Salam semua para pembaca sentia pengeRindu , kali ini Mr J nak ceritakan sedikit kejadian pelik yang menimpa Mr J beberapa tahun yang lepas di Seremban Negeri Sembilan . [ Lokasi Perumahan dirahsiakan ].
Kisah ini cukup meremangkan bulu anda sekiranya anda berada di pihak Mr J , segalanya bermula apabila Mr J menyewa sebuah rumah yang dilengkapi dengan kemudahan perabot asas dan juga 3 bilik tidur .
Hari pertama bermalam di rumah yang baru disewa sungguh nyenyak sekali , malam keadaan dingin dan sungguh selesa sekali. Itu hanyalah Malam yang pertama , apabila bangun dari tidur Mr J terus sahaja mencapai penyapu dan mula menyapu bilik dan sekitar ruang tamu .
Memang cukup banyak habuk , ialah sebab pindah pun tak sempat cuci rumah jadi ditunda untuk hari kedua . Aku merunggut kerana banyak sekai habuk lebih - lebih lagi di tempat yang tersorok , tiba - tiba aku mulai berasa pelik kerana aku menjumpai beberapa helai rambut yang cukup panjang dan aku buat tak tahu kerana kemungkinan itu adalah helaian rambut penyewa lama ataupun tuan rumah lama.
Siang hari kedua tanpa apa - apa syawasangka.
Malam menjelma..
Aku tidur lewat kerana keasyikan bermain Command & Conquer Tribinum Sun. Jam menunjukkan pada lebih kurang 11 malam dan aku mula mengantuk dan terus tidur.. tiada apa yang terjadi segala seperti malam pertama.
Pagi keesokkanya..
Aku mengemas bilikku sekali lagi dan kali ini aku menjumpai beberapa helaian rambut yang panjang sekali lagi iaitu di sekitar belakang pintu bilik dan penjuru ruang tamu. Aku kembali tertanya - tanya dan mula berasa seram , siapakah empunya helaian rambut tersebut sedangkan rumah baru sahaja dikemas semalam.
Hari Ketiga..
Rakan - rakan serumah aku mulai masuk iaitu menjadikan penghuni rumah sebanyak 3 orang termasuklah Mr J. Aku tidak menceritakan mengenai perkara tersebut dan aku buat - buat tidak tahu.. hari pun menjelma malam...
Hari Keempat..
Aku bangun agak lewak lagi dan ku lihat rakanku sedang sibuk mengemas dan menyapu biliknya ... dia bertanya " J ko ada bawa perempuankah beberapa hari lepas?" soalnya , " eh , mana ada ... " balasku kebingungan. " ini rambut siapa panjang - panjang nih?" tanyanya , " ntah lah " balasku kembali.
Kejadian Rambut tersebut masih menghantui Mr J serta rakan Mr J selama setahun di rumah tersebut tetapi kami rahsiakan dan buat - buat tidak tahu . Setiap malam dan pagi keesokkan mesti akan menjumpa beberapa helai rambut yang panjang.
Bila difikirkan kembali sehingga sekarang Mr J masih lagi memikirkan perkara tersebut biarpun tidak mendiami rumah tersebut. Nasib baik kerana tiada ganguan yang terlampau daripada pemilik rambut tersebut. Selama setahun kami hidup bersama ..... misteri ...
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
25 October 2010 at 06:07
hoho..
[Reply to comment]rambut sape ye..
25 October 2010 at 06:19
Huhuuuu.. Yg pasti bukan rambut sy.. Heee.. :D
[Reply to comment]25 October 2010 at 06:22
ada hantu rocker kot kat situ hehe,,
[Reply to comment]25 October 2010 at 07:06
isk3....bahanyer!
[Reply to comment]26 October 2010 at 07:26
@saya_arief.
[Reply to comment]rambut kak suir kok.
26 October 2010 at 07:27
@Fathiha Zainal.
[Reply to comment]hehe.. rasa2nya rambut awak kot..
26 October 2010 at 07:27
@Adha.
[Reply to comment]John Lenon.
26 October 2010 at 07:29
@Keyrill Eduardo Willeyhem.
[Reply to comment]seram...
28 October 2010 at 07:46
rambut penyapu la, balik2 putus..
[Reply to comment]30 October 2010 at 04:08
haishh, habis apa komen rakan anda?? selain helaian rambut itu, ada lagi perkara2 aneh yg lainnya?
[Reply to comment]30 October 2010 at 12:03
@FIFIEY LYCHEE MARATION.
[Reply to comment]Perkara aneh tak pernah ada.. cuma seram sejuk dgn rambut tu je.
Post a Comment