Buat pertama kalinya saya memperkenalkan diri saya dan dibawah ini adalah serba serbi mengenai disebalik laman weblog PengeRindu Media Network ini.
Saya mula melihat dunia ini pada 23 September tahun 1986 dan sewaktu 9 bulan dalam kandungan ibu , kisah saya bermula...
Saya merasakan tiupan angin dari celah cuping telinga dan juga bunyi yang saya sendiri tidak tahu dan mengerti tiba-tiba aku terdengar suara " oh , taniah anak awak lelaki,". Selepas itu doktor membersihkan badan saya dan setelah dibersihkan saya diletakkan bersebelahan dengan Ibuku dan dia senyum melihat aku.
“bang, nak bagi anak kita ni apa nama?” tanya Ibuku kepada ayahku.
“Apa kata kita letak nama Jacky sebab aku minat Jacky Chan dan tambah nama Juing dibelakang untuk memperingati Datuk Juing dahulu". Balas Ayahku (selalunya nama belakang orang iban ada maksud tertentu).
Setelah itu nama aku pun dimasukkan dalam Sijil Kelahiran , ingin juga aku membantah atau ingin mencadangkan nama yang lebih indah , tetapi apakah dayaku , sedangkan aku terlalu kecil dan gigi pula belum tumbuh . Apa yang aku tahu adalah berpusing – pusing bermain – main di pangkuan Ibuku sambil melihat gelagat orang yang lebih besar dariku, dan aku terfikir , bila masa agaknya aku menjadi Besar seperti Kedua Ibubapaku.
Selepas Tiga Tahun kemudian , aku merasakan ingin berlari dan berjalan seperti kanak – kanak yang lain . Dalam seharian aku cuba berdiri dan berjalan bermula dengan merangkak tetapi aku tumbang kembali. Dengan semangat cemburu melihat rakan – rakan sebayaku 3 tahun bermain dan berkejaran aku seperti mendapat kekuatan dan aku berdiri dan berjaya memulakan 2 langkah pengerakkan selepas itu aku boleh bermain dengan rakan – rakan aku.
(Gambar sebelah adalah bertarikh October 2011)
Masih segar dalam fikiranku apabila umurku mencecah 5 tahun , kalau tidak aku mungkin tidak berada dalam blog ini dan tidak mungkin wujud. Dipendekkan cerita waktu itu waktu pagi dan keadaan berembun tebal entah kenapa aku mengikuti Ayah aku ke kebun untuk mengambil sayuran , dan aku membawa pancing , sedang ayah aku mencari sayur aku mengambil peluang untuk memancing berhampiran .
Tiba – tiba aku tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai aku tak pandai berenang dan aku menjerit , aku cuba untuk timbul tapi makin kuat aku menjerit makin banyak air yang aku tertelan , nasib menyebelahi aku apabila seorang penduduk kampung aku sedang membasuh pakaian di sungai telah menyedari jeritan aku dan terus menjerit memanggil ayahku yang berada dikawasan berdekatan dan Ayahku bergegas mencapai tanganku.
Klik untuk Translate ke : Versi Bahasa Iban
Dan apabila umurku semakin meningkat , aku telah dihantar ke Tadika Cina iaitu Tadika Chung Hua . Teringat kisah mula - mula masuk tadika , aku lari dari pintu depan ke pintu belakang . Lama - kelamaan aku membiasakan diri di alam tadika tapi bila diingatkan kembali waktu komunikasi umpama Ayam dengan Itik . Aku cakap dalam bahasa Iban kawanku bercakap dalam bahasa Cina. Setelah 7 tahun di alam Sekolah Cina aku menjejak kaki ke alam sekolah menengah iaitu SMK Sacred Heart English Sibu Sarawak.
Berminat untuk mempelajari Bahasa Iban? Klik Sini.

Setelah habis Sekolah , aku mencuba mencari pekerjaan dan pekerjaan pertama aku adalah sebagai bellboy di salah sebuah Hotel Sibu , tidak sampai 3 bulan disitu ayah aku menelefon memberitahu bahawa aku dapat tawaran sambung belajar di Semenanjung Malaysia dan aku hanya menerima tawaran tersebut. April 2004 aku menjejak kaki ke Serdang , Selangor . Dan menyambung pelajaran di Alpha College Of Technology.
Most Influential Blog

Soalan Lazim yang sering ditanya.
1: Blogging?
Alam blogging bermula pada pertengahan tahun 2008 dan sedikit demi sedikit minat semakin mendalam sehinggalah pada satu saat Mr J seperti ketagihan internet .
Sambil itu juga, Mr J dapat berkongsi dengan ramai kawan - kawan di alam maya mengenai informasi terbaru dan terkini .
2: Mr J dah kawin?
Belum lagi, calon sudah ada cuma dalam masa ini lebih menumpukan untuk kestabilan kewangan dahulu , sekiranya jodoh dan sampai Mr J akan membuat pengumuman dan juga live streamming broadcast maljis perkahwinan Mr J nanti. Doakan ok.
3: Bila Mr J buat gathering / perjumpaan dengan pembaca/pengujung weblog ini?
Teringin sangat nak buat dari tahun - tahun lepas ada planning tetapi masa selalu kurang. Suatu hari nanti , sabar ok.
4: Kenapa pilih nama "pengerindu".com ? tak Macholah nampak jiwang sangat.
Yes! I like. Mr J suka makan Jambu tapi tak bermakna Mr J mat jambu . Nama "pengeRindu" keluar secara tiba-tiba sewaktu Mr J dilambu ombak rindu. :)
Sebenarnya masih ada banyak lagi soalan - soalan yang diemailkan menerusi email : admin@pengerindu.com kepada Mr J... Mr J tak laratlah nak jawap.... :)
Temubual di Radio Free Sarawak
Are you Sibu blogger?

Salam ceria ,
Jacky Juing Jonathan
www.pengeRindu.com
www.pengeRindu.com
Sila tinggalkan Testimonial , pendapat atau apa sahaja pesanan serta nasihat kepada saya di ruangan Komen dibawah.






28 July 2009 at 02:55
best juga baca blog u. eleh erra pula , erra memang cantik kalau tak pakai make up pun..
[Reply to comment]17 August 2009 at 00:54
orang sarawak rupanya.. ihhihi.. apa kabar kitak kamek sihat
[Reply to comment]25 August 2009 at 23:44
ok apa.. bahasa nya bole paham.. wah bestkan bila teringt kisah dulu2....
[Reply to comment]25 August 2009 at 23:46
betul2 faham ke kak. hihihi . kisah dahulu macamana tu..~
[Reply to comment]24 October 2009 at 06:31
Bro, weblog u makin lama makin menarik, ada saja artikel menarik perhatian saya. teruskan Blogging bro.
[Reply to comment]Salam Azrai , Penang.
8 November 2009 at 19:53
Hai, i peminat pengerindu.com . lain dari yang lain , tak hanya tertumpu kepada satu cerita je . contoh kalau web pasal artis semuanye pasal artis, kalau hantu semua pasal hantu , pengerindu ni unik , macam - macam ada. boleh dikatakan semua ada dari cinta ke hantu ke artis ke trick blog pun ada.
[Reply to comment]Salam,
Maznidah . Batu Pahat. Johor.
12 November 2009 at 22:49
Hai Mr. J. Selamat berkenalan & terima kasih kerana melawat blog saya. :)
[Reply to comment]13 November 2009 at 17:45
oktant , salam perkenalan disambut dengan baik. bersahabat itu kan indah.
[Reply to comment]17 December 2009 at 08:18
Nice blog!
[Reply to comment]Banyak informasi yang boleh didapati dlm blog ini.
Selamat maju jaya:)
Feel free to visit my website:
www.seindahhiasan.com
17 December 2009 at 15:38
seindahhiasan , portal awak pun apa kurangnya..
[Reply to comment]4 January 2010 at 19:08
hahahha....bagus.....
[Reply to comment]nice blog.....
inspired(not expired)me....
keep it up....
5 January 2010 at 02:42
hye u...heheheh lama x online saje arini tersinggah cc so trus buka blog u..mkin lm mkin best...hahaha susah2 u jd la fulltime blogger...
[Reply to comment]5 January 2010 at 02:47
wil , thank wil.
[Reply to comment]5 January 2010 at 02:48
misz hannah, a a , u tu yg lama tak online...rindu gak zaman mirc kat #kedah. hehe masa mula2 kenal u. makin lama makin mengacam.hehe
[Reply to comment]9 January 2010 at 00:56
blog jacky memang best kreatif wei..
[Reply to comment]9 January 2010 at 03:41
pengayau, thank dude!
[Reply to comment]21 January 2010 at 05:37
salam, Mr.J.
[Reply to comment]hye, sori coz trpksa komen kat cni. sbb nye saya xtau nak 2lis kat mn tuk bg Mr.J baca. ac2ally, nak ckap thanx coz bg Top Commentor Award 4 me. xsgka lak dlam komen saya yg x sberapa 2 pun leh dpat award. thanx. really apreciate it. sbnarnya, saya suke baca ur blog. sbb ur word mnarik tuk d baca. tjuk2 pun x mmbosankn. ur blog pnya design pun besh gak la. 2 yg mnyebabkn tertarik tuk jd ur follower. pape pun, keep up ur good work. all d best. tcare ...!
21 January 2010 at 07:32
Hai Nadia.
[Reply to comment]Sama - sama , Mr J cukup tertarik dengan komen nadia . apa apa pun semoga Nadia pun Berjaya kelak. Salam perkenalan.
21 January 2010 at 08:03
Salam perkenalan jgak, Mr.J ...!
[Reply to comment]=)
28 January 2010 at 01:17
hehehe hye u lama x nmpk u n dgr cite u...i smp skrg takde keje...wuwuwuwuwu result i dah kuar arini..hahahaha sioknya i...mntk2 i dpt kedah@sarawak..
[Reply to comment]28 January 2010 at 03:15
miszhannah, harap2 u dpt result gempak.. hehe sanggup ke kat swk.
[Reply to comment]11 March 2010 at 00:33
mr J,blh berkenalan..i like to be fren of sarawakian..
[Reply to comment]11 March 2010 at 00:46
Anonymous , hai.. boleh.. kita kawan tapi alangkah indah sekiranya saya tahu nama anda.
[Reply to comment]20 March 2010 at 22:01
This comment has been removed by the author.
[Reply to comment]20 March 2010 at 22:05
seronok follow blog ni..
[Reply to comment]mula2 saje2 nk bljr bhasa iban..
then jdi minat plak bce blog awk..
tq..huhu
21 March 2010 at 05:27
norhayati_22291 , thank.. belajar bahasa lain selain bahasa sendiri banyak kelebihannya.. salam kenal.
[Reply to comment]29 April 2010 at 07:37
Taniah, blog pengerindu cukup menarik.. lain dari yg lain!
[Reply to comment]29 May 2010 at 17:14
wah~
[Reply to comment]first time jmpe blogger dr kaum Iban
Salam kenal Mr.J..
Iklankan blog/bisnes DI SINI. Murah & berkesan!
1 June 2010 at 22:47
@R4T
[Reply to comment]hai salam kenal,utk pengertahuan ramai lagi blogger sarawak & sabah.
30 August 2010 at 23:12
Mr J.. awak mmg berbakat besar kalau di Gilap ! good luck! semoga suksess selalu. Marina PJ
[Reply to comment]15 December 2011 at 00:25
Bro! I dari dulu baca blog u.. silent reader je... kenapa harini tetiba nak komen. btw teruskan! kawin nanti invite di fb ok!
[Reply to comment]11 January 2012 at 08:52
Keep it bro' u make Sarawakian Proud! . enjoy ur blog.
[Reply to comment]25 January 2012 at 02:31
@Budak Baru Eskul.
[Reply to comment]Thank Bro! ok , i invite!
25 January 2012 at 02:31
@Cecillia LA .
[Reply to comment]Sarawak make me Proud!
31 January 2012 at 19:37
Mr J . i love you!
[Reply to comment]2 February 2012 at 04:01
biodata penulis....akak kan kalau cirita masa kecik, tak berapa ingatlah....apalagi masa dalam perut haaaa...
[Reply to comment]3 February 2012 at 00:59
@Yatie Awang .
[Reply to comment]Imaginasi ~
Post a Comment