Gambir Sarawak - Yang perlu anda tahu bila berkunjung ke Sarawak. 18sx | The Best Weblog at Sarawak | www.pengeRindu.com Backup

Gambir Sarawak - Yang perlu anda tahu bila berkunjung ke Sarawak. 18sx

Labels: , ,
Anda mempunyai Kisah yang ingin dikongsikan? Kirimkan kepada admin@pengerindu.com

Terkejut pula dengan satu sapaan email daripada seseorang yang menanyakan Mr J tentang Gambir Sarawak dan keberkesanan herba tersebut , terus terang Mr J katakan , Mr J tidak tahu menahu mengenai tersebut dan bukanlah hanya sebab Mr J tinggal di Sarawak .

Tetapi mengikut cerita kawan - kawan Mr J [yang sudah berkahwin] , Gambir Sarawak sememangnya yang paling mujarab berbanding dengan Virga .

BAGI mereka yang bersiar-siar sekitar kawasan Waterfront Kuching, Sarawak, pasti tidak akan terlepas daripada disapa penjual gambir.

Hanya bermodalkan sebuah meja kecil, peniaga gambir Sarawak mengerumuni kaki-kaki lima terutama di deretan kedai menjual cenderahati di Jalan Green Hill hingga ke Jalan Main Bazar.

Menyusuri jalan-jalan tersebut, perniagaan gambir Sarawak rancak dijalankan tidak kira lewat malam atau siang malah wanita dan kanak-kanak turut mahir dalam menerangkan khasiatnya.

Tidak kira di Semenanjung atau di Sarawak, ketaksuban lelaki terhadap gambir Sarawak tidak dapat dinafikan.

Gambir atau nama saintifiknya Uncaria gambir, biasa ditemui di hutan kebanyakan negara, khasnya di hutan di Asia Tenggara, India dan China.

Tumbuhan menjalar itu mempunyai daun berbentuk lebar manakala bunganya berwarna kuning dengan kandungan utama herba tersebut adalah tannin yang mempunyai astrigen.

Sejak berzaman, sejumlah rekod mengaitkan penggunaan gambir sebagai penawar bisa gigitan ular dan krim penyembuh kesan kebakaran pada kulit.

Malah dalam salah sebuah laman web, masyarakat Cina purba dinyatakan mempercayai tumbuhan tersebut bagi digunakan untuk melegakan sakit tekak dan ulser (kudis) selain membuang angin dalam badan.

Bagi penduduk kepulauan Nusantara, gambir dimakan bersama pinang dan sirih kerana herba itu dikatakan memberi kesan mengkhayalkan.

Gambir Sarawak tidak dimakan tetapi ramai kaum Adam yakin ia mempunyai kehebatan kerana ia didakwa mampu ‘memperkasakan’ lelaki ketika menjalin hubungan kelamin.

Lazimnya batang gambir dikerat bagi mendapatkan getahnya yang kemudian dikeringkan sebelum dihiris dalam bentuk kepingan kecil.

Di sebalik kehebatan gambir, pakar sakit tuan, Dr. Mohd. Ismail Thamby berkata, penggunaan gambir Sarawak secara berlebihan dan tidak terkawal boleh membawa padah.

“Kemaluan akan melecet serta berasa pijar yang berterusan sehingga boleh mengakibatkan luka, keradangan dan jangkitan bakteria,” katanya yang dihubungi Jurnal.

Lebih teruk, lama kelamaan, penggunaan bahan tersebut akan mengalami kerosakan saraf terutama di kawasan sensitif.

Jelas Ismail lagi, kehilangan rasa nikmat ketika melakukan hubungan kelamin juga boleh terjadi sekiranya tumbuhan tersebut kerap digunakan.

Katatanya, gambir hanya digunakan oleh penduduk Sarawak untuk tujuan melegakan kesakitan ringan seperti sakit gigi.

Cuma penduduk Semenanjung sahaja, katanya, yang taksub dengan dakwaan bahawa gambir Sarawak boleh memanjangkan tempoh ereksi.

Dalam pada itu, ahli botani dan ekologi tempatan, Dr. Paul Chai sebelum ini dilaporkan berkata, hanya gambir Sarawak dikaitkan dengan khasiat di ranjang kerana kawasan lain di Semenanjung didapati hanya menggunakannya untuk tujuan perubatan.

Menurut Paul, masyarakat Melayu di Sarawak sering menggunakan gambir untuk menahan sakit, terutama sakit gigi. Beliau tidak menafikan gambir Sarawak mungkin spesies yang berbeza dengan kawasan lain memandangkan hutan Borneo antara hutan tropika tertua dunia.

Penulis buku Medicinal Plants of Sarawak itu berkata, penggunaan gambir sebagai ‘ubat kuat’ lelaki hanya satu daripada kegunaan tumbuhan itu di kalangan suku kaum di Sarawak seperti Iban dan Melanau.

Kegunaan lain gambir yang juga dikenali sebagai akar kelawit itu ialah sebagai penawar gigitan ular selain penawar akibat termakan cendawan beracun.

sumber : kosmo.com.my

Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
Design Wonder
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
Wang Tsunami anda
4 comments:

@Kaseh NazLieza.

kalau nak dtg Sarawak makesure bulan jun dan July... masa tu byk festival.

[Reply to comment]

Memang Tahan Lama la guna Gambir Sarawak!! Guarantee result

[Reply to comment]

Post a Comment

Feature Video :Discover Sarawak
  • Jadi Sebahagian daripada Kami dengan berkongsikan Isu Semasa, Kisah Seram atau apa sahaja ke admin@pengerindu.com
  • Langgan dan dapatkan Percuma "Ebook Kelas Belajar Forex"Sekarang:

    Masukkan Emel anda dibawah:

    Blogger Logo 1

    free subdomain
    Temubual Mr J & Radio F.Swk
    1: Temubual Pertama : Download - 4.1 MB
    Seen on TV
    1: Superimpose Gambar Nabil Cium-2010

    Link Exchange - Auto Backlink

      Click to Add our Banner for Exchange Link HERE

      Bloggers

      Backlink

      Free BacklinksPersonal Blogs Top Personal blogsMy Ping in TotalPing.comDisplay Pagerank Protected by Copyscape Originality Checker Creative Commons License Blogged.myBeliefs & Causes Blogs - Blog Catalog Blog Directory Fuyyoh Backlink, Free Backlink, Page RankFree Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Blog  DirectoryKedai Backlink,Backlink Percuma About IT

      Nuffnang