Kisah lelaki dirogol oleh sekumpulan wanita beramai - ramai. | The Best Weblog at Sarawak | www.pengeRindu.com Backup

Kisah lelaki dirogol oleh sekumpulan wanita beramai - ramai.

Labels: ,
Anda mempunyai Kisah yang ingin dikongsikan? Kirimkan kepada admin@pengerindu.com

Apa yang korang tengah fikirkan ? takkan fikiran dah melayang dan berimaginasikan bagaimana situasi seorang lelaki dirogol oleh wanita bukan 1 malah 3 wanita dalam 1 masa . :P Malah taktik sekumpulan wanita merogol lelaki berkenaan amatlah terancang .

HARARE - Seorang lelaki Zimbabwe mendakwa sekumpulan tiga wanita menculik, memberinya dadah sebelum merogolnya dalam kejadian serangan seks ke atas lelaki yang berlaku buat kali kelima dalam tempoh setahun, kata seorang jurucakap polis semalam.

Lelaki berumur 26 tahun itu memberitahu polis dia ditawarkan untuk menumpang kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan di bandar Bulawayo selatan Zimbabwe.

Namun, lelaki itu kemudian tidak sedarkan diri apabila tubuhnya ditolak ke belakang manakala kepalanya ditutup dengan pakaian semasa berada di dalam kenderaan tersebut.

Dia mendakwa tidak sedarkan diri selepas diberikan sejenis bahan yang rasanya seperti alkohol.

"Selepas dia terjaga, lelaki itu berada dalam keadaan bogel dan wanita-wanita itu merogolnya bergilir-gilir dan menderanya," kata jurucakap polis itu, Wayne Bvudzijena.

Lelaki itu memberitahu polis, dia tidak sedarkan diri selepas serangan itu tetapi kumpulan wanita tersebut kemudian bertindak meninggalkannya.

"Wanita-wanita itu mengambil wang sebanyak AS$300 (RM929.25) dan telefon bimbit," kata jurucakap polis tersebut.

Kejadian yang berlaku pada Jumaat itu merupakan serangan kali yang kelima dilaporkan pernah berlaku di beberapa tempat di negara ini melibatkan sekumpulan wanita pelbagai saiz badan.

"Ia mungkin satu kumpulan atau lebih yang melakukan kejadian itu. Dalam semua kes, si mangsa tidak sedarkan diri dan mereka diberikan dadah supaya berasa pening," kata jurucakap tersebut.

Serangan seks yang dilakukan oleh sekumpulan wanita ke atas seorang lelaki dilaporkan buat kali pertama pada November tahun lalu.

Menurut akhbar Herald, dalam serangan itu, tiga wanita menculik seorang lelaki berumur 18 tahun.

Pada Februari lalu, empat wanita memaksa seorang lelaki berumur 25 tahun untuk melakukan hubungan seks dengan mereka.

Bulan lalu, seorang lelaki berumur 44 tahun yang dipaksa memakai kondom menjadi mangsa rogol dua wanita.

Seramai tiga wanita turut merogol seorang lelaki berumur 30 tahun yang telah diberikan dadah.

Berdasarkan undang-undang Zimbabwe, dakwaan merogol hanya dikenakan terhadap lelaki. - AFP - Kosmo.com

Rasanya lelaki nak keluar jalan seseorang pun dah tak selamat lagi .



Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
Design Wonder
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
Wang Tsunami anda
7 comments:

wah..... si 'perogol' siap pasang kan condom.. lol

[Reply to comment]

hehe, lelaki dirogol? Sik masuk akal alu.. Mesti 'trauma' mangsa rogol kmpln wanita ea..

[Reply to comment]

@Joanna Kim.

apa yg lelaki boleh buat , wanita juga mampu.

[Reply to comment]

hahaha..terer betul perempuan nie..haha..siapa la yg jadi mangsana..kompem trauma! kah3.

[Reply to comment]

@Amir Izzat.

kalau akulah bro.. kompom Fobia dgn perempuan :P

[Reply to comment]

aku lebih rela dirogoll.. hahahaha

[Reply to comment]

Post a Comment

Feature Video :Discover Sarawak
  • Jadi Sebahagian daripada Kami dengan berkongsikan Isu Semasa, Kisah Seram atau apa sahaja ke admin@pengerindu.com
  • Langgan dan dapatkan Percuma "Ebook Kelas Belajar Forex"Sekarang:

    Masukkan Emel anda dibawah:

    Blogger Logo 1

    free subdomain
    Temubual Mr J & Radio F.Swk
    1: Temubual Pertama : Download - 4.1 MB
    Seen on TV
    1: Superimpose Gambar Nabil Cium-2010

    Link Exchange - Auto Backlink

      Click to Add our Banner for Exchange Link HERE

      Bloggers

      Backlink

      Free BacklinksPersonal Blogs Top Personal blogsMy Ping in TotalPing.comDisplay Pagerank Protected by Copyscape Originality Checker Creative Commons License Blogged.myBeliefs & Causes Blogs - Blog Catalog Blog Directory Fuyyoh Backlink, Free Backlink, Page RankFree Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Blog  DirectoryKedai Backlink,Backlink Percuma About IT

      Nuffnang