Kerja CC Part 14 : Makan Malam | The Best Weblog at Sarawak | www.pengeRindu.com Backup

Kerja CC Part 14 : Makan Malam

Labels:
Anda mempunyai Kisah yang ingin dikongsikan? Kirimkan kepada admin@pengerindu.com

Hakcipta terpelihara.
Milik sepenuhnya
www.pengerindu.com


Berikut adalah sedutan dari Part 13 : Carolyn
Tiba - tiba , " cak , enda puas datingkah? xkan xpuas kot sambung balik dalam YM ka?" sergah Eric dalam bahasa Iban mengusikku sambil mengatakan bahawa adakah aku masih tidak puas lagi dating dan sambung date dalam YM. " Cis , ko ni tak ada kerja lain, cubalah buat apa yang patut aaaa macam masak -masak ka, lipat baju ka " balasku . Nampaknya SMS aku masih tidak dibalas Alice. Atau mungkin Alice busy atau mungkin mengenai hadiah Teaddy Bear aku? atau mungkin aku ada membuat Alice tersinggung semasa date siang tadi ....

Kerja CC Part 14 : Makan Malam
"uarrrrrrrrrrrrrrgggggggggggg gantuk pula " bisik hatiku dan ku lihat Eric masih leka dengan permainan di laptop nya .

"Eric , uji nuan nyumai asi ke tua lapar mai ku" soalku menyuruh Eric masak nasi.

"ah.. lembau maiku nuan meh , lagik aku manduk lauk" balasnya dalam bahasa Iban yang bermaksud "malas sangat , awak masak lah nanti saya masak lauk pula".

"huh! yela2 ku kena masak ayam goreng ala Chicken Rice ok aku gi masak nasi , nanti bila ada buzz YM dari Alice ko bagitau aku ok ASAP" balasku.

Itulah kehidupan bujang , setiap aktiviti memasak mesti ada turn seperti mana aku dengan Eric , kalau aku masak nasi dia akan masak lauk . Lantas aku membuka peti sejuk dan melihat apa yang ada .

" emm, daging ayam ada , harap - harap lah Eric masak sedap - sedap" bisiku.

Aku lantas mengambil periuk dan memasukkan beras sebanyak dua gelas untuk makan malam nanti . Sedang aku membasuh beras tersebut aku teringat lagi peristiwa lucu saat bersama seorang yang pernah aku cintai ...

"buat apa ?, busy je . masak sedap -sedap tau " soalku kepada Carolyn .

"ala u ni, janganlah kacau orang perempuan buat kerja di dapur nanti masak semua tak kena tau ." balas Carolyn dengan manja.

"kan lebih indah dan romantik bila kita bersama - sama di dapur memasak , mengikut fakta 1/2 wanita lebih riang jika boyfriendnya membantu memasak di dapur" balasku dengan ntah apa fakta yang aku kletong.

"yerlah tu , dah lah b, u pergi lah main game k , i nak masak ni nanti kelaparan pula u." jawap carolyn.

" Jack!!!! , buah hati u Buzz Ym, nak i tolong reply takkkk!!" jerit Eric dari bilik.

"Alamak , beras belum basuh lagi nih, mengelamun pula.. , Eric tolong basuh beras ni pastu masak k " balasku sendiri.

Aku terus berlari kecil seumpama mengejar seekor rama - rama yang terbang rendah sambil dihiasi sebuah permandangan pelangi indah . Dan terus mendapatkan keyboard dan tidak sabar membuka YM .

" lerr , ini bukan buah hati lah, ini bekas buah sakit hati , Ericcc! " kataku kepada Eric selepas membuka YM dan ternyata itu bukanlah dari Alice seperti mana yang aku fikirkan dan ianya dari Carolyn.

"eleh , ko layan je , kalau tak nak ko kasi aku! hehehe " jerit Eric dari dapur sambil ketawa .

Aku sudah muak jika setiap kali membuka YM pasti Carolyn Online dan kekadang aku terpaksa invisible' kan status ku. Malas untuk menlayan karenah Carolyn di Alam maya aku terus Sign Out kan YM dan baru puas hati ku tanpa berlengah lagi aku terus ke dapur dan melihat Eric tengah potong Ayam dengan mengunakan Pisau pemotong yang tumpul , sudah jadi kebiasaan rumah bujang serba tak lengkap , jika kawan - kawan perempuan atau saudara - mara menziarahi kami berdua mesti ada sedikit sebanyak menyumbangkan ceramah free live di dapur bila waktu nak memaksa , mana tak nya, pisau ada satu je. pinggan ada 3 , sudu pula hehhee.. sudu pakai buang je ada tu pun bila pergi tapau nasi di kedai mamak .

"oi, ko pergi ambil bawang dan potong secukup , ambil garam letak dalam mangkuk agak - agak banyak jangan terlebih " arah Eric .

"Ok , Bos, apa nama Resepi Kali ini" gurauku kepada Eric.

"Resepi Ayam Negro Malas Bangun , hehehe" balas Eric.

Pelik - pelik resepi orang bujang ni , jangan tak percaya pernah satu kenalan kami datang menziarahi dan pernah memuji masakan Eric dan tidak kurang pula aku . "lelakiii lelakiii idup kitai sunyiii lelakii..." bunyi ringtone sms aku.

"Sorry , tadi sa tiada kerdit sa baru ja topup tadi and sekarang kat umah kawan ada assigment sikit nanti kalau sempat sa online ok . btw, i suka teddy bear yang u kasi tu . comill macam awak juga . mata nya sepet .. hehe.. i love it " sms daripada Alice.
Senangnya dalam hati bila dapat balasan sms daripada Alice dan tidaklah aku tertanya - tanya lagi samaada dia suka atau tidak hadiahku , dan yang paling best lagi dia kata aku comil macam teddy bear pula.

"Eric , Alice cakap aku comil macam teady bear , hehe jeles tak , cakap lah jeles" soalku kepada Eric .

"haaaa, setuju, ko comil macam teady bear sebab perut ko boroi macam bear juga sebab banyak minum beer" perli Eric.

Cit, kurang gula betul punya kawan , ada ke patut cakap aku boroi ? chubby ke senang sikit dengar . hehe. Tapi bila difikirkan balik untuk menempuh alam ayat - mengayat ini , bentuk badan merupakan satu kecantikan luaran yang mampu menarik perhatian ramai , seksi , sasa . Aku juga seperti manusia biasa dan menginginkan bentuk badan seperti Bastita ahli gusti . Akan masih menjalani perbentukkan badan atau dengan kata lain nya aku kena gemuk dahulu sebelum mendapatkan tubuh sasa seperti bastita bak kata Ahli - ahli gusti yang lain. Kalau kurus nanti Masooo bukan nya besar sangat. hehe.. , dan perempuan juga mengilhamkan mempunyai kaki yang cantik dan bertubuh kurus . Tapi jangan tidak tahu ramai lelaki sukakan wanita bertubuh berisi atau Chubby sekarang. Ikut taste.

"oi jacky, ayam ni dah dekat masak , ko pergi sediakan pinggan mangkuk , gelas dan air pasni baru lah ko boleh smslah , ymlah , bergayutlah" sapa Eric kepada aku .
"wah, bau pun sedap . memang pandai ko masak ayam nih, tak sia - sia lah ko serumah dengan aku hehe ." pujiku setakat ala kadar kepada Eric.

Apalagi ditunggu , nasi sudah dihidangkan dan aku dan Eric kelihatan seperti kucing yang kelaparan menerkam segala hidang yang ada didepan mata . Seperti 2hari tidak menjamah makanan , dan sekali sekala merasa masakan Eric apa salahnya .

"huih~ ! , Eric aku rasa ada satu yang tak kena dengan resepi ko kali ini , rasanya lain macam je , cuba ko rasa " soalku kepada Eric dan aku hampir mengeluarkan balik makanan yang telah ditelanku tadi , tapi apakah daya bila kelaparan ...

"yeke , erkk, kurang garam lah tadi i lupa nak masukkan garam sebab time masak tadi i teringatkan gf lama i masak.. uuhhu sadisnya " balas Eric sambil bangun mengambil garam.

" wasehmen, tak sangka ko ni kuat mengelamun pula , gf yang mana satu ? tak pernah pun nampak .... " gurauku + sedikit perli kat Eric.

To be Continue....

Sesiapa yang didapati mencetak dan menyebarkan siri e-Novel bungai Pengrindu atau www.pengerindu.com tanpa kebenarkan terlebih dahulu akan didakwa atas Akta Cetak Rompak dan Hak Persendirian.

Iklhas ,
Mr. J @ Bungai Pengrindu
www.pengerindu.com
1 comments:

haha. lawak lawak entry ko kali ini. pandai juga si eric mengelamun yer.. siapa pula gf dia?

[Reply to comment]

Post a Comment

Feature Video :Discover Sarawak
  • Jadi Sebahagian daripada Kami dengan berkongsikan Isu Semasa, Kisah Seram atau apa sahaja ke admin@pengerindu.com
  • Langgan dan dapatkan Percuma "Ebook Kelas Belajar Forex"Sekarang:

    Masukkan Emel anda dibawah:

    Blogger Logo 1

    free subdomain
    Temubual Mr J & Radio F.Swk
    1: Temubual Pertama : Download - 4.1 MB
    Seen on TV
    1: Superimpose Gambar Nabil Cium-2010

    Link Exchange - Auto Backlink

      Click to Add our Banner for Exchange Link HERE

      Bloggers

      Backlink

      Free BacklinksPersonal Blogs Top Personal blogsMy Ping in TotalPing.comDisplay Pagerank Protected by Copyscape Originality Checker Creative Commons License Blogged.myBeliefs & Causes Blogs - Blog Catalog Blog Directory Fuyyoh Backlink, Free Backlink, Page RankFree Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Blog  DirectoryKedai Backlink,Backlink Percuma About IT

      Nuffnang