Pernahkan anda melihat bagaimana Proses "Manok Pansuh" dimasak iaitu daging ayam yang dimasak dalam buluh . Dan semalam Mr J dengan rakan - rakan membuat "Manok Pansuh" buatan orang bujang je dan rasanya perhh memang sedap dan isinya lembut.
Buluh yang berisi ayam tersebut dibiarkan di bara api selama beberapa Jam.
Apabila dirasakan masak anda boleh keluarkan dan caranya adalah pukul sedikit belakang buluh tersebut.
Apabila sudah masak keluarkan dan selamat menjamu selera " manok Pansuh "
Itu sebahagian daripada cara memasak ayam dalam buluh yang dikenali sebagai "Manok Pansuh " di Sarawak .
Bahan - bahan :
Bahan - bahan :
- Ayam seekor yang dipotong kecil atau kiub.
- Garam secukup rasa.
- halia dan serai.
- Air sedikit.
- Daun Ubi (untuk penutup buluh )
- Gaulkan kesemua bahan - bahan tadi dengan ayam tersebut .
- Dan sumbatkan ke dalam buluh . (cuci buluh terlebih dahulu ).
- Barakan di atas bara api selama 2 jam.
- Dan siap dimakan dan disediakan.
Salam ceria ,
Mr. J
http://www.pengerindu.com/
http://jacky.pengerindu.com/ (Blog Bahasa Iban)
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.






7 March 2010 at 00:29
penah makan time kena paksa masuk hutan..rasenya cam masakan singgang (rasenya camtu eja.. T_T }
[Reply to comment]7 March 2010 at 01:48
makan singgang? apetu
[Reply to comment]8 March 2010 at 05:57
singgang?..camne ye nak explain....ayam masak x guna kunyit cuma campur dgn bhn2 asas je cam garam n asam...
[Reply to comment]8 March 2010 at 07:54
nampak sodap...
[Reply to comment]9 March 2010 at 03:25
pemadampencil , ya... i faham.. makanan hanya campur bahan asas je.. garam dan ajinomoto..
[Reply to comment]9 March 2010 at 03:25
SyaMansor , sedap.. try buat sendiri. jgn buat meriam buluh dalah.
[Reply to comment]9 March 2010 at 06:02
raya lepas aku dah wat...ntah sapa malaun p campur kan dgn buluh lemang..jenuh mencari...sot urang tu...
[Reply to comment]9 March 2010 at 06:04
manuk pansuh mmg sedap..
[Reply to comment]Post a Comment