Kita cakap pasal "Cinta Monyet" | The Best Weblog at Sarawak | www.pengeRindu.com Backup

Kita cakap pasal "Cinta Monyet"

Labels: ,
Anda mempunyai Kisah yang ingin dikongsikan? Kirimkan kepada admin@pengerindu.com

Apa itu cinta? korang tahu ke tak ? bagi Mr J cinta tu cinta hhehehehe dan kekadang ingat Cinta & Rangga dalam filem My Heart . Mr J mengenali cinta pada zaman waktu sekolah iaitu dalam darjah 4 fuyyoo.. darjah empat bayangkan (kecik - kecik dah pandai bercinta.

Masa tu Mr J terjebak ke kancah cinta monyet dan tidak melibatkan Monyet dan yang peliknya mengapa dipanggil "cinta monyet?" pelik bukan , entahlah nanti i akan try selidik kenapa dipanggil cinta monyet atau kemungkinan masa tu perangai Mr J suka sangat lepak atas pokok rambutan jiran i atau sebab - sebab tertentu. Eh terlebih pula cerita monyet nih~ :P .

Ingat tak atau pernah beli tak pen wangi , hehehe setiap kali ternampak pen wangi Mr J mesti akan gelak sendiri dah macam monyet lagi , yerlah teringat kisah cinta monyet dulu i tulis surat pakai pen wangi tak sampai seminggu pen wangi i pun kena curi lepas tu siasat punya siasat i dapat balik pen wangi tersebut selepas menyedari tulisan pen kawan i sebijik macam bau wangi pen i.

Ni satu lagi kes cinta monyet i dulu , lepas tulis surat kalau tak ada spray minyak wangi jadinya kena batalkan hantar surat cinta lerr , nak tak nak seludup sedikit minyak wangi kakak, ayah atau emak ambik sedikit spray kat surat , kalau yang bertuah dapat lah bedak wangi dalam surat.hehehe..

Yang bestnya pula setiap Cinta Monyet i melibatkan para posmen secara tidak langsung iaitu selalunya rakan - rakan si perempuan tersebut. Yang lebih pop ye ye pula dengan secara teknik perisik i dengan berjayanya memasukkan surat ke dalam beg perempuan untuk dijadikan kekasih cinta monyetku yang bestnye adalah bila surat aku berjaya dan dibalas . pweeee~~

Dan Cinta Monyet ku hanya bertahan beberapa bulan .. kerana si dia bertukar ke sekolah rendah yang lain.... amacam sedih tak..

Dan bagi sesiapa yang ingin mengamalkan teknik Cinta Monyet dan mengimbau kembali waktu kegemilangan zaman sekolah anda perlu memiliki:

  • Pen Wangi
  • Bedak atau spray wangi
  • Posmen (dikalangan rakan - rakan wanita tersebut)
  • Boleh menyanyikan lagu rindu - serindunya Spoon atau lagu lama Amy Mastura dan yang boleh fasih bercakap English boleh menyanyikan lagu BackStreetBoy.
  • Cincin daripada hadiah percuma yang dibekalkan dalam keropok Mamee atau sebagainya.


* aku masih ingat sidia walaupun cinta monyet

Salam ceria ,
Mr. J
www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.


Link Adv RM10 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
14 comments:

Mr J , satu lagi nak tambah, best juga teringat masa zaman cinta monyet , bersunat pun belum dah pandai mengayat. hahaha. Ingat lagi aku perengan akhir tulis surat cinta masa tu , " pen merah pen biru , u marah i love u " and "ada ubi ada batas , ada hari harap dibalas' . zaman cinta monyet kita diterap amalan berpantun hahaha..


Ikmal,

[Reply to comment]

bwahaha..lawak arr jiki..woo tedah..cinta monyet jiki dulu wew...kakaka

[Reply to comment]

hehe
cari balik lah si dia bro!
jejak kasih gitew~~~
barulah vogue! ha2!

[Reply to comment]

Chekgu_kumanG , Pen merah Pen biru . hahaha.. ok oK. akan aku usahakan. jangan dah jadi Bini org sudah laer..

[Reply to comment]

Wilder , manede lawak, serius nih~ T_T. 1st lap.

[Reply to comment]

ussualy kan, pantunnya mcm ini:
pecah kaca pecah gelas.
lepas baca harap dibalas!
hahaha~~~

[Reply to comment]

Chekgu_kumanG , haha mesti itu ayat penutup surat cinta monyet awak kan. heuhehuehue

[Reply to comment]

ekekeke..hish duai ya...bc pengalaman amai adel n jiki tok..ekekekek...aku nadai cinta monyet..puppy love jak ku bc

[Reply to comment]

eb jumper lik cinter monyet.... tergelak2... wa ha ha... lawak giler la... camner lah boleh terjebak gak nih... hu3

[Reply to comment]

hehe..dlm bnyak ar..cnta monyet pling kelakar!!

[Reply to comment]

missiesya , mesti banyak cinta cinta monyet nih~

[Reply to comment]

Ada lagi satu best.
Pecah kaca pecah tong, lepas baca harap gantung! kah3.. lawak tul

~Yang paling takleh blah awek kena kebas ngan posmen~ isk3

[Reply to comment]

love make me pain

[Reply to comment]

Post a Comment

Feature Video :Discover Sarawak
  • Jadi Sebahagian daripada Kami dengan berkongsikan Isu Semasa, Kisah Seram atau apa sahaja ke admin@pengerindu.com
  • Langgan dan dapatkan Percuma "Ebook Kelas Belajar Forex"Sekarang:

    Masukkan Emel anda dibawah:

    Blogger Logo 1

    free subdomain
    Temubual Mr J & Radio F.Swk
    1: Temubual Pertama : Download - 4.1 MB
    Seen on TV
    1: Superimpose Gambar Nabil Cium-2010

    Link Exchange - Auto Backlink

      Click to Add our Banner for Exchange Link HERE

      Bloggers

      Backlink

      Free BacklinksPersonal Blogs Top Personal blogsMy Ping in TotalPing.comDisplay Pagerank Protected by Copyscape Originality Checker Creative Commons License Blogged.myBeliefs & Causes Blogs - Blog Catalog Blog Directory Fuyyoh Backlink, Free Backlink, Page RankFree Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Blog  DirectoryKedai Backlink,Backlink Percuma About IT

      Nuffnang