "Tok Uban" . Ngarap ke Piliharaya Negeri ilak Kitai gajar sikda ia. Sikda nadai kuasa , Kuasa ba Tangan kitai. Siti Pesan aku, Anang makah BN . Badu! enggai ke nyesal ilak!

ANANG BAKA KES Ulu Niah NCR Land Issue
0 comments:

Post a Comment

Feature Video :Discover Sarawak
  • Jadi Sebahagian daripada Kami dengan berkongsikan Isu Semasa, Kisah Seram atau apa sahaja ke admin@pengerindu.com
  • Langgan dan dapatkan Percuma "Ebook Kelas Belajar Forex"Sekarang:

    Masukkan Emel anda dibawah:

    Blogger Logo 1

    free subdomain
    Temubual Mr J & Radio F.Swk
    1: Temubual Pertama : Download - 4.1 MB
    Seen on TV
    1: Superimpose Gambar Nabil Cium-2010

    Link Exchange - Auto Backlink

      Click to Add our Banner for Exchange Link HERE

      Bloggers

      Backlink

      Free BacklinksPersonal Blogs Top Personal blogsMy Ping in TotalPing.comDisplay Pagerank Protected by Copyscape Originality Checker Creative Commons License Blogged.myBeliefs & Causes Blogs - Blog Catalog Blog Directory Fuyyoh Backlink, Free Backlink, Page RankFree Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Blog  DirectoryKedai Backlink,Backlink Percuma About IT

      Nuffnang