KAMI BUKAN WARGA CAWAT | The Best Weblog at Sarawak | www.pengeRindu.com Backup

KAMI BUKAN WARGA CAWAT

Labels: ,
Anda mempunyai Kisah yang ingin dikongsikan? Kirimkan kepada admin@pengerindu.com

KAMI BUKAN WARGA CAWAT

Jaya Ramba Wulan
Dikarang oleh:
Jaya Ramba Wulan
jayaramba@yahoo.com

Lambungan benak beriak garang. Kocakan air sesekali melambung tinggi menandakan sungai Batang Lupar tersingung. Angin sentiasa bertiup deras, sederas air yang sedang mengalir. Sesekali warga dalam sungai Batang Lupar menampakkan diri. Pepohonan di kiri kanan sungai juga kelihatan bergerak bagaikan digoncang mahkluk asing.

Satu perhimpunan di bandar kecil Sri Aman masih hangat. Di kedai-kedai kopi semua berbicara akan masalah warga cawat dan bangsa mereka. Di pejabat-pejabat kerajaan juga sibuk akan hal itu sehingga randau dilanjut ke pejabat. Mesyuarat tergempar turut dibawa ke pusat pemerintah negeri. Namun, kemarahan warga bumi ini menyala-nyala. Api marah mereka merebak ke serata bumi bernama Malaya Pada.

Aku sempat menatap seketika surat khabar sekali lagi. Aku seratus peratus memahami isinya. Lalu, mataku merenung ke arah keramaian manusia. Salah seorang memanggil. Aku melangkah goyah dalam perasaan yang berkecamuk. Berkali-kali aku berbisik “aku warga cawat?”.


PEGAWAI Waran Satu (Bersara), Kanang Anak Langkau memberi tabik hormat pada potret Rentap di Tugu Pahlawan Kuching.

Sekadar gambar hiasan.


Kasihan datuk nenekku. Kasihan keturunanku dihina penuh benci manusia bernama seorang pemimpin. Aku tahu mereka bangkit walaupun mereka telah mati ke dunia syurga. Aku sedar roh mereka berkeliaran di seluruh bumi Sri Aman hingga ke Batang Ai. Aku tahu Raja Rentap juga sedang memahami hinaan itu dalam keadaan marah. Mungkin sudah tiba waktunya Raja Rentap meniupkan semangat buat generasinya. Biar sang pemimpin berlidah racun itu diadili seperti dia mengadili hambanya Raja Brooke suatu ketika dulu.

“Utuskan warkah ke seluruh bumi. Kita bukan warga cawat seperti yang disangkakan!!” bentak seorang pahlawan muda kepadaku. Aku hanya mengangguk dalam keadaan aku direnung ribuan mata bernyala panas.

Keriuhan semakin mendesak suasana di seluruh bumi Sri Aman. Di khabarkan juga blog-blog, panas dengan isu warga cawat. Laman sesawang juga hebat mengutuk akan isu hinaan yang dilemparkan. Paling terasa, warga Batang Ai sudah menerima tempias bisa kata-kata sang pemimpin bermulut celupar itu.

Sekadar gambar hiasan.

Aku memberikan warkah yang ditulis kepada salah seorang pemimpin perpaduan. Dia merenung wajahku yang berkerut. Beberapa orang menghampiri kami. Kemudian beberapa kumpulan menyusul lagi dengan semangat juang tinggi.
“Bukan kerana nenek moyang kita! Bukan!” Teriak beberapa orang pemuda yang masih kemarahan.

Aku tahu memang budaya sirat adalah pakaian keturunan yang masih digunakan hingga hari ini. Sirat bukan cawat! Memang bukan seluar! Bukan juga baju! Makin bersirat, makin kelihatan segak seperti pahlawan yang tidak mudah ditembusi senjata. Apakah dengan sejarah bersirat kita terus dipandang rendah? Aku menggeleng-geleng kepala apabila disentuh oleh seorang pemuda.

Kita bukan bangsa miskin! Kita bukan bangsa kuno! Kita bukan bangsa tumpul! Bukan pemalas! Bukan bangsa lemah! Kita pemilik sejarah terhebat! Kita manusia terhebat! Kita juga pemimpin terhebat! Kita lebih maju! Kita lebih ke depan! Bukan seperti mereka!!! Bergemuruh suasana dengan kutukan marah ketua perhimpunan. Dia memang seperti seorang pahlawan moden, bertepatan dengan gayanya berkot lengkap.

“Warkah anda lengkap! Anda generasi yang paling idea! Anda berhak memimpin kita!” ujar salah seorang pemuda yang jelas tidak gembira.
Aku hanya mengangguk.

“Semua tulisanmu sudah sampai ke destinasinya. Kita tidak perlu menelanjangkan diri dengan corak sirat keturunan!” ujar seorang tua yang sempat menggaru-garu kepala.
Tiba-tiba satu pengumuman menguasai suasana. Sepi seketika, hanya kelihatan orang ramai bersesak-sesak. Seorang pemuda dengan alat siaraya mengangkat tangan. Terlebih dahulu, air matanya dibiarkan menitis, jatuh membasahi hujung kasutnya.

“Kami bukan kaki kasut! Jangan kerana politik kaum dicaci! Jangan kerana parti, masyarakat berpecah-belah! Jangan kerana politik, budaya dihina! Pisahkan kami dari politik! Pisahkan kami dari dendam politik! Pisahkan kami dari kongkongan politik! Jangan menghina budaya bersirat! Kami bukan warga cawat!!” laungan keramat pemuda itu disambut oleh tepukan gemuruh.

Dadaku berdebar-debar menanti sebentar lagi rombongan dari Batang Ai akan datang. Juga beberapa orang pemimpin rumah panjang akan hadir, dengan suara bantahan. Dengar khabar, mereka akan datang dengan penuh kejutan. Dalam aku berdiri terpinga-pinga, keriuhan tiba-tiba terhenti. Aku memanjangkan pandangan:

Tikar bercorak tradisi dihambarkan. Lalu duduk beberapa orang tua bersirat dan berpakaian tradisi lengkap. Di tengah-tengah mereka, diletakkan alat upacara. Beberapa keping pingan berukiran naga diletakkan di tengah tikar berukiran. Juga, mangkuk khas kegunaan upacara. Dua ekor ayam jantan, ditambat pada satu tiang khas. Lima tokoh yang berwajah serius mula menjalankan tugas masing-masing. Sedangkan para hadirin terus menyaksikan gelagat mereka tanpa sesiapa pun berani bersuara dalam keadaan panas terik.

“Kita akan minta pengadilan dari leluhor! Kita bukan warga cawat yang menghina leluhor! Biar mereka menghukum mangsanya,” ujar seorang tua yang kelihatan ukiran tatu tradisi di segenap tubuhnya. Wajahnya berkedut menandakan dia tidak suka dengan kerjanya dalam usianya yang lanjut.

Pinggan batu berukir itu diserahkan. Diletakkan penuh berhati-hati semua alat yang digunakan. Beberapa ubat-ubatan turut diletakkan di sebuah mangkuk besar. Ketua miring mengambil terlebih dahulu semua kegunaan, dan diikuti oleh empat orang pengikutnya. Botol tapai dituang ke gelas dan diserahkan kepada setiap mereka. Kelima orang ketua adat berpandangan selepas menaburkan rendai ke udara.

http://www.alvinleong.com/blog/wp-content/uploads/2009/07/edw_5958.jpg
Sekadar gambar hiasan.

“Bunuh ayam!” arah ketua adat.
Seorang pemuda mula memegang ayam jantan itu. Seorang lagi membantunya. Selesai tugas mereka, bulu ayam berdarah diserahkan. Bulu-bulu ayam itu diletakkan di dalam pinggan. Pinggan itu dibawa, diletak di tempat khas.

“Selesai!” ujar ketua adat sambil berdiri. Dia lalu mengarah beberapa orang pemuda membuat kerja mereka. Ketika itu tepukan gemuruh berdansa semula sehingga lubang telinga para hadirin memekak.

“Bakar!” Aku terdengar arahan seseorang. Dalam masa yang singkat, aku melihat asap naik. Aku melangkah dekat. Beratus-ratus bendera parti berwarna hijau berukiran bulan dibakar. Seorang pemuda mengangkat seguni. Seorang lagi mengeluarkannya, lalu dikoyakan mereka secara beramai-ramai. Kemudian, terus dilemparkan ke arah api yang sedang marak.

“Kita bangsa bermaruah! Kita bangsa beradat! Kita bukan bangsa berpolitik! Kita bangsa di bumi kita! Kita benci politik! Kita benci parti!!!” ujar pemuda yang memegang alat siar raya itu.
“Kita mahu sang pemimpin itu tarik balik kata-katanya! Memohon maaf!” ujar pemuda itu lagi.

Aku pula cuba meminggirkan diri dari kesesakan. Namun, seseorang memegang tanganku. Aku tidak berpaling, cuma sempat memandang beberapa orang bangsaku menitis air mata. Aku tahu, mereka kecewa kerana mereka terlalu kecewa. Mereka bangsa bermaruah, bukan bangsa yang ketinggalan. Mereka bencikan berpolitik. Mereka bangsa asalnya keturunan yang beradat. Bangsa kaya budaya! Bangsa yang sudah maju! Aku terus melangkah, mencari keasingan yang tanpa manusia.

“Politik membunuh perpaduan! Politik mencipta perpecahan! Politik penindasan! Politik tidak berbudaya! Parti bintang ialah parti jumud! Parti bintang jalang!!!” Aku melangkah dalam keadaan telingaku masih dilesit kata-kata tegas dari belakang.
“Kami bukan warga cawai!!!” Berkali-kali suara tegas, nyaring itu berkumandang.




Salam ceria ,
Mr. J
www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Get Top Commenter Awards?

Ingin artikel anda disiarkan sini? senang sahaja "Emailkan" sahaja kepada kami.

Bookmark and Share

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

18 comments:

Kami tak nak Politik pecah belahkan kaum kami di Sarawak dan juga Sabah Borneo Amnya!! Agi idup Agi Ngelaban. Biar Piring mengadili dia!

[Reply to comment]

Aku paling BENCI politik yang memgapi apikan orang.

[Reply to comment]

Kagum sungguh saya membaca isi mengenai saya bukan warga cawat. biarpun saya bukan warga sarawak atau sabah , i dpt rasakan yang i dalam situasi si pengarang.

[Reply to comment]

pandei2 jak madah orang sarawak makei cawat. paloi hadi ia. biar aku bukan bala dayak tapi rami gik member dayak. kamek sarawak iboh dikaco atur lok tempat ko sinun. kird mark nar juak. kamek swk hidup aman sik macam kedak malaya sinun.

[Reply to comment]

arap ke iya nyak kena pantak! kena sumpah aki manang ngena engkerabun .. ajih ke kena sumpah bunsu ribut bala telajan!

[Reply to comment]

dorang pandai je mainkan sentimen macam ni.berani sangat hadi tu yer.. silap haribulan kena pancung kepala datang sarawak.

[Reply to comment]

Pak Yeh berjuang bersama kamu rakyat Sarawak. Aji hidup agi ngelabai!
Mari Hartal/Boikot kerajaan UMNO yang menipu dan merompak duit rakyat.

Mari kita Revolusi !!!
Sila baca rencana Re3&4volution pt1,2,3&4 di...

http://warongpakyeh.blogspot.com

[Reply to comment]

Sabah Sarawak is best. Kalau sesapa yang pernah tinggal di malaya, malaya memang teruk. Perpaduan langsung takde.. lelangau y ka mulai kediri..

[Reply to comment]

aduhhh..pkara tok pan dh dibincang ba laman web ba forum khas tok seluruh msia...mayuh gak org mgeji cara hadi awang mghina bangsa iban ba btg ai....bangsa bukai ba swk pan mgeji cara hadi awang nya....pas umngok semua lbh kurang jak..

[Reply to comment]

thats y i hate politik. btw apa nama forum nyak jenny? ulih share kah?

[Reply to comment]

biar la Pemimpin nak kata kita pakai cawat... yang lebih memalukan, diaorang tak sedar diri memakai cawat atas kepala... enti amai ka nitih fesyen dayak, agak2 la .... anang engkah d kepala cawat... betapa malaya ingin berperang dengan dayak...dari batang aik, enti d kangau sida stak badau, batu kaya kin, engka ngeleput tumbung laut...

[Reply to comment]

untuk Warga Malaya (bekas org suruhan Siam) hebat sangat kah melaya nie??? hutang sabah dan swk bila nak bayar??? jangan sampai telaga dkat kuala baram dah Kering baru tak nak kawan swk lagi.... menara petronas kasi balik dengan swk.. tak malu ke malaya ??? mana hasil telaga kamu malaya??? datang ke swk mengutuk org pakai cawat... jangan sampai swk serang malaya dengan sentimen malaya pakai cawat d kepala tu satu,,,, malaya nak kawan swk untuk hasil nya saja...

[Reply to comment]

gabriel , saya kagum dengan semangat jati anak sarawak awak,

*bukan semua orang malaya jahat2. segelintir sahaja. Dan inilah hasil 1Malaysia dan Politik negara kita yang memecahkan perpaduan kaum dan tidak habis -habis memainkan sentimen perkauman , macam - macam hallah politik Malaysia sekarang.

[Reply to comment]

menarik sungguh hasil penulisan jayaramba..i really like it...sesungguhnya kta sarawak lah satu ngri yg hidup penuh dgn rukun =) jangan biarkan keamanan sarawak d gugat oleh orang luar..sabah n sarawak is the best.. :D~

[Reply to comment]

la ade lg ke org kolot pemikirannye kat m'sia nih ye
pemimpin plak tu...
langsung tak da kesedaran sivik betul
sepatutnya ORG tu patut tau dan bangga m'sia nih maih kaya ngan adat resam and etc.
sepatutnya lah ORG yg x da sivik tu kena amik pendidikan moral or pendidikan islam sekali lagi kat sekolah supaya dia tau ape itu hormat, menjaga pertuturan and yang sewaktu dengan nye
HANGIN nye aku ngan ORG tu....
p/s.. br jumpe blog ni... tp mmg bestlah..

[Reply to comment]

Anonymous , manusi ni kadang2 susah kita nak ramal dan tahu sifat mereka, kekadang ada yg alim tahap apatah tapi di dalam tak tahu lagi.

thank, ya memang best.. hihihi..

[Reply to comment]

ngasuh ati angat bala politik towk..
nama da ya gago ngau hal nyak...?nama semua sida ya ka ubah...
dah mcm2 dah sida ya ubah..sampai kena nama asal semangang sida ya ubah...dayak sida ya ka ubah...nama perlu?ndai perlu semua nyak...
ang sampai bala iban angkat...diato dayak dah bc sekula...ukai baka dayak suba..tapi ang ngacau hal dayak..uji agi ka diau d menua dayak...aq sangup parai utk dayak......politik??kering bjako jak...butuh politik..!!! perintah senang2 ngubah menua aku bangsa aq ... tanah bangsa aq.senang2 ka ngerampas ia..nama sebadau towk bala perintah nyak ngetan ke menua srwk kah?sebdau c perintah nyak?tanah perintah?nama keturunan sida ya ngempu menua towk kah?
ingat dulu sapa org asal d srwk...
ang senang2 ngalah ke bangsa aku...ucit balang tok....

[Reply to comment]

pehh bangsat botol tnh malaya nya. cakap tak serupa bikin. ngasai diri kering mat dak tok owhh asai q idup ba dunya tok cdaknyameh ke tambap lapp. amatnya munyiko d bakehh twin towersnya suh pulai ke brunya. ukai main g makai hasil minyak kitai kitok. suh ngiga kediri dakya nya. merinsa ni pon kitai bangsa nda meh bangat ngelusu mimit2 minta tulung ba tv mimit2 minta simpati belah ehsan org. Pehhh bangsa paling ngelusu..g buhittt sehati jilatt...cdaknya amat nda beradat amai..peda gak cda nya ke myoh ulah...ngerogol anak dr mpulah...bangkaiii mat...ang ngundi dak ya g kitai...huh tau ya nguji lak ke pumpung pala daknya..pantang aki ini q dicabar..

[Reply to comment]

Post a Comment

Feature Video :Discover Sarawak
  • Jadi Sebahagian daripada Kami dengan berkongsikan Isu Semasa, Kisah Seram atau apa sahaja ke admin@pengerindu.com
  • Langgan dan dapatkan Percuma "Ebook Kelas Belajar Forex"Sekarang:

    Masukkan Emel anda dibawah:

    Blogger Logo 1

    free subdomain
    Temubual Mr J & Radio F.Swk
    1: Temubual Pertama : Download - 4.1 MB
    Seen on TV
    1: Superimpose Gambar Nabil Cium-2010

    Link Exchange - Auto Backlink

      Click to Add our Banner for Exchange Link HERE

      Bloggers

      Backlink

      Free BacklinksPersonal Blogs Top Personal blogsMy Ping in TotalPing.comDisplay Pagerank Protected by Copyscape Originality Checker Creative Commons License Blogged.myBeliefs & Causes Blogs - Blog Catalog Blog Directory Fuyyoh Backlink, Free Backlink, Page RankFree Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Blog  DirectoryKedai Backlink,Backlink Percuma About IT

      Nuffnang