Ketua Menteri Pertama Sarawak : Datuk Stephen Kalong Ningkan
03:32Biodata

Politik
Ketua Menteri Sarawak
Bonus:
Rakyat Sabah & Sarawak kini Bangkit! 300,000 Tandatangan diperlukan.
19:27

Dokumen Perjalanan Terhad
Tujuan
Tujuan Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dari Semenanjung bagi tujuan perjalanan keluar/masuk dan tinggal sementara di Sabah dan Sarawak bagi tempoh melebihi 3 bulan.
Tempoh Sah laku
Lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh dilanjutkan selama 5 tahun lagi. http://www.imi.gov.my/
Malaysia telah ditubuhkan atas nama "empat buah negara" (NEGARA) pada mulanya iaitu, Malaya (Tanah Melayu), Sabah (North Borneo), Sarawak dan Singapura. Namun atas sebab-sebab tertentu pada pertimbangan dan rasional Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sendiri sahaja yang tahu kerana ketika itu beliau berada di London pada tahun 1965.
Ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di London, beliau telah mengeluarkan Singapura dari gabungan Malaysia. Justeru, selepas Singapura dikeluarkan dari Malaysia, maka sah Malaysia hanya tinggal tiga buah negara sahaja lagi iaitu Malaya, Sabah dan Sarawak.Jadi tidak Mustahilah Jika anda dari Tanah Malaya ( semenangjung Malayasia ) yang ke Sarawak perlu menyimpan satu slip daripada imigresen (seolah - olah passport) .
Bonus:
Lastik Burung dahulu dan sekarang dan kini "Angry Bird".
21:28

Bonus:
Revolusi Telefon Bimbit Dulu hingga Sekarang
19:54Telefon Bimbit tidak asing lagi bagi kita sekarang , bahkan murid - murid sekolah rendah juga mampu memiliki sebuah telefon bimbit. Tidak seperti zaman Mr J dahulu bukannya kenal sangat handphone yang Mr J kenal dulu handphone ciptaan sendiri iaitu " telefon Tin sardin yang disambung dengan tali" . Sebelum ketibaan Telefon Bimbit , Mr J adalah pengumpul "Kad phone" tau tak apa itu kad phone ? Kad telefon selalunya ada bernilai RM10 sehinggalah ke Rm100 , kad ini kita guna kat telefon awam dan kalau nak bergayut tak payah bawa banyak siling yang penting ada kad ini. Zaman bawa siling sampai 1 plastik pun Mr J sempat sampaikan bawa kerusi duduk bawah telefon awam .
Telefon Bimbit (botol air):
Kenapa Mr J memanggil telefon tersebut dengan jolokan " telefon bimbit Botol Air' ? , yerlah kalau kemana - mana mesrti nampak telefon tersebut disangkut di tali pinggang dan saiznya agak besar kalau sesiapa yang memiliki telefon ini boleh dikatakan seorang Taukey balak terutamanya di Sarawak dan kalau ditempat lain mungkin seorang businessman dan harganya lebih kurang seribu ke 3 ribu lebih dan line dia juga kuat , kalau tak silap Mr J nombor paling popular dahulu adalah 010 , 011 , 018 sebelum wujubnya syarikat lain seperti celcom , hotlink , digi dan lain - lain.
Cik Nokia , Minah Sagem , Mat Motorola dan Abg Ericson :
Tidak lama selepas itu wujudlah telefon bimbit jenis separa besar lebih kurang berukuran 8cm dan tebal dalam2 1/2 cm senang cerita telefon bimbit jenis Nokia 3310 , ha , kalau nak tahu dulu harga dia dalam lingkungan Rm 450 , boleh dikatakan agak mahal , Mr J masih ingat handphone pertama Mr J adalah Sagem masa tu tingkatan 4 kerdit kosong selalu memanjang je yerlah masa tu topup kerdit bukannya ada Rm10 paling kurang pun cuma Rm30 - RM50 dan "network" pertama Mr J pakai adalah TM Touch , dulu sms bukannya murah macam sekarang sekali sms lebih kurang 30sen , sekarang 1sen je sms (kalau macamtu ada tak alasan nak cakap dengan awek kerdit habis?) .
Telefon Bimbit ber ‘ringtone’ mono dan infrared”:
Selepas bosan dengan bunyi ringtone biasa macam Nokia 3310 tidak lama juga selepas itu timbul lagi jenis – jenis handphone yang bunyi nada dering mono’ dan juga skrin yang ada warna tapi taklah clear sangat warnanya. Kalau untuk infrared dulu Mr J main lawan ular dengan kawan .
Telefon Bimbit “Mp3, MMS , belutuf / bluetooth :
Hah, yang kes ni agak lucu sedikit , dulu Mr J ada juga terikut – ikut MMS ini dan pernah juga hantar gambar kat ruangan berkenalan kat Majalah Kreko , korang tau ke majalah Kreko? Kalau tak tahu Tanya Pak Cik google. Mula – mula Mr J tak reti pakai MMS dan bluetooth ini ada satu ketika Mr J ambik gambar dan lepas tu ada ke patut hantar MMS kat kawan Mr J bukannya jauh sangat sebelah je sebab Mr J tak tahu apa guna belutuf , nak pindah gambar ke hp kawan sampai habis kerdit gara – gara tak tahu guna belutuf . Lepas tu barulah terfikir menyesal tak guna belutuf .
Telefon Bimbit “ internet , 3G" :
2 tahun yang lepas Mr J pakai Nokia N70 , bukan main lagi Mr J ber “3G” dengan kawan masa tu 3G belum ada pakej lagi masih mahal lepas tu on YM dalam handphone dan download game , buka friendster , myspace dan lain – lain lepas tu sambung handphone ke PC untuk update antivirus tapi kerdit pun laju gak mengalir . Tapi keburukkan 3G adalah bila Mr J nak klentong Awek susah juga nak cakap kat umah tengok kat luar isk susah susah , tapi N70 Mr J tinggal kenangan selepas rumah Mr J di Serdang ada kes kecurian , Hp , dompet hilang kena curi.
Dan Telefon Bimbit Mr J sekarang:
Sekarang Mr J pakai handphone yang simple , adik beradik kepada Nokia 3310 senang tak banyak aplikasi Cuma sms dan jawap panggilan sahaja dah 5 kali masuk dalam longkang 4 kali jatuh dari tingkat 3 tapi masih power lagi berbaloi – baloi , kalau pakai yang canggih – canggih rasanya tak dapat lawan telefon lama seperti Nokia 3310 kalau tak percaya cuba rendam Handphone y’all dalam air selama 5minit kita tengok dapat hidup lagi atau tidak? ..
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Senarai Pemimpin atau Ketua Negeri Sarawak - The History of Three White Rajah Sarawak .
18:25Untuk Info anda sekiranya ketiadaan James Brooke kemungkinan Sarawak adalah sebuah Negeri di dalam KeSultanan Brunei. Itu hanyalah ramalan dan bukan fakta.
Sir James Brooke pada tahun 1838 - 11 Jun 1868.
Brooke mengembara ke Burma bersama-sama dengan sepasukan askar Syarika
t Hindia Timur Inggeris pada tahun 1825. Dia tercedera dan dihantar kembali ke England untuk dirawat. Pada tahun 1830, dia kembali ke Madras tetapi telah terlewat untuk dihantar berperang.Dia mencuba untuk berdagang di Timur Jauh tetapi tidak begitu berjaya. Pada tahun 1835, ayahnya meninggal dunia dan meninggalkan harta berjumlah £30,000, di mana dia menggunakan duit itu untuk membeli sebuah kapal bernama the Royalist. Selepas belayar ke Borneo pada tahun 1838, dia tiba di Kuching pada bulan Ogos tahun yang sama di mana dia mendapati perkampungan itu menghadapi pemberontakan kaum Dayak menentang Kesultanan Brunei. Dia membantu Sultan Brunei menghadapi ancaman itu dan diberi gelaran Raja Putih Sarawak dengan mengugut Sultan Brunei.
James Brooke kemudiannya membuat segala macam persiapan bagi mengukuhkan kedudukannya di Sarawak seperti mengubah corak pentadbiran dan sebagainya. Brooke kembali ke England apabila dia dilantik menjadi gabenor dan komander Labuan dan menjadi Konsul Jeneral British di Borneo.
Brooke menjadi tumpuan selepas kntroversi mengenai dirinya timbul. Selepas satu penyiasatan dijalankan Brooke didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan tersebut. namun demikian perkara ini menghantui Brooke.

Dia memerintah Sarawak sehinggalah kematiannya pada tahun 1868, selepas tiga kali serangan strok dalam tempoh 10 tahun. Dia diganti oleh anak saudaranya iaitu Charles Brooke untuk menjadi Raja Putih kedua Sarawak.
Charles Anthoni Johnson 3 Ogos 1868 - 17 Mei 1917.
Charles Anthoni Johnson (3 Jun 1829 - 17 Mei 1917), kemudiannya dikenali sebagai Charles Brooke memerintah Sarawak sebagai Raja Putih kedua dari 3 Ogos 1868 hingga dia meninggal dunia. Dia menggantikan pakciknya, James Brooke sebagai raja.
Charles Brooke dilahirkan di Somerset, England dan merupakan anak kepada Francis Charles dan Emma Frances Johnson (adik James Brooke).

Francis dan Emma mempunyai beberapa anak yang lain iaitu Kapten John Brooke Johnson-Brooke (lebih tua daripada Charles), Kapten William Frederic Johnson, Henry Stuart Johnson Brooke, Mary Anna, Harriet Helena, dan Emma (semuanya lebih muda daripada Charles).
Memandangkan James Brooke tidak mempunyai sebarang anak, dia melantik anak saudaranya sebagai raja. Pada tahun 1861, dia menamakan Kapten John Brooke Johnson-Brooke, anak adiknya yang paling tua sebagai penggantinya. Dua tahun kemudian semasa Kapten John berada di England, James menggugurkan dan menegah Kapten John daripada menjadi raja dan memasuki Sarawak disebabkan Kapten John mengkritiknya. Pada tahun 1865, James Brooke menamakan Charles sebagai penggantinya.
Charles kemudiannya menukarkan namanya menjadi Charles Brooke dan menjadi Residen Lundu pada tahun 1852. Pada 28 Oktober 1869 dia mengahwini Margaret Alice Lili de Windt.
Charles menyambung kembali segala macam perkara yang pakciknya usahakan seperti menghalang lanun, memansuhkan penghambaan dan melarang aktiviti pemburuan kepala oleh kaum-kaum di Sarawak. Selepas kematiannya kerajaan British telah membenarkan Sarawak membina parlimen dan laluan kereta api dan terjumpanya telaga minyak.
Charles Brooke digantikan oleh anaknya Charles Vyner Brooke selepas kematiannya.
Sir Charles Vyner deWindt Brooke Rajah Putih Ketiga dan Terakhir - 24 Mei 1917-1 Julai 1946
Sir Charles Vyner deWindt Brooke (30 September 1874 – 9 Mei 1963) ialah Raja Putih ketiga dan terakhir Sarawak.
Brooke menghabiskan masa mudanya didalam perkhidmatan awam Sarawak sebelum belayar ke England dan berjumpa dan seterusnya mengahwini Sylvia Brett anak kepada Lord Esher pada 21 Februari 1911 dan kemudiannya kembali ke Sarawak bersama-sama dengannya.
Selepas kematian Raja Putih kedua Sarawak, Charles Brooke, Brooke kemudiannya ditabalkan sebagai Raja Putih Sarawak ketiga pada 24 Mei 1917. Perkembangan Sarawak semasa pemerintahan awal Brooke menyaksikan Sarawak menjadi antara maju kerana pengeluaran getah dan minyak mentah. Hal ini membolehkan Brooke memodenkan institusi-institusi di Sarawak termasuklah perkhidmatan awamnya.

Dasar Brooke menjadikannya popular apabila ada antara dasar tersebut seperti pengharaman mubaligh Kristian disukai ramai. Namun demikian Sarawak menjadi serangan tentera Jepun pada 25 Disember 1941. Brooke melarikan diri bersama-sama keluarganya ke Sydney, Australia di mana dia berada di situ sehinggalah tamatnya peperangan.
Brooke kembali ke Sarawak pada 15 April 1946 dan kembali menjadi raja sehinggalah pada 1 Julai 1946 apabila Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Hal ini menyebabkan berakhirnya pemerintahan raja putih di Sarawak.
Itu sahaja yang dapat Mr J kongsikan dan sejarah tidak dapat diubah tetapi mungkin sejarah dapat dirahsiakan ?..
Sumber rujukkan : wikipedia.com , The Esoteric Curiosa , google search
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Naga hanyalah Mitos atau cerita Dongeng . Bukti Naga Sebenar - Gambar .
09:07Tapi kali ini Mr J ada membuat sedikit bedah siasat (Tapi boleh terima ke?) , terpulang kepada anda semua untuk membuat penilaian .
Sebenarnya Naga adalah Zirafah kalau tak percaya mari dengar sedikit cerita daripada Mr J ;
Pada zaman Dinasti - dinasti Cina seorang perdagang Eropah telah membawa seekor Zirafah untuk dipersembahkan ataupun sebagai hadiah persahabatan. Zirafah tersebut telah dimuatkan kedalam satu kotak tetapi tidak dapat menyembunyikan sepenuhnya badan haiwan tersebut , maka satu lubang ditebuk di kotak untuk membolehkan Zirafah mengeluarkan kepalanya .

Adakah anda setuju dengan Mr J ?
Maka sehingga sekarang imaginasi Naga telah diubah - ubah mengikut musim tertentu dan yang pasti Zirafah buat taik Naga pula dapat nama.
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Kerjasama Pakistan - Amerika berjaya. Ketua Al - Qaida @ Qaeda Osama Bin Laden berjaya dibunuh.
23:13Allahyarham dibunuh di Pakistan dalam serangan pada Ahad.
Bekas Presiden Bill Clinton pula menggelarkan perkara itu sebagai "sangat penting, bukan untuk keluarga mangsa serangan 11 September dan serangan lain al_qaeda, tetapi untuk seluruh dunia yang mahu bersama-sama membina masa depan yang aman, bebas dan sesuai untuk anak-anak."Obama mengucapkan terima kasih kepada kerjasama Presiden Pakistan Asif Ali Zardari dan pihak berkuasa keselamatan Pakistan yang "membawa kami kepada bin Laden".Rakyat Amerika kini mula berkumpul depan Rumah Putih sambil mengebarkan bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan Amerika Syarikat.
Antaranya, deliau dilaporkan sebagai pihak di belakang serangan 11 September ke atas negara kuasa besar dunia itu. Malaysiakini.com
Image : Google.
WASHINGTON – Osama bin Laden, the glowering mastermind behind the Sept. 11, 2001, terror attacks that killed thousands of Americans, was slain in a firefight Sunday with U.S. forces in Pakistan, ending a manhunt that spanned a frustrating decade.
"Justice has been done," President Barack Obama said in a dramatic late-night announcement at the White House. Yahoo News
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Sejarah - Tragedi " Double Six " .
06:40Stephens, dari Papar dan Tambunan, yang juga dikenali sebagai Hoguan Siou (Pemimpin Agung) kaum Kadazan-Dusun, suku kaum bumiputera terbesar di Sabah (45 peratus penduduk Sabah), ialah seorang Bapa Kemerdekaan Sabah.
Allahyarham telah menjadi Ketua Menteri Sabah pertama dari tahun 1963 ke 1964 dan Yang Dipertua Negeri Sabah ketiga dari tahun 1973 ke 1975. Stephens ialah Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama dari kaum Kadazan-Dusun.
Allahyarham adalah ayahanda kepada bekas pengarang majalah Men’s Review Faridah Jean Stephens dan usahawan Asgaari James Stephens dan Affendi Richard Stephens (seorang pemilik syarikat Astro TV).
Allahyarham juga adalah “sifu” politik kepada Ketua Menteri Sabah keenam Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan yang kini bergelar Timbalan Ketua Menteri Sabah. Kitingan adalah pemegang gelaran Hoguan Siou selepas kematian Stephens.
Stephens adalah bekas pemilik bangunan terkenal di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, Wisma Cosway, yang asalnya digelar Wisma Stephens.
Allahyarham juga adalah wartawan pertama di Sabah dan pengasas surat khabar The Sabah Times (kini The New Sabah Times).
Stephens juga adalah kawan karib wartawan Korea-Amerika terkenal Jimmy Hahn, ayahanda kepada wartawan CNN Lorraine Hahn (yang berketurunan Korea, Cina dan Thai dari Pulau Pinang).
Turut terkorban dalam nahas ngeri itu ialah:
Menteri Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Peter Mojuntin iaitu ayahanda kepada Ahli Parlimen Penampang Datuk Donald Mojuntin [dari Penampang];
Menteri Perhubungan Dan Kerja Raya Sabah Datuk Chong Thian Vun [dari Sandakan];
Menteri Kewangan Sabah Datuk Salleh Sulong [dari Kota Belud];
Pembantu Menteri Kepada Timbalan Ketua Menteri Darius Binion [dari Penampang];
Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah Wahid Peter Andu [dari Penampang];
Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Syed Hussein Wafa [Kadazan-Dusun dan Kedayan dari Penampang];
Setiausaha Sulit bekas Presiden Petronas dan bekas Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan [dari Kota Baru, Kelantan];
Pengawal peribadi Stephens, Korporal Mohamad Said [dari Penampang];
Juruterbang pesawat Kapten Gandhi J. Nathan [dari Kuala Lumpur];
Anak angkat Stephens, Johari John Stephens.
Kitingan yang pada masa itu bertugas sebagai Pembantu Ketua Menteri hampir menaiki pesawat yang malang itu tetapi disuruh menukar pesawat oleh Stephens.
Tengku Razaleigh juga hampir menaiki pesawat itu tetapi telah dibawa ke dalam pesawat lain oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Harris Salleh, yang akhirnya menggantikan Stephens sebagai Ketua Menteri Sabah kelima.
[Harris, ketua kaum Kedayan dari Labuan adalah “sifu” politik kepada Ketua Menteri Sabah ke-13 Datuk Seri Musa Aman Khan. Musa adalah saudara kepada isteri Harris Datin Seri Rubiah Khan yang berketurunan Kadazan-Dusun dan Kedayan dari Beaufort]
Pesawat yang hanya boleh memuatkan 6 orang anak kapal itu terhempas berdekatan dengan Kampung Air Sembulan yang berhampiran Masjid Negeri Sabah dan Lapangan Terbang Kota Kinabalu (2 km dari tempat nahas).
[Kampung Air Sembulan kini telah dibangunkan semula sebagai kawasan perumahan moden]
Pasukan penyelamat dari polis, tentera dan bomba, mendapati bahawa mayat kesemua mangsa telah hancur. Kecuali Mojuntin yang hanya cedera di belakang kepala.
Pesawat itu telah bertolak dari Lapangan Terbang Labuan pada pukul 3.30 petang menuju ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Pemimpin-pemimpin negeri Sabah pada masa itu sedang menyambut Tengku Razaleigh yang melakukan lawatan rasmi ke Sabah. Lawatan itu bermula di Labuan.
Pada awal pagi sebelum kejadian, Stephens telah menyertai pertandingan berjalan kaki di Kota Kinabalu. Allahyarham kemudian menaiki pesawat ke Labuan pada jam 10 pagi.
Pada pukul 3.30 petang, dua pesawat Sabah Air bersedia membawa rombongan Stephens dan Razaleigh pulang ke Kota Kinabalu.
Razaleigh dan Kitingan dijadualkan menaiki pesawat yang sama dengan Stephens tetapi Stephens telah mengarahkan Kitingan bertukar tempat dengan Mojuntin yang dijadualkan mengiringi Harris dalam pesawat yang kedua.
Harris telah membawa Kitingan dan Razaleigh ke dalam pesawat yang kedua, dengan persetujuan Stephens.
Stephens telah dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negeri Sabah. Allahyarham menjadi Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama dikebumikan di masjid itu.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Toh Puan Rahimah June Stephens dari Sandakan, dan 3 orang anak iaitu Affendi, Asgaari dan Faridah.
Kerajaan Malaysia telah menamakan beberapa jalan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, jalan pasar Kota Kinabalu, dan kompleks kerajaan di Karamunsing, Kota Kinabalu, sempena Allahyarham.
Kerajaan negeri Sabah pimpinan Harris telah mengarahkan pembinaan tugu peringatan Double Six di tempat nahas pada akhir tahun 1976.
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Kisah Lagenda dan lirik lagu Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang .
06:25Daripada episod kisah harmoni sehingga ke cetusan rasa tidak puas hati dan pergaduhan yang mengakibatkan kehilangan Nyawa.. sungguh tragis kisah Lagenda Gunung santubong seperti mana yang diceritakan dalam Lirik Lagu Gunung santubong.
Memandangkan dalam pelarian 9 orang “Putera & Puteri” ini ingin menuju ke Tanah Melayu yang terpaksa menyeberangi Laut Cina Selatan, maka saudara-saudara lelaki mereka telah sepakat meninggalkan 2 orang saudara perempuan mereka di satu kawasan dekat dengan Kuching kini, iaitu di Bukit Santubong.
Orang-orang Sarawak (Dayak) yang selalu ke kawasan bukit tersebut merasa hairan dengan kehadiran 2 puteri cantik yang belum pernah ditemui mereka, dan menganggap kedua-dua puteri itu “Turun Dari Kayangan” dan merupakan “Penjaga Gunung Sarawak” (yang muncul dalam lirik lagu Puteri Santubong).
Kedua dua puteri ini pada mulanya hidup aman tetapi lama kelamaan menjadi musuh kerana masing masing mempertahankan kecantikan mereka dan mengaku mereka paling cantik di dunia. Kerana bergaduh, seorang daripada mereka telah berpindah ke sebuah bukit lain diberi nama Bukit Sejenjang.
Perbalahan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya membawa kepada kematian apabila kedua duanya saling berbunuhan antara satu sama lain. Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.
Lirik lagu Puteri Santubong Puteri Sejenjang :
Oh……
Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.
Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.
Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.
Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.
Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.
Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.
Sumber : PesonaBatik.com
disunting dan diedit oleh : pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Ibrahim Pendek atau Ibrahim Bin Hassan merupakan Pelakon Melayu Pertama Berlakon di Hollywood .
05:00Tidak hanya pernah bergandingan dengan Arwah Pelakon Terkenal iaitu P.Ramle dan juga A. R Topel dan banyak lagi . Tetapi kerana keistimewaannya telah membawa sinar bintang yang bergitu besar sekali dalam sejarah perfileman Melayu ( Itupun kalau Orang tahu ).
Sewaktu berlakon dalam filem Ali baba Bujang Lapok, pihak Universal International, Hollywood yang mengadakan lawatan ke Studio Jalan Ampas telah tertarik dengan lakonan beliau dalam filem tersebut. Dari saat itulah pihak Universal International telah menghantar surat tawaran kepadanya untuk berlakon sebagai pembantu seorang doktor dalam filem keluaran Hollywood itu.
Bermula detik indah itulah beliau telah mencatat sejarah agung perfileman Melayu kerana beliau adalah pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood bersama Rock Hudson dan Gene Rowlands dalam filem The Spiral Road pada tahun 1962. Selepas mencatat sejarah berlakon dalam filem tersebut, beliau telah ditawarkan sekali lagi oleh pihak Hollywood untuk terus berlakon dalam filem-filem keluarannya tetapi hajat beliau tidak kesampaian untuk meneruskan kerjaya beliau disana kerana pihak pemerintah pada ketika itu tidak meluluskan Visa beliau. sumber
Salam ceria ,Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Sarawak Goverment Dolar Paper Money Collection .
04:41Dan disini Mr J ingin memaparkan sebilangan duit kertas lama Dolar of Goverment Sarawak pada ketika itu .








Sedikit sebanyak mengenai Sarawak daripada wikipedia dibawah:
Sir James Brooke (29 April 1803 - 11 Jun 1868) dilahirkan di Coombe Groove berhampiran Bath, England dan merupakan Raja Putih Sarawak yang pertama.
Brooke mengembara ke Burma bersama-sama dengan sepasukan askar Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1825. Dia tercedera dan dihantar kembali ke England untuk dirawat. Pada tahun 1830, dia kembali ke Madras tetapi telah terlewat untuk dihantar berperang.
Dia mencuba untuk berdagang di Timur Jauh tetapi tidak begitu berjaya. Pada tahun 1835, ayahnya meninggal dunia dan meninggalkan harta berjumlah £30,000, di mana dia menggunakan duit itu untuk membeli sebuah kapal bernama the Royalist. Selepas belayar ke Borneo pada tahun 1838, dia tiba di Kuching pada bulan Ogos tahun yang sama di mana dia mendapati perkampungan itu menghadapi pemberontakan kaum Dayak menentang Kesultanan Brunei. Dia membantu Sultan Brunei menghadapi ancaman itu dan diberi gelaran Raja Putih Sarawak dengan mengugut Sultan Brunei.
James Brooke kemudiannya membuat segala macam persiapan bagi mengukuhkan kedudukannya di Sarawak seperti mengubah corak pentadbiran dan sebagainya. Brooke kembali ke England apabila dia dilantik menjadi gabenor dan komander Labuan dan menjadi Konsul Jeneral British di Borneo.
Brooke menjadi tumpuan selepas kntroversi mengenai dirinya timbul. Selepas satu penyiasatan dijalankan Brooke didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan tersebut. namun demikian perkara ini menghantui Brooke.
Dia memerintah Sarawak sehinggalah kematiannya pada tahun 1868, selepas tiga kali serangan strok dalam tempoh 10 tahun. Dia diganti oleh anak saudaranya iaitu Charles Brooke untuk menjadi Raja Putih kedua Sarawak.
Salam ceria ,Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.






