Andai Kekasih Lama " sms " anda . | The Best Weblog at Sarawak | www.pengeRindu.com Backup

Andai Kekasih Lama " sms " anda .

Labels: , ,
Anda mempunyai Kisah yang ingin dikongsikan? Kirimkan kepada admin@pengerindu.com

Kekasih lama tiba - tiba muncul dalam hidup anda.

Sejak sekian lama anda berpisah dengan sidia tetapi sejak kebelakangan ini tiba - tiba anda menerima sms misteri dan selepas 2 - 3 berbalas sms akhirnya pengirim sms tersebut mengatakan bahawa dia adalah bekas kekasihmu dulu. Tatkala itu anda telah lama melupakan sidia dan segala kenangan bersamanya bukanlah senang sangat untuk dibuang dari memori silam tetapi sidia tiba - tiba muncul menyebabkan anda teringatkan segala memori indah bersama sidia .



Tetapi!, masa sekarang anda telah mempunyai kekasih hati yang baru dan anda semakin serba salah bak kata lirik sebuah lagu : " Disana menanti , disini menunggu.. " . Semalaman anda tidak dapat tidur lena mengenangkan masalah yang dihadapi.

Anda masih menyembunyikan masalah ini daripada kekasih baru anda dan takut kalau - kalau anda memberitahu kekasih anda tentang kemunculan sidia mengirim SMS akan memburukkan lagi keadaan dan anda terus berdiam dan berdiam , patutkan anda berdiam sahaja ?



Sedang asyik bergurau senda dengan kekasih anda (dating) tiba - tiba ada sms masuk ke dalam peti inbox anda yang berbunyi " i masih sayangkan u " tatkala itu kekasih anda bersama anda dan turut membaca sms tersebut dan keadaan semakin teruk apabila kekasih anda mengatakan bahawa anda curang dan mungkin ini disebabkan anda tidak memberitahu masalah ini seawalnya dan jika anda memberitau bahawa anda dingangu sms daripada kekasih lama , mungkin dia akan faham.

Dan anda pun bergaduh dengan kekasih anda dan keadaan semakin teruk kerana sidia " merajuk " pula dan anda pun sama - sama merajuk dan apabila tiada sesiapa yang ingin mengalah untuk memujuk pasangan masing - masing kemungkinan perhubungan anda semakin retak dan akhirnya kekasih anda memutuskan mengirimkan SMS berbunyi " ambillah dia sekiranya dia masih lagi segar dalam memorimu , dan mungkin aku masih baru dalam memori dirimu " dan apa yang anda mampu lakukan adalah menangis sepanjang masa.....

Jadi kesimpulannya , Offkan Hp atau silentkan Hp (tu taktik Mr J dulu) anda bila ber"dating" dan yang paling baik sekali Mr J sarankan terus - terang kepada pasangan anda sebelum keadaan menjadi lebih buruk.


*tangan Mr J start dari semalam gatal nak buat entry , semalam seharian Mr J pack barang - barang siap dari pingang mangkuk dan semuanya , so hari ini tolongt kawan angkat peti sejuk pula... penat..


Salam ceria ,
Mr. J
www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.


Link Adv RM10 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

11 comments:

Hehehe...bis kalo silent, buatnyer kekasih lame ternampak message tuh camne? terus terang je...hehe...ayat terus terang yg saya penah buat..abang, saya ade kekasih baru..nama die edward cullen..hehe

cheers,
http://triplesmiley.blogspot.com

[Reply to comment]

tiada yg lebih baik selain daripada bersikap jujur dengan pasangan baru... supaya dia bersiap sedia...kalau setakat kekasih saya rasa masih ok lagi tp kalau bekas suami... pastu dapat suami baru... adush itu yg payah tu... apapun keputusan semuanya bergantung kepada budi bicara tua empunya badan...

[Reply to comment]

nak senang jujur je...tipu2 pun xberkat...dpt dosa lagi...

tapi kan pompuan ni ada satu penyakit la...bila kita jujur, dia xcaya...nak xnak terpaksa gak tipu...masalahnya aku xpandai tipu2 ni....huhuhu....

gadis2 sila komen...anda mmg suka ditipu ke???

[Reply to comment]

biar kita berterus terang dengan si dia.
kalau dia tak nak terima.. sudah!
cari yang lain!!

[Reply to comment]

hurmmm..enri ko ne wat aku terpikir plak..aiyak..kalo btol awek lame balak aku cr die, cmne eh??hurmmm..

[Reply to comment]

Ehem!! bekas kekasih lama kembali menghantui kita...adalah sesuatu yang xdiduga dan sst yang diduga akan berlaku juga... saya rasa lebih baik elakkan kalo sudah mempunyai kekasih baru..kena jaga juga hati kekasih baru. kalo pasangan kita xcaya dengan penjelasan kita sepatutnya kita memberi ruang dan masa untuk dia berfikir sebab mungkin dia belum mengetahui perkara sebenar. Kepercayaan dan kejujuran adalah kunci untuk perhubungan terus berkekalan...

[Reply to comment]

smiley , edward cullen pula . . . susah, bila terus terang nanti takut gf/bf lari , bila tak terus terang rasa bersalah pula.


Tofu , ahak.. bekas suami yang susah tu.. Mr J belum berpengalaman lagi pasal bekas isteri bekas suami nih~. hehe.



Capo Grande , betul ke bro xpernah tipuw tipuw aweks2 zaman sekolah nih~. haha.


Mus , lagi ganas, cari yg lain. susah2 je pujuk3 kan.



chokio_nia , ha, macamana tu chokio? jiwa dan hati wanita ni pelik sikit, kalau merajuk pening kaum lelaki dibuatnya.


jessigirl , semakin dielakkan semakin itulah "dia" akan mengangu hidup mu.. betul wa tarakk tipuww.. based from true story.



shidah , yup ttpkan hati... kadang2 hati boleh berubah bila teringatkan memori romantik kisah silam kan?



Jard The Great , Jard , semakin kita menjauhi semakin itu "dia" bermain di fikiran kita.

[Reply to comment]

camne kalo bekas kekasih dtg kembail n ketika tu kite msih single? perlukah kite memberi die peluang? pastu, bile berkawan, sebenarnye, die da tak de perasaan ngan kite...camne tuuu..nape die kembali lg....

[Reply to comment]

TiTin , setiap manusia pernah melakukan kesilapan.. berilah peluang kedua dan katakan kepadanya tiada peluang untuk kali ketiga..

[Reply to comment]

Post a Comment

Feature Video :Discover Sarawak
  • Jadi Sebahagian daripada Kami dengan berkongsikan Isu Semasa, Kisah Seram atau apa sahaja ke admin@pengerindu.com
  • Langgan dan dapatkan Percuma "Ebook Kelas Belajar Forex"Sekarang:

    Masukkan Emel anda dibawah:

    Blogger Logo 1

    free subdomain
    Temubual Mr J & Radio F.Swk
    1: Temubual Pertama : Download - 4.1 MB
    Seen on TV
    1: Superimpose Gambar Nabil Cium-2010

    Link Exchange - Auto Backlink

      Click to Add our Banner for Exchange Link HERE

      Bloggers

      Backlink

      Free BacklinksPersonal Blogs Top Personal blogsMy Ping in TotalPing.comDisplay Pagerank Protected by Copyscape Originality Checker Creative Commons License Blogged.myBeliefs & Causes Blogs - Blog Catalog Blog Directory Fuyyoh Backlink, Free Backlink, Page RankFree Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Blog  DirectoryKedai Backlink,Backlink Percuma About IT

      Nuffnang