Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.
Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum
MOHAMAD SHAH (kanan) menunjukkan daun ketum yang dirampas pada sidang akhbar di Bukit Mertajam semalam. Kosmo.com.my
sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.
Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.
*lama enda makai daun sabung .
Iklhas ,
Mr. J @ Bungai Pengrindu
www.pengerindu.com






10 October 2009 at 06:49
ayak ketum . lalok lalok.
[Reply to comment]10 October 2009 at 08:08
air ketum ni leh buat ubah, jgn salah guna je la
[Reply to comment]12 October 2009 at 00:44
itu daun ketum .. ooooo ubat boleh jadi racun , racun boleh jadi ubat.
[Reply to comment]15 October 2009 at 19:29
kasi minum ayak tuaq baru hangpa tau tahap laloq macam mana hahaha
[Reply to comment]Post a Comment