www.pengeRindu.com Backup

Showing posts with label malaysia. Show all posts

PANAS: Artis Penyanyi Hip Hop Malaysia ditahan atas tuduhan merogol anak tirinya.

23:39
KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam.

Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.


Gambar Hiasan

Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu.


“Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam.

Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain.

Nampaknya semua media masih lagi bermain dengan teka - teki siapakah gerangan artis tersebut , dia adalah penyanyi hip hop yang popular . Apa-apapun teruskan bersama pengeRindu Media Network kerana sebentar lagi Teka - Teki tersebut akan dibongkar.
Ada sesetengah Media Maya mendakwan penyanyi tersebut adalah Salah seorang angota kumpulan Shades yang pernah popular dengan lagu "Jangan diucap selamat tinggal" . Sumber http://che-armad.blogspot.com/2012/02/isu-panasss-maklumat-lengkap-siapa.html

Namun selepas banyak media dilayari ada juga klu - klu terkini tetapi masih belum disahihkan dan tidak akan disiarkan disini sehingga betul - betul "terbukti" .


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 0 comments

Gambar Bogel Pelakon Melia Aimelia tersebar, Bukti Pada Cincin?

02:50
Melia Aimelia adalah Pelakon kepada Filem Karipap - karipap Cinta dan bagi sesiapa yang pernah menonton lakonan Melia tentu anda mengenalinya.

Terkini Melia Aimelia iaitu artis yang baru di dalam perfileman Malaysia telah mengejutkan Ramai pihak mengenai Sebaran Video yang seakan - akan miripnya.

Melia Aimelia dengan lantang menafikannya walaubagaimanapun para - para bloggers mencari kesahihan sendiri dengan meneliti setiap video berserta gambar - gambar Melia Aimelia yang ada dalam Facebook dan juga carian Internet.


Video berdurasi 30 saat milik Melia Aimelia berkeadaan bogel berkemungkinan mahu ditujukan kepada teman lelakinya. Walaubagaimanapun, masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak Melia mengenai perkara ini.



Persoalanya sekarang adalah persamaan Cincin yang digunakan oleh Melia Aimelia seakan - akan sama pada "Melia" yang satu lagi.

Adalah ini juga satu kebetulan? Anda sendiri menilaikannya.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 0 comments

Isteri KM Sarawak Puan Sri Ragad Waleed Al Kurdi yang "agak seksi" di Maulidur Rasul.

20:14
Bagai Pucuk dicita Ulam mendatang , gambar dibawah adalah gambar kiriman seseorang ke alamat email kami iaitu Info@pengerindu.com .

Menurut pengirim yang enggan dikenali , gambar tersebut adalah semasa perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Serawak . Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud bersama dengan Isteri barunya iaitu Puan Sri Ragad Waleed Al Kurdi .


Tahulah cuaca dikepulauan Sarawak agak panas sedikit dan yang menjadi perbualan panas diantara laman - laman blog , facebook serta twitter adalah Pakaian Isteri Ketua Menteri Saraawak iaitu Puan Sri Ragad Waleed Al Kurdi ( susah sangat nak sebut , berbelit lidah den ) agak keterlaluan .

*lebih santai jika pakai baju singlet.

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 0 comments

Video : Pekerja KFC Senyum lebar kepada Pelangan.Parody Video.

21:23
Kini Video susulan mengenai kejadian pekerja KFC memukul pelangan tempoh hari mendapat liputan yang sangat meluas di pelbagai Media tak kira TV mahupun blog - blog. Kini bergitu banyak versi Video kejadian tersebut tetapi pengeRindu Media Network lebih berminat dengan perkhidmatan oleh pekerja KFC yang ini.

Senyuman yang dilemparkan cukup membuatkan para pengujung KFC berasa tenang dan menjamu selera dengan aman tanpa ada 'pergaduhan' .





Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 0 comments

Taktik Pencuri Wanita masukkan Barang Celah Kangkang kian popular.

19:33
Mencuri , pelbagai taktik mencuri dipraktikkan semenjak awal peradapan manusia dari dahulu lagi kini Wanita bertudung labuh dan berbaju Melayu mengambil kesempatan dengan mencuri pelbagai barangan dengan menyembunyikan hasil curian tersebut di celah kangkang mereka .

Taktik ini juga berlaku di seluruh dunia dimana sebuah bakul kain akan direka khas dan dipakaikan seperti seluar dan disematkan di celah kangkang bah umpama bakul kangaro .


Kejadian ini juga berlaku di Malaysia dimana sebuah pasaraya didatangi oleh sepasang Suami Isteri yang mencuri Serbuk dan Tin Susu . Adakah ini punca daripada kemeningkatan taraf hidup serta barangan semakin naik ? Jika ya, kerajaan haruslah menangani segera. pengeRindu Media Network percaya pasangan ini terpaksa mencuri susu hanya untuk anak mereka atas kesempitan hidup yang dialami dan mereka bukannya mencuri wang atau emas.

Anda semua renung - renungkanlah kisah ini dah rakaman CCTV dibawah.


Kesempitan hidup boleh membuatkan individu tersebut bakal melakukan pelbagai benda yang berkemungkinan "agak" salah .


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 0 comments

Download Filem: Bujang Telajak 2012 .

00:51
Bujang Terlajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura). Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional.

Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan.


Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal). Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya.

Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain

Part 1: http://adf.ly/5Mz2g
Part 2: http://adf.ly/5Mz6p
Part 3: http://adf.ly/5MzBI
Part 4: http://adf.ly/5MzEr



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 0 comments

Ketua Menteri Pertama Sarawak : Datuk Stephen Kalong Ningkan

03:32
Ramai anak muda Sarawak sendiri tidak tahu atau tidak mengenali Siapakah Ketua Menteri Sarawak yang pertama , disini pengeRindu Media Network kongsikan sedikit artikel yang diambil daripada wikipedia untuk sejarah Sarawak.

Ketua Menteri Pertama Sarawak

Datuk Stephen Kalong Ningkan (1920-1997) merupakan Ketua Menteri Sarawak yang pertama (22 Julai 1963- September 1966) selepas pembentukan negara Malaysia pada 19 September 1963. Beliau menang besar dalam Pilihan raya 1962 dan membolehkannya dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak pertama. Pada tahun 1963, jajahan-jajahan Britain di Asia Tenggara iaitu Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu bergabung untuk membentuk Malaysia.

Biodata

Beliau lahir pada Ogos 1922 di Betong , Bahagian kedua - Simanggang, Sarawak.Beliau berketurunan Iban dan Cina dan boleh berbahasa Cina. Belajar hanya di Sekolah St Augustine dan bekerja sebagai atendan Hospital Syarikat Shell di Kuala Belait, Brunei untuk beberapa tahun. Kepimpinannya menyerlah apabila menjadi pengerusi Kelab Dayak Shell ketika bekerja di sana. Beliau menjadi pengasas / pengerusi Persatuan Dayak Sarawak dari 1958-1960.

Politik

Beliau kembali ke Betong dan menubuhkan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada 10 April 1961 di Betong. Stephen Kalong menjadi setiausaha agung. Tokoh pengasas lain ialah T.S. Tinker (Pengerusi), Edward Howell, Edwin Howell, Ivory Kedit, Mathew Dana Ujai, David Lawrence Usit, Nyipa Julin and Lionel Bediman anak Ketit.

Bagaimanapun Stephen Kalong menolak cadangan Tunku Abdul Rahman untuk gabungan Sabah ,Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Beliau mempunyai pengaruh yang kuat di Sarawak terutama peribumi Dayak. Pilihan raya 1962 diadakan dan SNAP menang banyak kerusi dan beliau dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak. Beliau juga memainkan peranan penting untuk membentuk Perikatan Sarawak dan menyandang jawatan Setiausaha Agung.

Ketua Menteri Sarawak

Gelora politik Bumi Kenyalang semakin kuat sejak 1963 lagi.Lee Kuan Yew dari Singapura cuba bergabung dengan Sabah dan Sarawak. Pada 9 Ogos 1965 Singapura dikeluarkan dari Malaysia untuk mengurangkan majoriti kaum Cina di Malaysia Sabah dan Sarawak mungkin ingin turut keluar dari Malaysia .Mahkamah memutuskan perlucutan jawatan Ketua Menteri Sarawak bergantung kepada sama ada beliau mewakili perwakilan majoriti di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Akhirnya mahkamah memutuskan Stephen Kalong Ningkan hilang majoriti dan populariti. Stephen Kalong Ningkan merujuk Gabenor Sarawak (sebelum diubah kepada Yang diPertua Negeri Sarawak) ke mahkamah kerana tidak setuju dengan Gabenor Mahkamah menyebelahi beliau dan beliau dilantik semula sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Dalam kes tersebut, bukti sokongan hanya diberikan dalam bentuk surat, tetapi ia tidak ditandatangan oleh kesemua yang namanya tertera dalam daftar diberikan. Malah salah seorang yang dikatakan menandatangani surat, hanyalah dalam bentuk cop.

Tidak puas hati dengan keputusan mahkamah, beberapa pemimpin PESAKA,BARJASA dan PANAS pergi ke Kuala Lumpur dan mendesak pemimpin Persekutuan mengadakan persidangan Parlimen agar Perlembagaan Sarawak diubah.

Pemimpin tersebut ialah Thomas Kana (Setiausaha Agung Pesaka), Temenggong Jugah (Presiden), Sidi Munan (Setiausaha Jugah) dan Alfred Mason (Setiausaha peribadi Jugah).

SNAP menuduh mereka telah digunakan oleh Rahman dan Taib Mahmud bagi menjatuhkan Ningkan. Dengan itu bolehlah darurat diisytiharkan di Sarawak.

Gabenor mengirim surat kepada Stephen Kalong Ningkan supaya mengundurkan diri dan jika masih tidak mengundurkan diri, maka beliau dianggap meletakkan jawatan secara automatik.

Pada 14 September 1966, Yang di-Pertuan Agong , Malaysia menyisytiharkan darurat di Sarawak demi keselamatan dan kesejahteraan negeri. Stephen Kalong Ningkan merujuk kesnya ke Privy Council di London iaitu mahkamah terakhir untuk dirujuk ketika itu.

Datuk Penghulu, Tawi Sli dari Simanggang , bekas paderi / pastor dan guru dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak dan menyelamatkan Sarawak dari krisis politik. Seterusnya Syed Kechik dihantar untuk melemahkan Stephen Kalong Ningkan - SNAP di Sarawak dan melemahkan Fuad Donald Stephen - UPKO di Sabah pada 1967.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 0 comments

Video Terbaru Pekerja KFC Malaysia menumbuk Pelangan.

17:41
Kerja di bahagian "Fastfood" amatlah memenatkan dan juga boleh membuatkan emosi terngangu bila berhadapan dengan pelbagai karenah pelangan . Mr J juga pernah berkarier sebagai pekerja di salah sebuah makanan segera suatu ketika dahulu dan Mr J sendiri pun pernah menghadapi situasi dimana rasanya bagaikan hendak "melenyekkan" sahaja kepala pelangan tetapi Mr J tetap akur dengan "perjanjian" iaitu " Customer is always right".




Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 0 comments

Keputusan Liga Super 2012 : Perak vs Sarawak . 8/2/2012 .

03:51
Sarawak kini bertandang ke tempat lawan iaitu Stadium Perak untuk menentang pasukan Perak , setakat ini Perak menduduki tempat ketiga di carta liga manakala Sarawak pula Tangga kesepuluh .

Sarawak memerlukan kemenangan malam ini bagi mendapatkan kedudukan yang selesa. Tapi sebelum itu mari kita dengankan Lagu daripada Kumpulan Amuk iaitu Ngap Sayot!.

Keputusan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

PERAK 2 vs 1 SARAWAK




Keputusan Kedudukan Liga Super 2012 : dikemaskini.





Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 0 comments

Rakyat Sabah & Sarawak kini Bangkit! 300,000 Tandatangan diperlukan.

19:27
Kerajaan ataupun Pakatan Rakyat kini bakal ditentang oleh Kumpulan yang menamakan diri Mereka "SSKM" iaitu Sabah Sarawak Keluar Malaysia , mereka terdiri daripada anak - anak muda Sabah dan Sarawak dan mempunyai pelbagai profesion dan ada diantara mereka adalah peguam , aktivis yang kebanyakkan bermaustatin di Luar Negara.

Kumpulan SSKM bergerak Aktif di dalam Facebook dengan mempunyai ahli seramai 8,000 lebih dan Facebook Groups mereka adalah "private" dan hanya yang betul - betul memahami matlamat sebenar SSKM akan dibenarkan masuk terlebih dahulu keahlian akan ditapis bagi mengelakkan "Talam dua muka".


Sidang perjumpaan dibuat bersama ahli - ahli demi mengeratkan lagi serta memberi banyak kesedaran kenapa perlunya keputusan "Keluar" daripada Malaysia dibentuk. Sebabnya adalah Perjanjian yang dimeterai oleh Tanah Malaya suatu membentuk Malaysia dengan Negara Sabah dan Sarawak iaitu Perkara 18/20 tidak dipatuhi malah Sabah dan Sarawak terus ditindas .

Tetapi tidak lagi kini dan ramai golongan intelektual tinggi Sabah dan Sarawak semakin sedar tentang penindasan "bangsa" dan "Negara" mereka .

Sesuatu bakal berlaku tetapi tidak sekarang atau esok kemungkinan dalam 5 tahun akan datang, suara mereka "SSKM" akan mendapat liputan meluas suatu hari nanti . Kini langkah pertama SSKM adalah mengumpul sebanyak mungkin tandatangan Online yang mengatakan sokongan mengenai Tindakan Keluar daripada Malaysia : http://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights.html .


Pengagihan Sumber yang berat sebelah .

Sabah dan Sarawak sememangnya Kaya dengan sumber alam dan juga minyak tetapi kenapa sejak kebelakangan ini semakin ramai anak muda rakyat Sabah & Sarawak semakin banyak berhirjah ke Negara lain seperti Singapura , Brunei dan ada juga dikalangan yang berkerja di luar Negara atas taraf hidup yang susah di Sabah dan Sarawak .

GoPetition

Hal ini terbukti apabila "Survey Lisan" yang dijalankan telah mendapat jawapan yang amat mengejutkan dimana perbezaan gaji di Sabah dan Sarawak amatlah ketara sangat perbezaan lingkungan RM300 . Jika gaji Kerani di Semenangjung adalah lingkungan permulaan adalah RM900-RM1200 manakala di Sarawak serta Sabah adalah dalam lingkungan RM600-RM900 .


Apa yang diharapkan oleh Negara Sabah dan Sarawak sewaktu bersama Negara Singapura bergabung dengan Tanah Malaya adalah setiap Gabungan Negara yang membentuk "Malaysia" akan disamatarafkan dan juga perjanjian perlu dipatuhi .

Dokumen Perjalanan Terhad

Tujuan

Tujuan Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dari Semenanjung bagi tujuan perjalanan keluar/masuk dan tinggal sementara di Sabah dan Sarawak bagi tempoh melebihi 3 bulan.

Tempoh Sah laku

Lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh dilanjutkan selama 5 tahun lagi. http://www.imi.gov.my/
Malaysia telah ditubuhkan atas nama "empat buah negara" (NEGARA) pada mulanya iaitu, Malaya (Tanah Melayu), Sabah (North Borneo), Sarawak dan Singapura. Namun atas sebab-sebab tertentu pada pertimbangan dan rasional Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sendiri sahaja yang tahu kerana ketika itu beliau berada di London pada tahun 1965.
Ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di London, beliau telah mengeluarkan Singapura dari gabungan Malaysia. Justeru, selepas Singapura dikeluarkan dari Malaysia, maka sah Malaysia hanya tinggal tiga buah negara sahaja lagi iaitu Malaya, Sabah dan Sarawak.
Jadi tidak Mustahilah Jika anda dari Tanah Malaya ( semenangjung Malayasia ) yang ke Sarawak perlu menyimpan satu slip daripada imigresen (seolah - olah passport) .

Perjanjian Perkara 18/20 Sabah , Sarawak dan Tanah Malaya untuk
Pembentukan Malaysia.



Dibawah adalah Petikan yang menarik daripada Malaysia Cronicle.

Bom jangkamasa Sabah dan Sarawak

Situasi yang mungkin adalah Sabah dan Sarawak yang berpotensi untuk meninggalkan Persekutuan Malaysia dalam lima hingga lima belas tahun lagi.

Tanda-tandanya sudah ada dan Putrajaya sedang berkerja keras untuk menunda dan mengelaknya. Ia dijangka berlaku kerana orang bukan Islam daripada keturunan Dusun termasuk Kadazan dan Murut dan komuniti Dayak juga tidak dibenarkan menjadi Ketua Menteri di negeri-negeri ini.

Putrajaya juga seakan-akan menutup mata kepada kebanjiran warga asing secara haram di kedua-dua negeri itu yang masuk untuk menjadi pengundi.

Kerusi Singapura di ambil begitu juga dengan minyak

Dengan keluarnya Singapura, Malaya telah mengambil 15 kerusi dalam Parlimennya dan ia tidak diberi kepada Sabah dan Sarawak.Apa yang dipersetujui pada 1963 adalah Malaya akan mempunyai kurang daripada 2/3 daripada kerusi dalam Parlimen demi memastikan wilayah lain dalam persekutuan – Sabah, Sarawak, Brunei akan mempunyai kuasa veto.Hari ini, Malaya mempunyai lebih daripada 2/3 daripada kerusi dalam Parlimen- 165 vs 57 termasuk Labuan berbanding Sabah dan Sarawak.

Inilah sebabnya mengapa agak lemah alasan untuk Sabah dan Sarawak untuk terus berada dalam Persekutuan Malaysia.Semua ini juga akan menjadi lebih getir sekiranya debat mengenai royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak dibuka semula.Perjanjian yang berat sebelah pada 1976 menyaksikan kerajaan Persekutuan dan Petronas , syarikat minyak negara memberi hanya 5% daripada royalti minyak dan gas daripada telaga minyak untuk kawasan persisiran laut. Sedikit daripadanya sudah kering atau semakin mengering.

Tiada pula yang diperolehi daripada telaga minyak yang berada di laut dalam.Disebabkan ini juga, Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun ini telah menjadi antara negeri termiskin di Malaysia.

Sekiranya dikaji balik kini, 5% royalti itu tetap tidak bermakna sekiranya telaga di laut dalam tidak termasuk dalam pengiraan.Sekiranya juga pengkajian semula royalti minyak dibuat, ia harus dilakukan mengambilkira dari tahun 1976 semasa penipuan itu berlaku. Kadar faedah juga harus dibayar begitu juga dengan 8% berkanun setahun serta dikompaun setiap tahun.

Berapa lama mereka boleh senyapkan Sabah dan Sarawak

Ini adalah situasi di mana Kerajaan Persekutuan yang ditadbir UMNO tidak akan menerima walau sejuta tahun sekalipun kerana kekayaan itu telahpun ditelan mereka sejak 1976 lagi ataupun disimpan untuk kegunaan hari esok mereka dan generasi mereka.Malaysia akan menjadi bankrap sekiranya Sabah dan Sarawak menuntut hak mereka ke atas isu royalti minyak. Ia bukanlah bermaksud jalan buntu untuk mereka.

Contohnya adalah seperti Timor Leste, Acheh dan Sudan Selatan- isu yang berlarutan mengenai Darfur dan Kordofan Selatan- semuanya adalah mengenai minyak. Sejarah membuktikan bahawa undang-undang antarabangsa akan berpihak kepada Sabah dan Sarawak. Timor Leste dan Sudan Selatan menjadi bebas melalui campur tangan Majlis Keselamatan PBB sementara Acheh mendapat autonomi.

Isu ini masih lagi dalam proses penyelesaian di Darfur dan Kordofan Selatan.Adalah tidak benar bahawa hanya negeri yang boleh membuat permohonan kepada Majlis Keselamatan PBB. Mana-mana parti juga boleh melakukannya seperti yang dibuat oleh parti pembangkang Syria yang sekarang dalam perbincangan di Majlis itu.

Hanya masa yang menentukan bila Sabah dan Sarawak akan membawa isu royalti minyak mereka kepada Majlis Keselamatan PBB. Putrajaya tidak harus terus bergantung kepada Sabah dan Sarawak selamanya.

Sekarang anda faham mengapa Taib Mahmud dan Musa Aman sangat berkuasa.

Sebab hasil yang mungkin adalah Sabah dan Sarawak akan keluar daripada Malaysia. Hanya kebebasan daripada Malaysia yang akan membawa Sabah dan Sarawak kepada nasib sebenar mereka di komuniti antarabangsa.

Maka tidak hairanlah Ketua Menteri Sarawak seperti Taib Mahmud dan Sabah seperti Musa Aman telah dibiarkan untuk terus merompak negeri mereka walaupun banyak laporan dibuat dan juga beserta bukti rasuah termasuk mencuri tanah, pembalakan dan merogol wanita peribumi oleh pekerja syarikat-syarikat kroni mereka.

Tanpa mereka untuk mengawal kemaraan orang Sarawak dan Sabah, kedua-dua negeri itu berkemungkinan sudah lama keluar daripada Malaysia akibat dibuli UMNO. Petikan daripada Malaysia Chronicle.



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 4 comments

Terkini : Parlimen bakal dibubarkan dalam Minggu depan atau sebelum April 2013?

18:32
MAKLUMAT terkini yang diperolehi daripada laman facebook Exco Kerajaan Kelantan, Haji Husam Musa, memaklumkan bahawa parlimen Malaysia akan dibubarkan pada minggu hadapan.

Namun ternyata kenyataan berkenaan meleset dan hanya khabar angin palsu semata. Hari ini Datuk Seri Najib Razak menolak khabar angin bahawa Parlimen akan dibubarkan minggu depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13. Perdana Menteri berkata, pilihanraya boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan sebelum April 2013.

Khabar angin berhubung pembubaran Parlimen didakwa selepas Thaipusam iaitu, Selasa depan.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 0 comments

Updated! : Laporan Polis dibuat. Kisah yang masih lagi belum dipastikan : Nur Juhalisa Rosli Menghina atau menjadi Mangsa Hinaan Fitnah?

19:44
Hari ini Isu panas muncul di Twitter & Facebook lagi iaitu tentang "penghinaan orang Sabah & Sarawak" . Twitter tersebut menggunakan nama @Lisa_Rosli93 yang kini telah ditutup . Mengikut risikan Mr J Nama Mangsa yang digunakan adalah Nur Juhalisa Rosli dan gambar di akaun twitter pun mengunakan gambar sebenar Nur Juhalisa Rosli.

Jangan cepat membuat andaian sekiranya ini berlaku . Jadi Mr J membuat perisikan sendiri berbekalkan pengalaman lampau.

Screen Capture di atas yang dikatakan mengunakan Nama Individu lain untuk tujuan mengaibkan Individu sebenar yang bernama Nur Juhalisa Rosli.

Mengikut Firasat Mr J , 80% Individu yang bernama Nur Juhalisa Rosli ini telah menjadi mangsa kepada hinaan ini dan kemungkinan yang membuat onar ini adalah seseorang yang beliau kenali di sekolah atau di kawasan sekitarnya. Tidak mudah untuk seseorang itu membuat statement yang berbaur lucahan di wall public Twitter .


Berikut Akaun Twitter & Facebook yang mengaku dirinya adalah yang sebenar bernama Nur Juhalisa Rosli.

Menurut akaun twitter yang ber-id @wildblood_ dia memberitahu bahawa akaun @Lisa_Rosli93 telah mengunakan gambarnya untuk mengaibkan dirinya dengan mencemuh rakyat - rakyat Sabah dan Sarawak .

Mr J terperasan mengenai satu blog pun diwujudkan dengan beralamat di : http://juhalisapukirosli.blogspot.com/2012/01/ini-kisah-benar.html

Menurut pemerhatian Mr J mengenai Blog tersebut seolah - olah yang membuat blog itu mengenali Nur Juhali Rosli dan menurut kandungan blog itu , pemilik blog tersebut kiranya adalah orang yang satu sekolah . Kesimpulannya ini adalah kes budak sekolah "cemburu" .

Gambar diatas adalah Screen capture daripada Facebook Nur Juhali Rosli , boleh kah anda percaya? Tetapi buat masa sekarang jangan buat apa-apa andaian lagi .

Mr J pun cuba untuk mendapatkan kepastian dan gambar diatas pula adalah perbualan yang baru sahaja berlaku diantara akaun Twitter @pengerindu Mr J .

Kesimpulan dalam kes ini adalah adakah si pemilik blog yang mengenali Nur Juhali Rosli yang beralamat di juhalisapukirosli.blogspot.com dengan mengunakan perkataan kesat tersebut terbabit dalam Kes ini? .

Andai ya, ini kemungkinan Kes Budak Sekolah yang cemburu antara satu sama lain dan mengunakan akaun twiter palsu sebagai senjata untuk memburuk dan mengaibkan orang lain. Kenapa libatkan Sabah & Sarawak ? itu masih lagi dalam persoalan. Sekian Laporan daripada Mr J bagi pengeRindu Media Network.

TERKINI : Masih menunggu Salinan "scan/gambar" Laporan Polis yang dibuat oleh Nur Juhali Rosli yang sebenar .


Mr J masih menunggu salinan Laporan Polis yang Cik Nur Juhali Rosli, jika ya maka yang membuat akaun palsu haruslah diadili .

Terkini : 2.45PM 2/2/2012 Mr J menerima Salinan Laporan Polis :



Klik Pada gambar untuk kejelasan.

Akhirnya semua telah selesai bagi Pihak pengeRindu Media Network dan Mr J telah meneliti Salinan Laporan Polis tersebut dan ternyata ianya Asli . Dan sekarang biar pihak polis yang uruskan. Sekian .

Terkini : 6:20pm 2/2/2012 : Blog itu telah dipadamkan. juhalisapukirosli.blogspot.com .



Jangan Lupa dapatkan T-Shirt Rasmi untuk tahun 2012 !

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 1 comments

Saksikan Live Online Anugerah Juara Lagu ke-26 Sekarang.

04:15
Saksikan Anugerah Juara Lagu yang ke - 26 di Live Online TV Streamming daripada TV3. Lagu yang Mr J dijangkakan Menang malam ini adalah Lagu daripada Kumpulan Wanita Seluruh Dunia daripada Projek Pistol di bawah ini adalah Lagu - Lagu yang akan bertanding adalah:

Lagu yang bertanding :
  • Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
  • Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
  • Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
  • Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
  • Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
  • Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
  • Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
  • Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
  • Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  • Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  • Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
  • Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
Untuk menonton Live Streamming TV daripada TV3 anda boleh terus layari di :


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 0 comments

Keputusan Sarawak vs Negeri Sembilan, 28/1/2012

18:01
Pada perlawanan yang lepas Skuad Bujang Senang iaitu Sarawak berjaya mengikat Selangor dengan Seri kosong sama pada 21/1/2012 dan ini adalah satu pertanda bahawa Pasukan Bolasepak Sarawak bukanlah boleh dipandang rendah seperti dahulu dan kini Mereka lebih bangkit setelah beberapa tahun berehat atas pelbagai masalah dalaman .

Malam ini adalah umpama penentuan untuk skuad Sarawak untuk lebih berada di dalam liga dengan harapan memperolehi mata yang berharga .


Sekuel Keputusan Sarawak yang lepas :

28-01-2012 Sarawak 2 - 2 Negeri Sembilan

Gol N.Sembilan dijaringkan Ahmad Shakir Md Ali pada minit ke-21 dan Muhammad Shukor Adan (min-81) sementara gol Sarawak dijaringkan Guy Bwele (penalti min-50) dan Zamri Morshidi (min-83). -

21-01-2012 Selangor 0 - 0 Sarawak
17-01-2012 Sarawak 0 - 1 Terengganu
14-01-2012 Sabah 2 - 1 Sarawak
10-01-2012 Sarawak 2 - 0 Kuala Lumpur


28 Jan 2012
Sarawak lwn. Negeri Sembilan
Stadium Kuching 20:15



Read On 2 comments

Mesin ATM digodam Wang Tunai RM388,000 Lesap.

17:24
Tertarik dengan berita yang disiarkan di Harian Metro hari ini iaitu Mesin ATM digodam tanpa meninggalkan kesan rompakan , rompakan dilakukan pada 4 Januari lalu dan hanya dikesan pada awal pagi ini iaitu setelah 20 lebih hari berlaku.

Mengikut firasat Mr J , kemungkinan kes rompakan ini dilakukan oleh orang dalam mahupun rakan si suspek ini kerana hanya individu tertentu sahaja yang memegang kod rahsia ATM tersebut.

Wah, ini sudah macam dalam filem , rompakan telah 20 hari berlalu dan kini kemungkinan si perompak & the geng telah keluar daripada Malaysia .

Berikut adalah berita penuh:

KUALA LUMPUR: Dengan kepakaran dimiliki, dua penjenayah menyapu bersih wang tunai berjumlah RM388,000 dalam mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Taman Connaught, Cheras, di sini, tanpa meninggalkan kesan rompakan.

Kedua-dua penjenayah licik yang memakai seragam pekerja syarikat kawalan keselamatan untuk mengelirukan orang ramai di stesen minyak itu dipercayai memiliki kemahiran tinggi yang membolehkan mereka memecahkan kod rahsia untuk menyelongkar mesin ATM berkenaan.

Kelicikan dan kepakaran mereka menyebabkan kehilangan wang tunai di mesin ATM itu hanya disedari jam 2.30 petang kelmarin dan pemeriksaan pada kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati rompakan dipercayai dilakukan pada 4 Januari lalu.

Sumber polis berkata, kejadian disedari selepas petugas syarikat kawalan keselamatan memeriksa mesin ATM berkenaan sebelum memaklumkannya kepada pihak bank dan laporan kehilangan wang dibuat di Balai Polis Cheras.

“Petugas syarikat kawalan keselamatan berkenaan terkejut apabila mendapati semua wang di dalam mesin ATM itu hilang sedangkan tiada sedikitpun kesan pecah atau rosak. Mereka kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pihak bank.

“Selepas rakaman CCTV di tempat kejadian diperiksa, didapati pada jam 5.30 petang, 4 Januari lalu, dua lelaki memakai pakaian seragam seakan-akan pekerja syarikat kawalan keselamatan membuka mesin ATM itu dan melarikan wang,” katanya. hmetro



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 0 comments

Persamaan Ketupat dengan " Mengumpat ".

18:04
Bertemu kembali, kali ini Mr J nak cerita pasal persamaan pula dan bukan pasal perumpamaan eh, persamaan dan perumpamaan sama ke tak? Apa - apapun biar Mr J meneruskan ceritera mengenai perhubungan antara "Ketupat dan Mengumpat" .

Menurut WikiMrJ Ketupat adalah sejenis makanan yang selalu dimakan apabila tiba waktu Hari Raya Aidilfitri bagi yang beragama Muslim di Malaysia dan juga di beberapa buah Negara . Untuk menghasilkan Ketupat anda memerlukan Beras dan daun nipah atau daun kelapa.


Sebelum membuat ketupat yang sempurna anda perlulah mengambil kelas menganyam ketupat anda boleh rujuk di blog cukelat.blogspot.com cara untuk menganyam ketupat.

Apa pula kaitannya dengan "mengumpat" ? ada banyak kaitannya bukan sahaja waktu membuat ketupat anda dapat mengeratkan hubungan diantara jiran - jiran , sahabat malah diantara ahli keluarga juga .

Bab yang paling best sekali apabila waktu menganyam ketupat ini biasanya dilakukan oleh perempuan baca sekali lagi "perempuan" dan kebiasaannya kaum perempuan tidak tinggal dengan "Mengumpat" ha........tudia.

Bagaimana Kejadian ini boleh berlaku ? untuk yang ini Mr J belum buat lagi hipotesis atau kaedah pembolehubah yang sesuai dan yang pasti bila kaum wanita membuat ketupat dan apabila kehabisan idea untuk dibualkan maka tanpa disedari mereka akan mengumpat tak kiralah siapa yang jadi mangsa janji ada modal untuk berborak.

Itulah persamaan diantara Ketupat dan Mengumpat . Mr J minta maaf sekiranya ada sesiapa yang tersinggung disini dan yang pasti Mr J bakal menjadi mangsa umpatan anda .


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 2 comments

Download Percuma Full Movie: Petaling Street Warriors 2011.

22:10
Siapa pernah ke Petaling Street? Petaling Street memang terkenal dengan jolokkan tawar - menawar yang mudah tetapi, pastikan anda membeli selepas menawar harga di Petaling Street jika tidak anda mungkin berdepan dengan musibah seperti dibelasah atau dimaki hamun dengan kata-kata yang kesat dan itulah simbol Petaling Street di mata Mr J .

Tetapi sekarang tidak lagi , kerana dengan munculnya "Warriors Petaling Street" membasmi segala kejahatan yang berlaku di sana.

Sedikit Sipnosis Petaling Street Warriors :

Berlatarkan situasi di Jalan Petaling (Petaling Street) pada tahun 1908, filem ini mengisahkan Shi Duyao (dilakonkan oleh Mark Lee), seorang penjual mee Hokkien di sebuah warung di Jalan Petaling. Beliau tidak mengetahui yang dia sebenarnya adalah pewaris Kerajaan Jianwen dari Dinasti Ming yang telah melarikan diri ke Asia Tenggara beratus tahun dahulu.
Release Date: 01 December 2011
Language: Mandarin
Subtitle: Info Not Available
Genre: Action / Comedy
Running Time: 1 Hour 46 Minutes
Director: James Lee
Cast: Mark Lee, Yeo Yann Yann, Namewee, Chris Tong
Isterinya, Zhung Li Chun (Yeo Yann Yann), secara rahsia cuba melindungi Shi Duyao dengan bantuan sepupunya Liu Kun (Namewee). Sering diganggu oleh penyangak/penjahat yang mencari peta harta karun, Shi Duyao harus memahirkan diri dengan seni mempertahanan diri, “Kungfu Dara” (Virgin Kungfu Skills) secepat yang mungkin bagi menentang penjahat-penjahat tersebut.

Hasil kolaborasi arahan James Lee dan Sampson Yuan, Petaling Street Warriors (PSW) telah menjadikan Seputeh, Perak sebagai lokasi utama filem ini. Penggambaran yang memakan masa selama sebulan setengah, dengan bajet 3 juta, meletakkan PSW sebagai filem cina tempatan termahal pernah diterbitkan di Malaysia.


Bagi menghasilkan aksi lasak yang terbaik dan mendebarkan buat penonton, penerbit Sampson Yuan, menggunakan khidmat Ma Yuk-Sing, seorang koreografi seni mempertahankan diri yang terkenal di Hong Kong. Hasil kerja beliau boleh dilihat menerusi filem A Chinese Ghost Story dan Storm Rider 2. Menerusi bimbingannya, Yeo Yann Yann dan Chris Tong berjaya ditransformasi menjadi dua wira yang sangat hebat di layer perak.

Download "Petaling Street Warriors" sekarang:



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 0 comments

TERKINI Liwat 2 : 901 - Dato Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dan tidak bersalah!

17:32
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah di Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada jam 9.15 pagi tadi.


Mohamad Zabidin dalam keputusannya berkata dalam kes ini integriti sampel DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak dapat dipastikan. Menurutnya, adalah tidak selamat untuk bergantung dengan keterangan DNA itu memandangkan tidak ada keterangan menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari. Hmetro



Lepas ini mana Si Saiful nak letak mukanya lagi? dan 3 budak hingusan yang angkat sumpah dulu? Mr J.

9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Malaysiakini

9.20am: Perbicaraan dimulakan dengan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya.



9.15am: Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang juga berada dalam mahkamah.

9.14am: Menurut laman Facebook Polis, setakat jam 9 pagi, jumlah orang ramai yang berhimpun pada ralli 901 ini dianggarkan berjumlah 4,500.

9.05am: Seorang penyelaras perhimpunan memberitahu orang ramai bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga hadir dan beliau telah dibenarkan masuk ke dalam mahkamah.

9.01am: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan naib presidennya Datuk Mahfuz Omar aantara pemimpin PAS yang hadir.

8.59am: Annie Ooi yang dikenali sebagai Makcik Bersih tiba di mahkamah bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar dengan memakai kemeja T kuning 'Generation 709'.

Katanya kepada awrtawan beliau datang dengan menaiki bas.



"Senang sahaja datang sini,” katanya cuba mengelakkan jurugambar daripada merakamkan gambarnya.

"Banyak marah, apa diaorang buat pada rakyat".

8.37am: Para diplomat dan wartawan mula dibenarkan masuk. Turut dibenarkan ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.



8.32am: Turut kelihatan adalah Nasir Hashim PSM dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersama dengan rakyat.

8.30am: Anwar dan keluarganya tiba sambil diberi sambutan gemuruh dengan laungan “reformasi’ bergema sekitar kawasan ini. Jumlah yang hadir semakin ramai dan sukar dianggarkan dengan tepat kerana mereka tidak berkumpul setempat.

8.25am: Bekas speaker Perak V Sivakumar berkata: "Di kompleks mahkamah ini, kita tahu apa yang berlaku dahulu - semua kes kita semasa krisis Perak, kita kalah.

"Kita tahu pengadilan macam mana yang akan kita terima tetapi rakyat Malaysia tetap akan menuntut Keadilan!”

8.22am: Duta dan perwakilan asing dari Amerika Syarikat, Kanada, Australia, United Kingdom dan beberapa negara Eropah mula berbaris menunggu dibenarkan masuk ke mahkamah untuk mengikuti perbicaraan ini.

Pemerhati antarabangsa dari Kesatuan Parlimen Antarabangsa atau Inter Parliamentary Union Mark Trowell juga hadir.



8.20am: Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) Zulkifly Sharif berkata pihaknya kini sedang mengumpul ahli-ahlinya termasuk PERKASA, PEKIDA dan Putra Malaysia berkumpul di anjung B Masjid Wilayah.

Mereka juga turut mengagihkan baju kuning tertera tulisan "Antik Sex Bebas 901" kepada ahli-ahli.

Jumlah yang hadir tidak lebih 50 orang.

8.15am: Menteri Besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin memberitahu hadirin bahawa mereka berkumpul dengan harapan hakim kes perbicaraan ini tidak dipengaruhi oleh kehendak pemimpin Umno.

“Kami berharap hakim akan buat keputusan yang tidak memihak,” katanya.

Sementara itu, polis juga mula mengarahkan orang ramai supaya bergerak ke arah kawasan parkir kereta dan tidak berkumpul di jalan.

8.05am: Laungan reformasi oleh penyokong Anwar di kawasan parkir mahkamah jelas kedengaran pada jarak dianggarkan 500 meter dari kawasan Masjid Wilayah Persekutuan.

Kawasan masjid bagaimanapun masih tenang dengan kumpulan penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat persediaan demo dengan memakai kemeja-t khas "anti seks bebas 901", sambil menunggu ketibaan para pembesar mereka.

8.12am: Antara pemimpin PKR yang dilihat berada di luar mahkamah adalah Azmin Ali, N Surendran dan Datuk Chua Jui Meng.

8.05am: Beberapa orang penyokong Pekida dikesan di dalam kawasan parkir masjid sambil membawa bendera pertubuhan tersebut.

Kumpulan ini dipercayai sedang menunggu pemimpin mereka.

8.03am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail berucap pada hadirin.

"Apapun keputusan hari ini, gelombang ini mesti bangkit dan pastikan Umno tumbang.”

7.45am: Ketua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga tiba dan diikuti oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Jumlah yang hadir dianggarkan 5,000 orang.

7.40am: Penyelaras perhimpunan meminta penyokong supaya beralih ke tempat letak kereta kerana jumlah yang semakin ramai itu mula berkumpul di jalan-jalan menuju ke mahkamah.

7.40am: Belum ada tanda-tanda kumpulan Pekida atau PERKASA berada di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat sepatutnya mereka berkumpul.

Malah kumpulan yang banyak berada di sekitar masjid adalah kumpulan pro-Anwar yang sekarang sedang berpusu-pusu keluar ke kawasan parkir mahkamah.

7.36am: Setiausaha agung DAP yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga hadir. Selain itu kelihatan juga pemimpun lain seperti Tian Chua, Rafifi Ramli dan S Sivarasa.

7.31am: Naib presiden PKR memberitahu hadirin bahawa hanya terdapat satu kes di mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan yang lain akan menyampaikan ucapan ringkas sebelum masuk ke mahkamah pada jam 8.30 pagi.

Menurut beliau lagi, hanya Anwar dan ahli keluarganya, diplomat, media dan 10 orang dari Pakatan dibenarkan masuk ke mahkamah manakala yang lain terpaksa tunggu di luar.

Ketika perbicaraan berlangsung, pihaknya akan mengatur supaya apa yang berlaku dapat disampaikan kepada mereka yang menunggu di luar.

7.30am: Jumlah penyokong di luar mahkamah semakin ramai. Dianggarkan sekitar dua ribu yang hadir. Kelihatan juga beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mula tiba.

7.19am: Dua buah kenderaan van polis mengambil tempat di ruang parkir Masjid Wilayah Persekutuan yang mulai dipenuhi kenderaan.

Van ambulans turut mengambil tempat di dalam kawasan masjid.

7.12 am: Di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat PERKASA dan sekutunya mengadakan perhimpunan kelihatan seorang penceramah sedang menyampaikan kuliah subuh.

Tidak kelihatan pemimpin PERKASA atau Pekida setakat ini di dalam ruang solat utama masjid. Situasi dalam masjid lengang, kecuali kira-kira 30 jamaah sedang mendengar kuliah subuh.

7.01 am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Ismail memberitahu para penyokong bahawa smua plakad selain "Bebaskan Anwar 901 dibenarkan di bawa masuk ke tempat berhimpun.

Orang ramai ketika ini kelihatan berpusu-pusu masuk ke kawasan berhimpun sambil mengucapkan salam kepada pegawai polis yang mengawal di hadapan pintu masuk.

Jumlah kenderaan polis itu termasuk;

21 trak polis
1 meriam air
33 van
1 mobile command post
3 bas yang membawa anggota polis
4 Landrovers Light Strike Force

7.00 am: Antara penyokong hadir termasuk dari Dapsy, ABU, Jingga 13, PKR dan ahli PAS.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 0 comments
Feature Video :Discover Sarawak
  • Jadi Sebahagian daripada Kami dengan berkongsikan Isu Semasa, Kisah Seram atau apa sahaja ke admin@pengerindu.com
  • Langgan dan dapatkan Percuma "Ebook Kelas Belajar Forex"Sekarang:

    Masukkan Emel anda dibawah:

    Blogger Logo 1

    free subdomain
    Temubual Mr J & Radio F.Swk
    1: Temubual Pertama : Download - 4.1 MB
    Seen on TV
    1: Superimpose Gambar Nabil Cium-2010

    Link Exchange - Auto Backlink

      Click to Add our Banner for Exchange Link HERE

      Bloggers

      Backlink

      Free BacklinksPersonal Blogs Top Personal blogsMy Ping in TotalPing.comDisplay Pagerank Protected by Copyscape Originality Checker Creative Commons License Blogged.myBeliefs & Causes Blogs - Blog Catalog Blog Directory Fuyyoh Backlink, Free Backlink, Page RankFree Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Blog  DirectoryKedai Backlink,Backlink Percuma About IT

      Nuffnang