Ketua Menteri Pertama Sarawak : Datuk Stephen Kalong Ningkan | The Best Weblog at Sarawak | www.pengeRindu.com Backup

Ketua Menteri Pertama Sarawak : Datuk Stephen Kalong Ningkan

Anda mempunyai Kisah yang ingin dikongsikan? Kirimkan kepada admin@pengerindu.com

Ramai anak muda Sarawak sendiri tidak tahu atau tidak mengenali Siapakah Ketua Menteri Sarawak yang pertama , disini pengeRindu Media Network kongsikan sedikit artikel yang diambil daripada wikipedia untuk sejarah Sarawak.

Ketua Menteri Pertama Sarawak

Datuk Stephen Kalong Ningkan (1920-1997) merupakan Ketua Menteri Sarawak yang pertama (22 Julai 1963- September 1966) selepas pembentukan negara Malaysia pada 19 September 1963. Beliau menang besar dalam Pilihan raya 1962 dan membolehkannya dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak pertama. Pada tahun 1963, jajahan-jajahan Britain di Asia Tenggara iaitu Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu bergabung untuk membentuk Malaysia.

Biodata

Beliau lahir pada Ogos 1922 di Betong , Bahagian kedua - Simanggang, Sarawak.Beliau berketurunan Iban dan Cina dan boleh berbahasa Cina. Belajar hanya di Sekolah St Augustine dan bekerja sebagai atendan Hospital Syarikat Shell di Kuala Belait, Brunei untuk beberapa tahun. Kepimpinannya menyerlah apabila menjadi pengerusi Kelab Dayak Shell ketika bekerja di sana. Beliau menjadi pengasas / pengerusi Persatuan Dayak Sarawak dari 1958-1960.

Politik

Beliau kembali ke Betong dan menubuhkan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada 10 April 1961 di Betong. Stephen Kalong menjadi setiausaha agung. Tokoh pengasas lain ialah T.S. Tinker (Pengerusi), Edward Howell, Edwin Howell, Ivory Kedit, Mathew Dana Ujai, David Lawrence Usit, Nyipa Julin and Lionel Bediman anak Ketit.

Bagaimanapun Stephen Kalong menolak cadangan Tunku Abdul Rahman untuk gabungan Sabah ,Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Beliau mempunyai pengaruh yang kuat di Sarawak terutama peribumi Dayak. Pilihan raya 1962 diadakan dan SNAP menang banyak kerusi dan beliau dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak. Beliau juga memainkan peranan penting untuk membentuk Perikatan Sarawak dan menyandang jawatan Setiausaha Agung.

Ketua Menteri Sarawak

Gelora politik Bumi Kenyalang semakin kuat sejak 1963 lagi.Lee Kuan Yew dari Singapura cuba bergabung dengan Sabah dan Sarawak. Pada 9 Ogos 1965 Singapura dikeluarkan dari Malaysia untuk mengurangkan majoriti kaum Cina di Malaysia Sabah dan Sarawak mungkin ingin turut keluar dari Malaysia .Mahkamah memutuskan perlucutan jawatan Ketua Menteri Sarawak bergantung kepada sama ada beliau mewakili perwakilan majoriti di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Akhirnya mahkamah memutuskan Stephen Kalong Ningkan hilang majoriti dan populariti. Stephen Kalong Ningkan merujuk Gabenor Sarawak (sebelum diubah kepada Yang diPertua Negeri Sarawak) ke mahkamah kerana tidak setuju dengan Gabenor Mahkamah menyebelahi beliau dan beliau dilantik semula sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Dalam kes tersebut, bukti sokongan hanya diberikan dalam bentuk surat, tetapi ia tidak ditandatangan oleh kesemua yang namanya tertera dalam daftar diberikan. Malah salah seorang yang dikatakan menandatangani surat, hanyalah dalam bentuk cop.

Tidak puas hati dengan keputusan mahkamah, beberapa pemimpin PESAKA,BARJASA dan PANAS pergi ke Kuala Lumpur dan mendesak pemimpin Persekutuan mengadakan persidangan Parlimen agar Perlembagaan Sarawak diubah.

Pemimpin tersebut ialah Thomas Kana (Setiausaha Agung Pesaka), Temenggong Jugah (Presiden), Sidi Munan (Setiausaha Jugah) dan Alfred Mason (Setiausaha peribadi Jugah).

SNAP menuduh mereka telah digunakan oleh Rahman dan Taib Mahmud bagi menjatuhkan Ningkan. Dengan itu bolehlah darurat diisytiharkan di Sarawak.

Gabenor mengirim surat kepada Stephen Kalong Ningkan supaya mengundurkan diri dan jika masih tidak mengundurkan diri, maka beliau dianggap meletakkan jawatan secara automatik.

Pada 14 September 1966, Yang di-Pertuan Agong , Malaysia menyisytiharkan darurat di Sarawak demi keselamatan dan kesejahteraan negeri. Stephen Kalong Ningkan merujuk kesnya ke Privy Council di London iaitu mahkamah terakhir untuk dirujuk ketika itu.

Datuk Penghulu, Tawi Sli dari Simanggang , bekas paderi / pastor dan guru dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak dan menyelamatkan Sarawak dari krisis politik. Seterusnya Syed Kechik dihantar untuk melemahkan Stephen Kalong Ningkan - SNAP di Sarawak dan melemahkan Fuad Donald Stephen - UPKO di Sabah pada 1967.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
0 comments:

Post a Comment

Feature Video :Discover Sarawak
  • Jadi Sebahagian daripada Kami dengan berkongsikan Isu Semasa, Kisah Seram atau apa sahaja ke admin@pengerindu.com
  • Langgan dan dapatkan Percuma "Ebook Kelas Belajar Forex"Sekarang:

    Masukkan Emel anda dibawah:

    Blogger Logo 1

    free subdomain
    Temubual Mr J & Radio F.Swk
    1: Temubual Pertama : Download - 4.1 MB
    Seen on TV
    1: Superimpose Gambar Nabil Cium-2010

    Link Exchange - Auto Backlink

      Click to Add our Banner for Exchange Link HERE

      Bloggers

      Backlink

      Free BacklinksPersonal Blogs Top Personal blogsMy Ping in TotalPing.comDisplay Pagerank Protected by Copyscape Originality Checker Creative Commons License Blogged.myBeliefs & Causes Blogs - Blog Catalog Blog Directory Fuyyoh Backlink, Free Backlink, Page RankFree Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Blog  DirectoryKedai Backlink,Backlink Percuma About IT

      Nuffnang