www.pengeRindu.com Backup

Showing posts with label iban. Show all posts

Tempah Sekarang! Official T-Shirt www.pengeRindu.com Tahun 2012.

07:30
Seperti kebiasaan tahun yang lepas dimana Pihak PengeRindu Media Network akan membuat satu T-Shirt Rasmi untuk ditempah dan kemungkinan Hanya yang terawal sahaja berjaya mendapatkan "Edisi Terhad" ini .

T-Shirt Rasmi ini adalah lanjutan daripada T-Shirt terdahulu tahun 2011 dan setelah mendapat nasihat daripada rakan - rakan pengeRindu maka tahun ini lebih menarik.


Sila Klik Pada Gambar untuk kejelasan:
Pandangan Hadapan Baju Rasmi PengeRindu Media Network :

Gambar sebenar telah di ubah sedikit bagi mencukupkan Syarat Warna oleh Mr. Jacob .

Ini adalah Pandangan Hadapan Baju dimana Gambar Pahlawan Dayak Bawah Kiri dan icon Blogger yang berbentuk Bunga Terung iaitu Sejenis Imej Tattoo yang sentiasa ada di Kedua - dua bahu Pahlawan Dayak di Borneo.

Bungai Terung adalah Corak tattoo untuk Kaum Iban dan juga sebilangan Masyarakat Dayak di Borneo .

Pandangan Belakang Baju Rasmi PengeRindu Media Network :

Cara untuk menempah T-Shirt Rasmi ini adalah seperti Tahun Lepas juga iaitu :
Rujuk langkah dibawah:

1 : Sila Emelkan Tempahan anda ke alamat admin@pengerindu.com
  • Subjek Emel anda : Tempahan Baju www.pengeRindu.com
  • Sila nyatakan Alamat anda ( bagi proses penghantaran )
  • Nama Penuh berserta No. Telefon anda . ( PENTING bertujuan untuk memudahkan Pihak Kami membuat kemaskini )
  • Emelkan Bukti - bukti pembayaran anda.
  • Saiz Baju anda. cth S , L , XL , XXL
Contoh Penuh lihat Gambar dibawah:
Untuk Proses Pembayaran :
PENTING : Sila SMS No dibawah dahulu sebelum anda membuat transaksi.
Harga Sehelai : RM 40.00 ( Termasuk Kos Penghantaran Semenangjung Malaysia & Sabah, Sarawak )
Bank : Maybank Berhad
Account Holder : Jacky Juing Jonathan
Account Number : 112148172870
Contact Number : 011-1478 9406 (attn: Ms. Cecellia)
E-Mel: admin@pengerindu.com



Senarai Nama Pembeli Terkini 2/2/2012

Nama yang menpunyai tanda ( * ) adalah yang telah mengesahkan pembayaran

  1. Karl - S*
  2. Benny Pladin - XXL
  3. Kashsofiana Kashman - M
  4. Genesis D Lang - XL
  5. Chuck Nrs - M
  6. N'Rossa Peter - S
  7. Melanie Reyes - L
  8. Ainsley Tamara - M
  9. Doris Jones - S
  10. Boy Alex - XL & M
  11. Catherine Chek - S
  12. Farizah Aini Fadzil - S
  13. Mathhew - L
  14. Yu Bin @ Nida - L & M
  15. Doris Yanna - L
  16. Roni - S
  17. Apai Dom - L
  18. Miz Moon - M

Tempahan masih lagi dibuka : Emelkan tempahan anda ke admin@pengerindu.com

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 0 comments

Ulat Sago enak dimakan bergitu sahaja.

18:34
Liuk gerakan badannya sahaja sudah pasti mampu membuatkan seseorang individu terasa geli . Ulat sago banyak terdapat dipersekitaran sungai Rajang di Sarawak.

Untuk mendapatkan Ulat Sago ini anda perlulah menebang sepohon Pokok Sago dan dibiarkan selama beberapa minggu sehingga reput dan waktu itulah para pencari ulat sago akan mengorek dan memecahkan pepohon sago untuk mendapatkan "isinya" .


Masa zaman kanak - kanak Mr J dahulu aktiviti mencari ulat sago ini merupakan salah satu daripada aktiviti "permainan" , Mr J suka bermain dengan ulat sago ini bahkan boleh dibuat untuk pertandingan lumba "lari" ulat sago .



Ulat sago yang bersaiz kecil akan dijadikan umpan untuk memancing bagi Mr J di sekitar Sungai Rajang. Tetapi kini harga ulat sago seekor melonjak tinggi sehingga mencecah RM1 seekor ini kerana permintaan yang sangat tinggi kerana rasanya enak dimakan dengan cara sate , goreng mahupun dimakan "mentah" . Ulat Sago mempunyai protein yang tinggi kerana ia hanya memakan isi sago .


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Read On 4 comments

Apa yang Generasi muda Sabah & Sarawak inginkan pada Pilihanraya kali ini. Daftar Petition SSKM .

18:20
Malaysia bakal membuat pilihan sekali lagi dalam masa terdekat ini dan sudah pastinya rakyat bijak memilih siapakah bakal pemerintah kawasan mahupun negara kali ini. Dan di sini Mr J ingin membicara sedikit mengenai suara - suara anak muda Rakyat Sarawak yang sekarang dibawah tampuk kepimpinan Taib Mahmud.

Mr J telah pun menjalankan kajian dengan melihat beberapa pendapat - pendapat daripada rakyat Sarawak di beberapa buah
laman Sosial. Pendapat mereka tidaklah mengejutkan Mr J tetapi mungkin menge

jutkan beberapa individu penting dalam arena politik Sarawak.
Kalau dahulu suara - suara generasi lepas banyak diabaikan tetapi kini pengolakkan di Sarawak semakin mendapat perhatian daripada NGO luar negara seperti Bruno Manser yang boleh dilayari di www.bmf.ch/en .

“We would like our forest to remain intact. Only then can we go hunting. If we have no clean water, we cannot process the pith of the sago palm and then we have nothing to eat.”bmf

Kenapa wujudnya Radio Free Sarawak & juga tabloid online seperti Sarawak Report? . Baiklah sebelum Mr J meneruskan lebih lanjut lebih baik kita mengenali siapa disebalik warta Sarawak Report dan juga Radio Free Sarawak.

“The Shin Yang timber company is destroying our forest. Since there are not very many of us, it is difficult to defend ourselves." Mapping the Penan Rainforests on Borneo

Radio Free Sarawak radio stesen ditubuhkan oleh aktivis sosial dan wartawan, Clare Rewcastle Brown dan diterajui oleh aktivis sosial Sarawak, Peter John Jaban lebih dikenali dengan nama samaran iaitu Papa Orang Utan, dan Michael Ngau. Penyiaran pertama pada November 16, 2010, stesen itu boleh diterima oleh Dees pada 17.560 kHz, dan juga podcasted di seluruh dunia setiap hari di 10,00-12,00 UTC.

Clare Rewcastle Brown

Warga Bristish dilahirkan di Sarawak, Brown adalah yang terbaik dikenali sebagai wartawan alam sekitar yang memulakan kerjayanya dengan BBC pada tahun 1983. Pada tahun 2008, beliau pulang ke Sarawak untuk melaporkan pada pilihan raya kecil dan rahsia difilemkan syarikat penjelasan hutan hujan untuk ladang kelapa sawit.Secara kebetulan, Brown kakak dalam undang-undang bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown.

Peter John Jaban atau Papa Orang Utan

Lebih dikenali dengan nama samaran ke udara, Papa Orang Utan, Jaban Iban dari Sarawak dan bekas kakitangan awam dengan Pejabat Tanah dan Ukur Kuching. Beliau juga bekas DJ milik negara stesen radio Cats FM. Jaban telah dipecat dari stesen untuk membenarkan pemanggil untuk mengkritik Taib dalam program. Jaban juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Dayak Iban Sarawak dan aktif sebagai seorang aktivis hak asasi manusia di Sarawak. Beliau kini terlibat secara aktif dengan Pergerakan Kebebasan Malaysia Awam, sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang berpangkalan di London, United Kingdom.

Sekiranya tidak ada kesalahan dan salah guna kuasa oleh kerajaan Sarawak tidak mungkin stesen ini tidak akan diwujudkan dan tidak mungkin kita akan mengenali Radio Free Sarawak dan juga Sarawak Report . " Taib Mahmud" begitu dibencii oleh generasi baru anak Sarawak ? . Itu adalah persoalan yang agak peribadi dan setiap individu mempunyai jawapan yang tersendiri dan biarlah mereka sendiri meluahkan ketidakpuashati mereka di ruangan komen dibawah.

Laman sosial seperti Facebook juga dijadikan Medium untuk Rakyat Sarawak & Sabah bergabung untuk menentang kepimpinan zalim dan juga skandal rasuah tersendiri . Di situ Mr J dapat berinteraksi dengan mereka dan mendapatkan sedikit sebanyak pendapat serta komen mereka dan apa yang mereka inginkan daripada kepimpinan Sarawak & Sabah pada masa akan datang .

Di bawah ini adalah sebahagian pendapat daripada Doris Jones yang menwakili generasi muda sabah & Sarawak :


Kepimpinan yang unggul diperlukan oleh warga muda Sabah & Sarawak adalah

1.Pentadbiran yang saksama dan adil tidak mengira bangsa/ethnik dan agama.
2.Peluang biasiswa untuk murid-murid yang perlu untuk meneruskan pelajaran ke menara gading.
3.Perutukan sekolah rendah & menegah yang cukup untuk semua daerah terpencil.
4.Keperluan rumah sakit dan pekerja perubatan yang cukup samada di bandar atau luar bandar.
5.Kemajuan Infrastraktur yang seimbang.
6.Peluang pekerjaan di berikan keutamaan kepada anak jati tempatan.
7.Gaji adalah tertakluk kepada tarif yang setimpal.
8.Tanah Natives di pelihara.
9.Peluang perniagaan diutamakan kepada anak jati tempatan.
10.Bantuan kepada orang - orang yang kurang upaya dan kaum ibu tunggal.
11.Ekonomi negara perlu distabilkan untuk kepentingan semua.

Sebilangan ketidakpuashati mengenai mengenai perbezaan gaji , peluang pekerjaan yang ketara berlaku.

Petition untuk Hak - Hak Sabah & Sarawak yang selama ini diabaikan sejak bersama Tanah Melayu untuk membentuk Kerajaan Malaysia juga diwujudkan atas kesedaran rakyat Pribumi Sabah & Sarawak yang ditindas.

Biarpun tidak mendapat perhatian daripada media - media di Malaysia namun kumpulan dan perjuangan mereka telah sampai ke luar negara dan tidak mustahil seluruh dunia kerana dalam kemajuan masakini telah membuat dan memberikan banyak kesedaran khususnya pengundi baru yang kebanyakkan adalah generasi baru yang lebih banyak mendapat sumber - sumber yang boleh dipercayai serta tidak terikat dengan satu akhbar tempatan sahaja.


Muatturun Temubual Mr J bersama Radio Free Sarawak:
1: Temubual Pertama : Download - 4.1 MB
2: Temubual Kedua : Download - 6.0 MB


Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Read On 6 comments

Orang Kuat Malaysia di Pelabuhan Kapit, Sarawak .

22:04
Salam ceria semua, kali ini Mr J nak bawa semua pengujung ke Kapit, Sarawak dan cara untuk ke Kapit anda haruslah mengunakan pengangkutan Bot Express yang disediakan dan sebelum ke Kapit anda perlu singah di Sibu, Sarawak .

Sekiranya anda telah sampai ke Kapit anda pasti akan terpukau selama berjam - jam di sekitar perlabuhan Kapit dimana anda akan menyaksikan dengan mata kepala sendiri iaitu beberapa lelaki yang gagah perkasa mengangkat motosikal atau peti sejuk yang beratnya berkali ganda dengan mereka .


Ini buka Kotak kosong ok.


Berat mata memandang , berat lagi bahu memikul.


Gambar daripada : Collins Juan

Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]

Read On 8 comments

Taib Harus bertanggungjawab dengan peningkatan Kemiskinan di Sarawak.

21:42
Nah, Ini adalah satu tamparan hebat kepada kepimpinan kerajaan Taib iaitu ketua menteri Sarawak kerana kegagalannya membasmi kadar kemiskinan di Sarawak .

Pernah Mr J mengulas sedikit mengenai Taib dan peluang pekerjaan di Sarawak di Radio Free Sarawak dan anda boleh memuatturun perbualan Mr J dengan Radio Free Sarawak disini ( Download Sebagai MP3 - 4.1 MB ) .


KUCHING: Kadar kemiskinan dijangka terus meningkat, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah.

Menurutnya, perkara tersebut adalah ekoran daripada keadaan ekonomi global dan peningkatan kos sara hidup di negara ini.

“Sabah, Sarawak dan Kelantan merupakan negeri yang mencatat kadar
kemiskinan tertinggi dan dijangkakan kadar kemiskinan pada tahun ini (2011) akan terus meningkat berikutan keadaan ekonomi global yang sudah berubah dan kos sara hidup yang semakin tinggi seperti harga makanan dan sebagainya,” katanya. (Datuk Fatimah Abdullah.) Borneopost
Bagaimana Datuk Fatimah Abdullah boleh berkata demikian? sedangkan Sarawak sememangnya dikenali sebagai sebuah negeri yang kaya suatu ketika dahulu , kaya
dengan sumber - sumber asli tetapi dimanakah sumber asli seperti balak , projek tanaman sawit yang banyak melibatkan tanah NCR dan pelbagai lagi kontroversi yang melibatkan Ketua Menteri Sarawak.

Pelbagai penyelewangan hak - hak pribumi dan juga banyak laporan dan pendedahan daripada pemilik tanah adat yang ditipu seperti mana yang pernah dilaporkan oleh Sarawak Report iaitu sebuah media alternatif yang cukup berani.

Media TV di Malaysia tidak dapat untuk menyalurkan maklumat yang tepat dan kad
ang kala maklumat yang perlu disampaikan tidak disalurkan sepenuhnya atas sebab kerana kepentingan individu tertentu .

Seperti satu kejadian yang mengemparkan penduduk Sarawak secara khasnya tidak dilaporkan di televisian malah didalam surat khabar kerana media di Sarawak semuanya milik kumpulan tertentu.

Tentu masyarakat Sarawak masih ingat dimana lebih kurang dekat 500 penduduk berkumpul untuk mempertahankan tanah mereka daripada dicerobohi oleh pembalak - pembalak .






TEBEDU: Dua jentera berat, dua lori dan khemah pekerja kem pembalakan di sini semalam musnah dibakar oleh penduduk dari 10 kampung terjejas ketika demonstrasi bantahan keras terhadap aktiviti pembalakan yang memusnahkan tanah pusaka dan tanaman mereka.

Tindakan itu jelas menunjukkan kemuncak kepada kemarahan para penduduk, setelah sebelum ini hanya bertindak merobohkan jambatan balak sebagai gesaan kepada syarikat terlibat mahupun pihak berkuasa berkaitan menghentikan segera aktiviti tersebut.

Malah, demonstrasi yang disertai lebih 500 orang itu bermula sekitar jam 10 pagi nyata tidak dapat dihalang oleh mana-mana pihak, termasuk anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian yang hadir dengan jumlah anggota mencecah 20 orang daripada Unit Antirusuhan. Selanjutnya.

Dimana media yang selama ini kita perlukan? tidak ada satupun media sanggup untuk melaporkan segala kejadian yang berlaku atas sebab kerjaya. Hanya para blogger-blogger yang berani dan sanggup menghadapi apa jua demi kebenaran.

Perjuangan anak muda Sarawak sekarang lebih kepada perjuangan bersuara di media alternatif iaitu Internet , di Facebook tiada satupun Fan page malah groups yang menyokong taib malah fan page ataupun group kebanyakkan ditubuh adalah melibatkan pekara yang "negetif" seperti groups "Kami Mahu Taib berundur" dan banyak lagi .

Malah google telah memaparkan carian yang kurang baik mengenai Taib dan sekiranya anda mencari kata kunci dengan nama "taib mahmud"


Sekirannya pengunduran Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak berlaku ianya akan memberikan sokongan kembali kepada Barisan Nasional . Masyarakat Sarawak telah membuat satu perubahan besar pada PRU yang lepas dimana beberapa Kerusi BN di Sarawak telah berjaya dirampas setelah berdekad lama.

Bersedih sekiranya pengunduran Taib berlaku? Mr J percaya masyarakat Sarawak khasnya anak muda yang lebih dari 50 ribu bermastautin di Semenangjung Malaysia akan merayakan pengunduran Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak .

Anak muda Sarawak menyuarakan dalam banyak ketidakpuasan mereka terhadap kepimpinan Taib dengan Sebuah Lagu khas ditujukan kepada Taib iaitu dengan tajuk " Lagu Anti Taib Mahmud Sarawak"iaitu telah dimasukkan ke youtube oleh individu yang mengunakan nama samaran hambaAllahSelamanya .


Berundur selagi rakyat masih suka , jangan sampai rakyat muak dan benci nanti akan dikenang sebagai satu-satunya pemimpin Sarawak yang penuh kontroversi .
Read On 2 comments

Kehilangan dan kebangkitan Generasi Muda Sarawak serta komen mengenai Taib.

20:19
Lingkungan jam 8.30 pagi bertarikh 29 October 2011 Mr J menerima panggilan daripada
Radio Free Sarawak yang berpangkalan di luar negara mengenai sedikit isu - isu di sarawak seperti contoh peluang pekerjaan serta gaji yang amat rendah diberikan berbanding dengan negeri - negeri lain di Malaysia dan ini membuatkan ramai anak muda Sarawak semakin berani untuk menyuarakan pendapat mereka tidak kiralah samaada melalui medium alternatif seperti Internet dan juga pembabitan serta kebangkitan para bloggers Sarawak juga dilihat semakin berkembang dan semakin berani dalam penulisan mereka.

Siapakah Taib di kalangan Generasi Muda Sarawak ?

Tidak dinafikan perkembangan pembabitan masyarakat muda sarawak semakin positif dan ini terbukti dengan tinjauan Mr J sendiri iaitu hampir 9/10 respon anak muda Sarawak yang menetap Semenangjung dan juga di Sarawak akan memberikan jawapan yang "Negetif" apabila diminta menjawap soalan seperti diatas. Kita lihat screen shot tersebut.


Salah satu dimana responden tidak menyukai pemerintahan Taib sekarang kerana terlalu lama .

Adakah Sektor pekerjaan di Sarawak menjamin masa depan & gaji yang tinggi?

Dua gambar diatas adalah daripada responden yang berasal daripada Miri, Sarawak (Wanita). Komennya adalah " Selagi Taib masih menjadi ketua menteri , tidak akan menjamin masa depan & gaji yang tinggi , Dinasti Taib tidak dipercayai dan cukup pandai bersandiwara"

Dibawah ini adalah komen yang cukup menarik sekali dan ayat yang menarik adalah "Jikalau beliau menggunakan cara yang BERSIH , sampai beliau meninggal dunia pun orang akan sokong"


Mr J hanya risau bila tiba masanya nanti Masyarakat akan berpesta sekiranya pengunduran taib berlaku.

Jadi itu adalah sebahagian kaji selidik mengenai isu di Sarawak . Jadi sebagai anak jati Sarawak anda adalah penentu masa depan Sarawak itupun... kalau pengundian mengunakan cara yang bersih.

Kehilangan

Hampir kesemua generasi Muda Sarawak sudah kehilangan Kepercayaan terhadap Taib. Kalau dahulu media dikawal oleh Taib tetapi sekarang "The New Generation Voters" lebih bijak memilih dan tidak berdasarkan risalah basi Taib. Blog serta media alternatif menjadi pilihan .

Kenapa DAP di Sibu boleh menang ? sebab mereka berkempen melalui Facebook , Twiter iaitu satu medium massa untuk orang muda sekarang . SUPP? masih berkempen dalam kelompok , dengan membuka pentas dan menjerit sana sini. DAP silent killer untuk SUPP di Sarawak!.


Terbaru pihak SPR akan memperluaskan undian Pos? adakah anda setuju dengan perubahan oleh SPR?
IPOH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang membenarkan pemilih yang berkhidmat dalam beberapa sektor pekerjaan seperti media, perubatan, penerbangan dan cari gali minyak mengundi secara pos atau mengundi awal bersama polis dan tentera pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). kosmo
Kita boleh lihat secara zahirnya kenapa generasi muda Sarawak sanggup berhirjah ke Kuala Lumpur sehingga ke Singapura mahupun keluar Negara. Ia dianggap seperti satu fenomena pelik jika dilihat daripada sumber Sarawak yang sangat Kaya seperti contoh : Sumber Petroleom , Balak dan pelancongan yang pesat jadi kenapa anak muda Sarawak memilih untuk keluar daripada Sarawak dan bermastautin di Semenangjung Malaysia seperti Johor dan lain - lain. Jawapannya senang sekali , ini kerana pemerintahan yang bersifat penkronian dan rasuah! dimanakah wang balak Sarawak? Poket siapa? .



Ayuh bangkitlah anak muda Sarawak sekarang kerana segalanya dah terletak pada tangan kita!




Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]

Read On 8 comments

Gambar Lebih 10 Pengikut ajaran Sesat "Jagung" dihukum Gantung & disembelih di Sarawak. 18sx

23:24
Bintulu, 24 October 2011 . Lebih 10 pengikut ajaran sesat telah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah Bintulu atas kesalahan menyebarkan ajaran "Jagung" dan ajaran Jeritan seperti kokokkan bunyi ayam setiap pagi .

Warga kawasan Bintulu amnya telah lama menderita dengan kebisingan yang dibuat oleh para pengikut ajaran ini dan setelah laporan dierikan di Balai Polis Cawangan kongsi gelap Bintulu akhirnya tangkapan telah berjaya menahan lebih daripada 10 pengikut yang dikatakan sangat bahaya dan telah memberi kesan kepada ketua mereka yang berpangkalan di Amerika iaitu Mr. Kenny Rogers serta penjana kewangan iaitu KFC .

Team pengeRindu Media Network telah bergegas ke tempat kejadian dan terkejut untuk melihat hukuman gantung & sembelih secara terbalik ditempat awam manakala saki baki pengikut mereka masih lagi berkeliaran di kawasan bandar dan kini mereka telah menyasarkan kawasan kampung bagi tujuan menyebarkan ajaran sesat "jagung" .

Masyarakat setempat dikehendaki berjaga pada waktu pagi dan dinihari kerana waktu itu mereka cukup aktif menyebarkan ajaran. Jadi sekiranya anda mendengar bunyi kokokkan anda sila taburkan biji jagung dikawasan rumah kerana dipercayai akan melekakan pengikut tersebut . Perhatian Gambar dibawah dipercayai akan menyinggung perasaan anda . Wanita mengandung tidak digalakkan melihat .









































































































Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]

Read On 0 comments

Gempar! Sibu,Sarawak 3 sekeluarga Maut dibunuh sebelum selesai makan malam di jalan Chew Khun, Engkilo .

22:01
Terperanjat Mr J mendengar dan membaca sebuah akbar Harian Metro di Seremban hari ini kerana muka pertama adalah Sibu, Sarawak iaitu kampung halaman Mr J.

SIBU: Makan malam empat sekeluarga bertukar tragedi berdarah apabila tiga daripada mereka maut, manakala seorang lagi parah selepas ditikam bertalu-talu di dada oleh tiga perompak di sebuah rumah di Jalan Chew Khun, Engkilo di sini, malam kelmarin.d


Menyedihkan apabila mayat ketiga-tiga mangsa ditemui bergelimpangan berhampiran meja makan di ruang dapur rumah berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 7 mala
m.

kejadian, semua mangsa sedang menikmati makan malam di rumah berkenaan sebelum didatangi tiga lelaki dipercayai warga Indonesia berusia 30-an dan 40-an yang berpura-pura mahu mencari kerja di rumah keluarga terbabit tetapi tidak dilayan.

Difahamkan, tindakan keluarga terbabit menolak permintaan lelaki terbabit menyebabkan mereka ‘naik angin’ dan berlaku pergelutan sebelum lelaki terbabit mengeluarkan pisau dan menikam penghuni rumah terbabit.

TRAGEDI...rumah di mana tiga sekeluarga maut ditikam  oleh tiga  perompak warga Indonesia.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Tiong Tang Ming, 69, anak lelakinya, Tiong King, 35, serta menantu, Teu Lee Mee, 32, manakala isteri Tang Ming, Peh Kim Eng, 50, parah dan dikejarkan ke Hospital Sibu (HS). Metro.



Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
Link to this Post :
Read On 0 comments

Free Download Full - Apai Saloi The Movie . Filem Iban dari Sarawak .

03:37
Kisah mengenai sebuah keluarga di satu kampung yang sering menjadi bahan bualan, ejekan & hinaan orang-orang kampung.

Apai Saloi (ayah) adalah seorang yang sangat pemalas, selalu tidur, lurus bendul, lembap serta pendek akal fikiran. Lain yang dicakap atau disuruh lain juga yang dibuatnya. Pendek kata selalu ‘wrong information!’ Oleh sebab itulah, orang–orang di kampung mereka suka membuli dan kenakan Apai saloi. Terutamanya, Ensering. Tetapi, yang bagusnya … selalu tidak mengena pada Apai saloi. Sebaliknya Ensering sendiri yang akan terkena !

Enchelegit (ibu) adalah isteri kesayangan Apai saloi. Dia merupakan wanita pujaan seluruh lelaki di kampung mereka ketika mudanya, kerana kecantikan serta kebijaksanaannya. Tetapi, yang hairannya, Apai saloi juga yang menjadi pilihan hatinya sebagai suami. Membuatkan ramai lelaki gigit jari. Enchelegit mempunyai otak yang cukup pintar iaitu banyak muslihat dan suka menipu orang lebih-lebih lagi Ensering! Kerana dia tahu Ensering selalu hendak kenakan suaminya yang tambap melebap itu. Ada-ada saja helahnya untuk menipu orang. Sebab itulah dia digelar Enchelegit dara pembelit!

Pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak lelaki bernama Saloi. Saloi lah buah hati mereka berdua. Walaupun bapanya bodoh, lembap dan lurus bendul tetapi berbeza dengan Saloi. Dia sangat bijak seperti ibunya, baik hati dan selalu menurut kata seperti ayahnya. Saloi bukan seorang yang pemalas malah rajin membuat kerja sehingga disukai oleh majikannya (Tauke Joe).



Ceritanya bermula apabila Saloi jatuh cinta dengan adik majikannya (Sintia) yang ketika itu baru putus cinta dengan Manggan. Manggan yang juga samseng di kampung itu rasa tidak puas hati serta cemburu melihat kemesraan hubungan Saloi dan Sintia. Bersama dengan kawan baiknya yang juga samseng, Jali, mereka berhasrat untuk kenakan Saloi. Di samping itu, Manggan masih cuba berusaha untuk memikat semula hati Sintia. Sebenarnya, Sintia juga menyukai saloi dalam diam.

Suatu hari rancangan Manggan dan Jali berjaya untuk kenakan Saloi. Saloi dihalau keluar dari ladang oleh Tauke Joe. Dan dihina tidak setaraf serta layak untuk berkawan dengan Sintia yang berasal dari keluarga berada dalam kampung mereka. Sejak itu, Saloi berazam untuk membuktikan dirinya bukanlah seperti yang disangka oleh orang-orang kampung. Dia ingin berjaya sekaligus memadamkan segala pandang rendah orang-orang kampung terhadap keluarga mereka.

Keputusan Saloi untuk berhijrah ke bandar (Sibu) untuk mencari pekerjaan dan berjaya mendapat sokongan sepenuhnya dari Apai Saloi dan Enchelegit.
Pada hari dia hendak turun ke bandar, Saloi hampir dilanggar oleh sebuah kereta. Pertemuan yang tidak disengajakan itu akhirnya menjadi sebuah persahabatan baik antara mereka bertiga. Di bandar, nasib Saloi tidak kurang seperti ayahnya juga. Selalu ditimpa malang dan masalah. Namun, dia tidak pernah berputus asa.

Bos tempatnya bekerja tiba-tiba jatuh bankrupt dan mereka hilang pekerjaan. Bersama dengan Jeki (kawan baiknya) mereka mencari pekerjaan lain di bandar Sibu, bagi menampung kehidupan di bandar. Pelbagai pekerjaan yang mereka lakukan, namun masih juga tak berjaya. Sentiasa ada saja dugaan yang melanda. Bukan saja dugaan di tempat kerja, malah ada juga orang yang tidak menyukai Saloi dan sentiasa menunggu masa untuk membalas dendam.
Begitu juga di kampung mereka, Apai Saloi sering diperbodohkan oleh Ensering. Tetapi, Enchelegit lebih pintar dan tahu taktik Ensering yang ingin kenakan suaminya. Sebelum Apai Saloi terkena, lebih baik dia bertindak dulu dengan menipu Ensering. Dan muslihatnya itu memang selalu berjaya!

Satu hari, Saloi dan Jeki berjaya mendapat kerja di sebuah tempat cuci kereta (car wash) yang hampir-hampir nak tutup. Tiada pelanggan. Kawasan yang buruk. Dengan semangat baru, mereka bersama-sama berusaha memajukan semula car wash tersebut sehingga maju dan mendapat ramai pelanggan.

Tiga bulan kemudian, akhirnya Saloi menjadi orang berjaya dan memiliki car wash nya sendiri. Namun, dia masih seperti dulu, tidak sombong dan lupa pada asal usulnya.

Sumber Sinopsis : jamesjg.com

Idea dan skrip asal: MONITA JEFF
Producer: ALLEN TINGGIE TRADING S/B
Tahun: 2009




Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
Link to this Post :
Read On 0 comments

Ketua Menteri Sarawak Tersenarai dalam *Perbahasan Parlimen UK.

03:48
Ketua Menteri Sarawak semakin banyak tentangan daripada luar negara yang banyak melihat kekorupsian yang dibuat tetapi tidak pernah diendahkan oleh kerajaan Malaysia yang banyak mengambil sikap berdiam daripada menjolok sarang tebuan di Sarawak .





Rainforests

Question
2.53 pm

Asked By Lord Eden of Winton

    To ask Her Majesty's Government what is their latest assessment of the effect of logging operations in the rainforests of Africa, Asia and South America; and what is the likely impact on the indigenous human, plant and animal life.

Baroness Verma: My Lords, more than 1 billion people depend in varying degrees on the forests for their livelihoods with many more depending on the ecosystem services they provide. Some 350 million people who live within or adjacent to dense forests depend on them to a high degree for subsistence and income. Degradation and deforestation cause a loss of between $2 trillion and $4.5 trillion per year in ecosystems goods and services.

Lord Eden of Winton: Does my noble friend share my concern that while good intentions are being declared across the world, rainforest logging operations continue at a higher rate than before? Is it not just possible that funnelling loads of money through the World Bank is the wrong way to go about things? My fear is that in relying on REDD-plus and so-called sustainable forest management, fund providers are being hoodwinked? Would my noble friend and her colleagues therefore give much greater support direct to NGOs and the like which know what is happening on the ground and are much better placed to achieve early practical progress at the grass roots, where it really will make a difference?

Baroness Verma: My Lords, my noble friend is to be congratulated on raising this issue again. It is true that these issues will not be dealt with singly by the UK or by Governments who are not prepared fully to accept that there is a lot of work and persuasion to be done, by rule of law, that illegal logging must be stopped. However, I reassure my noble friend that we work with NGOs and are a founding member of the Global Partnership on Forest and Landscape Restoration. We are working very closely with countries such as India to help restore and recover forests. My noble friend Lord Henley has just recently participated in the Global Partnership on Forest and Landscape Restoration in Bonn. Governments can do their part and NGOs can do theirs. However, countries where this is happening also have to respond with severe penalties.



13 Sep 2011 : Column 623

Lord Blencathra: Does my noble friend agree that biodiversity and loss of species are even more important than climate change? With a huge amount of resources and tremendous effort, it is possible eventually to reverse climate change, but once a species is lost, it is gone for ever, and the damage could be irreparable. Does she also agree that this is not just a matter of polar bears, tigers or even red squirrels, but that many of the boring little unsexy species that could be lost by deforestation could actually be valuable to human life and existence?

Baroness Verma: My noble friend has put the case perfectly for why we need to work incredibly hard. That is why the UK has supported developing countries to participate in the United Nations study on the economics of ecosystems and biodiversity which estimates, as I have said, that the huge financial cost is immense but the cost to species is even greater, and the initial long-term impact will be on us.

Lord Clark of Windermere: My Lords, does the Minister appreciate that one of the largest single sources of global emissions is actually deforestation, often illegal logging? The British Government took the initiative a number of years ago to push for reforestation, and we are one of the few countries in the world with experience of it. Can we have an assurance from the Government that they will redouble their effort for reforestation as well as stamping out illegal logging?

Baroness Verma: The noble Lord is absolutely right. It is about working with other countries, which we are doing aggressively. We have worked very closely to get all our partner countries to sign off the new EU timber regulation that came into force last December. It is about being persistent in our argument. I agree with the noble Lord that it is really a devastation to all countries if we do not tackle this issue right now.

Lord Chidgey: Is my noble friend aware that the Democratic Republic of Congo officially produces more than half a million cubic metres of timber each year, and illegally produces about the same amount each year? Is she also aware that British technology is now available to the DRC that tracks the entire supply chain of timber from standing forest trees to the wholesale timber market? What action will the Government take, therefore, to help facilitate the DRC Government's efforts to complete negotiations with the European Union to enter into traceability agreements?

Baroness Verma: My noble friend is right about Congo. However, as with the previous question, it is about all partner countries being able to respond with severe penalties when they see illegal timber coming through their borders. Of course, the important thing is that these are conversations that continue. They are not had at one conference-it is a continuous conversation at many conferences, and it will arise again at the Durban conference in December.

Lord St John of Bletso: My Lords, can the noble Baroness give any indication as to whether our Government will be following the moves by Switzerland

13 Sep 2011 : Column 624

and Germany to investigate money-laundering of the proceeds of timber corruption by the chief minister of Sarawak in Malaysia? What other measures are being taken to identify and sanction those large international logging companies which do not ensure best practice in sustainable logging?

Baroness Verma: The noble Lord talks about a specific case, which I will Taib Mahmud Sarawak's rulernot refer to. In a more general response, I would like to say to noble Lords that we are ensuring that we respond proactively to the difficulties we are all facing with this issue. The multinational companies that deal in illegal logging will find that the penalties for this will be severe. That is the agreement we are trying to get from all our partner countries so that it is not just a small group of countries that are willing to apply severe penalties, but that the penalties will be severe at every border that illegal timber comes through. It is about greater partnership but it is also about recognising that we are only a small cog when it comes to dealing with these issues and it is really for the whole world to respond collectively.

Lord Avebury: My Lords, what does my noble friend think about the UN-REDD initiative mentioned by the noble Lord, Lord Eden? Is it cost-effective, and how much does the United Kingdom contribute to it annually?

Baroness Verma: I cannot give my noble friend a figure on the contribution at the moment; I will write to him on it. However, I repeat that we may think that some systems are weak, but we have to strengthen those systems-review and revise them-and also make countries where deforestation and illegal logging take place responsible for responding back positively.

Untuk membaca lebih lanjut tentang perbahasan parlimen UK sila ke http://www.publications.parliament.uk/


Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
Read On 0 comments

Adilkah Politik Malaysia? - Bilakah Baki RM400 untuk aku?

04:33
Lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu semalam dan menuntut baki RM400 setiap seorang yang dijanjikan bagi menyokong seorang calon pada pilihan raya negeri yang lalu, dakwa sebuah pemantau pilihan raya.

supp alleged money politic 250411 02Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan lewat petang semalam, Pemantau Pilihan Raya Sibu (SEW) mendakwa penduduk Iban berkenaan berang kerana tidak mendapat bayaran 'baki' tersebut meskipun telah dijanjikan oleh agen pilihan raya SUPP dan tua rumah panjang sebelum pilihan raya.

Sebaik menerima berita berkenaan, SEW menghantar dua perwakilannya ke ibu pejabat SUPP bagi memanatu keadaan.

Dalam siasatannya, SEW berkata pihaknya mendapati bahawa penduduk Iban dijanjikan bayaran RM100 sebelum hari mengundi 16 April lalu dan sekiranya calon SUPP menang, setiap seorang daripada mereka akan menerima RM400 lagi selepas pilihan raya.

supp alleged money politic 250411 01SEW mendakwa sebelum ini, perwakilannya juga menyaksikan penduduk Iban daripada sekurang-kurangnya dua rumah panjang dibayar 'baki' RM400 berkenaan.

Dakwa pemanatau pilihan raya itu lagi, penduduk Iban itu daripada Rumah Chandi, Rumah Pasang dan Rumah Ujang.

Sumber : Malaysiakini.com


Subscribe
untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
Link to this Post :
Read On 4 comments

Mari belajar Magik bersama Mr J - Video

10:11
Salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian , hari ini Mr J agak kebosanan sehingga tercetus idea yang agak menarik untuk dikongsi.

Magik ini agak senang dipelajari dan Mr J tahu ramai di luar sana pun mengetahui bagaimana membuat Magik yang mengunakan daun terup seperti yang anda bakal saksikan di Video Mr J dibawah , tapi sebelum itu Mr J nak minta maaf sebab rakaman video agak tidak memuaskan atas sebab dirakamkan mengunakan telefon bimbit sahaja , manalah Mr J mampu beli camcoder.




*Hensem tak Mr J?:p

Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
Read On 1 comments

Semoga " Petara " Turunkan Bala kepada Pemusnah dan pembalak Haram di Sarawak !

02:17
Selamat bertemu kembali semua , setelah seminggu kita digemparkan Kes Nabil tetapi kali ini Mr J ingin membawa pembaca semua ke Sarawak dan sedikit berita di Sarawak , kalau dulu gempar dengan Kes Hani Tarmizi sekarang kita lebih kepada penjagaan " Alam Sekitar ".

Masihkah anda ingat kembali berita yang mengemparkan seluruh penduduk Sarawak tidak lama dalam 6-7 oktober 2010 , dimana Sungai Rajang yang dikenali kebersihannya dan dengan Kisah Mitos "Nabau" Ular besar penjaga Sungai Rajang telah dicemari dengan ratusan tan bongkah kayu hanyut. Untuk pengetahuan jangan sesekali percaya mengenai Ikan Duyung terdampar di Sarawak?

Beberapa hari yang lepas , berpuluh [ angka tidak pasti tetapi dikatakan ramai ] ketua Adat ataupun ketua [ tuai rumah ] berkumpul untuk membuat satu upacara ‘Pelasik Menua’ mohon ketenangan dan keampunan daripada ‘Petara’ [ Tuhan Orang Iban , kebanyakkan di kawasan pendalaman masih menganuti agama asal. ] .



Ia diketuai oleh ketua kaum Iban yang faham istiadat, Naban Tutong, 85 dari Nanga Entawau dan upacara tersebut telah dilakukan di kedua-dua tebing Sungai Melatai.

Setelah upacara itu selesai, tidak ada orang dibenarkan menggunakan sungai Melatai selama tiga hari atau didenda oleh masyarakat tempatan sebanyak RM100,000. Borneopost




Sungai Rajang dicemari oleh kayu - kayu hanyut .
egala pengangkutan Air yang merupakan penghubung jalan bagi penduduk pendalaman terjejas.


Akibat tindakan tidak bertanggungjawab itu syarikat pembalakan bukan sahaja telah merosakkan alam sekitar hingga menyebabkan ‘Tragedi Oktober’ itu berlaku, malah penduduk tempatan terpaksa melakukan upacara miring terbesar yang penuh adat istiadat bagi ‘menenangkan’ Tuhan mereka dan ‘mententeramkan’ semula situasi.

Lihatlah perbezaan Ketara Sungai Rajang.

* Sungai Rajang telah kembali seperti sediakala .

Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
Read On 6 comments
Feature Video :Discover Sarawak
  • Jadi Sebahagian daripada Kami dengan berkongsikan Isu Semasa, Kisah Seram atau apa sahaja ke admin@pengerindu.com
  • Langgan dan dapatkan Percuma "Ebook Kelas Belajar Forex"Sekarang:

    Masukkan Emel anda dibawah:

    Blogger Logo 1

    free subdomain
    Temubual Mr J & Radio F.Swk
    1: Temubual Pertama : Download - 4.1 MB
    Seen on TV
    1: Superimpose Gambar Nabil Cium-2010

    Link Exchange - Auto Backlink

      Click to Add our Banner for Exchange Link HERE

      Bloggers

      Backlink

      Free BacklinksPersonal Blogs Top Personal blogsMy Ping in TotalPing.comDisplay Pagerank Protected by Copyscape Originality Checker Creative Commons License Blogged.myBeliefs & Causes Blogs - Blog Catalog Blog Directory Fuyyoh Backlink, Free Backlink, Page RankFree Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Blog  DirectoryKedai Backlink,Backlink Percuma About IT

      Nuffnang